You are on page 1of 2

PESTA TANGLUNG 2016

LAPORAN BIRO MULTIMEDIA


1.0 PENGENALAN

Saya ____________ selaku ketua Biro Multimedia Pesta Tanglung 2016 ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dalam sesi
bergambar dan merakam video. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan biro
multimedia yang banyak memberi bantuan dan kerjasama dalam menyempunakan Pesta
Tanglung

2.0 TUGASAN BIRO MULTIMEDIA

PERSEDIAAN SEBELUM

Sebelum Pesta Tanglung 2016 ini berlangsung, kami telah mengadakan mesyuarat
sebanyak 4 kali untuk memastikan kerja semua AJK pesta TangLung boleh dijalankan telah
lancer. Dalam mesyuarat pertama, biro kami telah diberikan beberapa tugasan seperti
membuat poster, menjalankan sesi menggambar, menghasilkan video pengenalan pesta
Tanglung dan sebagainya. Kami telah mengagihkan tugasan kepada ahli kumpulan supaya
semua tugasan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan. Sebelum aktiviti malam
itu, kami telah menjalankan sesi bergambar setiap ahli jawatankuasa Pesta Tanglung untuk
menjadikan publisiti kepada . Kami juga menyediakan lagu-lagu dan video montaj supaya
boleh ditayangkan dalam aktiviti malam tersebut.

PERSEDIAAN SEMASA

Pada malam itu, biro Multimedia telah bertanggungjawab menjaga PA sistem,


menjadi jurugambar dan merakam video. Kami telah meminta bantuan daripada guru pelatih
yang bukan ahli jawatankuasa Pesta Tanglung datang membantu aktiviti ini disebabkan
kekurangan orang. Tugasan kami dijalankan dengan lancar dan tidak berlaku apa-apa
kesalahan dan masalah. Kami telah Berjaya merakam semua persembahan guru pelatih
dan mengambil gambar yang menarik dalam aktiviti tersebut.
PESTA TANGLUNG 2016

PERSEDIAAN SELEPAS

Selepas Majlis Pesta Tanglung, biro kami telah menyusun gambar semua dan upload
dalam media sosial IPG Kampus Perlis supaya semua warga IPG Kampus Perlis boleh
mendapat mengenal aktiviti malam tersebut.

3.0 KEKUATAN

Biro multimedia telah berjaya menghasilkan video montaj yang memuaskan dan
mendapat lagu-lagu yang sesuai dengan keadaan majlis malam

4.0 KELEMAHAN

Penggunaan mic persembahan menjadikan terdapat beberapa kumpulan guru


pelatih tidak mengetahui cara menggunakan mic menjadikan persembahan mereka tidak
memuaskan. Biro multimedia boleh membuat penerangan kepada kumpulan persembahan
sebelum mereka menggunakan mic.

Disediakan oleh:

...............................
( )
Ketua Biro Multimedia,
Pesta Tanglung 2016,

You might also like