You are on page 1of 4

PERTANDINGAN

KAIN RENTANG (BANNER)


KKP 2023
A. MAKLUMAT PERTANDINGAN KAIN RENTANG (BANNER)

1. Pertandingan kain rentang (banner) Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023
adalah anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan
kerjasama Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Hari Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2023.

2. Tempoh penyertaan adalah 28 April 2023 sehingga jam 23:59:59, 31 Julai 2023.

3. Tempoh penjurian adalah 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023.

4. Setiap kain rentang (banner) perlu bertemakan Persekitaran Kerja yang Selamat dan
Sihat.

5. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu kain rentang (banner).

6. Hanya satu kategori yang dipertandingkan iaitu :

A) Kategori Kebangsaan Terbuka Syarikat atau tempat kerja bagi


sektor kerajaan dan swasta .

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua syarikat atau tempat kerja

2. Pejabat JKKP tidak layak menyertai pertandingan ini.


C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah percuma.

2. Penyertaan pertandingan kain rentang (banner) adalah secara berkumpulan, minimum


2 orang dan maksimum 4 orang (termasuk ketua kumpulan).

3. Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4. Setiap penyertaan perlu menyertakan :


a) Sesalinan lembut (soft copy) rekabentuk (Design) dalam format .pdf
b) Bukti (gambar) kain rentang (banner) yang telah dipasang di laluan masuk utama ke
tempat kerja dalam format jpeg.

5. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun


kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

6. Penghasilan kain rentang/banner tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama, kaum


serta politik.

7. Sila gunakan format template kain rentang yang telah disediakan di link
http://tiny.cc/templatebannerkkppdf (.pdf) atau
http://tiny.cc/templatebannerkkpai (.ai)

D. PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KAIN RENTANG (BANNER)

1. Isi maklumat penyertaan dalam google forms yang disediakan di link


http://tiny.cc/pendaftaranbanner atau imbas kod QR berikut:

E. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Semua penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh
digunakan untuk apa-apa tujuan.

2. Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting


dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya pemenang atau tidak di laman
web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan
penganjur.
F. KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Keseluruhan penghasilan kain rentang (banner) akan melibatkan 100% penjurian


professional. Penjurian professional akan dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti
berikut:

KRITERIA MARKAH
Idea 40
Kreativiti Penyampaian 30
Kesesuaian Dengan Tema 30
Jumlah 100

2. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-
menyurat tidak akan dilayan.

G. HADIAH

1. Tawaran hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut:

A) Kategori Kebangsaan - Terbuka

HADIAH NILAI
Hadiah Pertama RM 1,500.00
Hadiah Kedua RM 1,000.00
Hadiah Ketiga RM 500.00

2. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau e-mel.

H. PENOLAKAN PENYERTAAN

Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan


mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

I. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya


pada 31 Julai 2023 sebelum jam 23:59:59
Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
J. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

URUSETIA PERTANDINGAN KKP 2023.

ALAMAT :
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)
Aras 1, 3, 4 & 5, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 W. P. Putrajaya

E-MEL : jkkp.ukk@gmail.com
TEL : 03-8885 5343

DENGAN KERJASAMA

You might also like