You are on page 1of 4

PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

JALAN DATO’AHMAD YUNUS,


32000 SITIAWAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel. : 05-691 3355 / 8277 / 8267
Faks : 05-691 9545
E-mel : pkdmjg@moh.gov.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : BIL ( )
Tarikh :

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Manjung,
Lorong Selamat,
32000 Sitiawan,
Perak.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MELUKIS KAIN RENTANG SEMPENA PROGRAM KESEDARAN


KESIHATAN MENTAL, PENDERAAN KANAK-KANAK DAN KEGANASAN RUMAHTANGGA PERINGKAT
DAERAH MANJUNG 2022

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung selaku tuan rumah bagi
Sambutan Program Kesedaran Kesihatan Mental, Penderaan Kanak-Kanak dan keganasan Rumahtangga
Peringkat Daerah Manjung akan mengadakan pertandingan seperti berikut:

Tarikh tutup pendaftaran : 15 JULAI 2022


Tarikh akhir penghantaran karya : 29 JULAI 2022
Kategori : Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

3. Penyertaan daripada warga pelajar adalah amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Sehubungan
dengan itu, syarat-syarat penyertaan disertakan bersama di Lampiran A.

4. Sebarang pertanyaan, berkenaan pertandingan ini, sila hubungi Dr Puteri di talian 017-4740864.

Sekian, terima kasih.

“PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( DR ASRAF AHMAD BIN QAMRUDDIN ),


NO MMC : 55247 NO NSR : 138171
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD54,
Pejabat Kesihatan Daerah Manjung,
Jalan Dato’ Ahmad Yunus,
32000 Sitiawan, Perak.

“PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”


LAMPIRAN A

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN MELUKIS KAIN RENTANG


SEMPENA PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL, PENDERAAN KANAK-KANAK DAN
KEGANASAN RUMAHTANGGA PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022

BUTIRAN PERATURAN

KATEGORI 1. SEKOLAH MENENGAH:


Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, secara
individu atau secara berkumpulan.

TEMA POSTER Tema yang dipertandingkan adalah “KESEDARAN KESIHATAN MENTAL”


(MENTAL AWARENESS)

KOS PENYERTAAN 1. Setiap penyertaan adalah percuma.


2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas tuntutan
bayaran pengankutan atau sebarang bayaran lain yang terlibat.

SYARAT-SYARAT 1. Semua penyertaan haruslah dengan tema yang diberikan;


HASIL KARYA Kesedaran kesihatan Mental (Mental Awareness) manakala tajuk
hasil karya tertakluk kepada peserta sendiri.
2. Hasil karya/cipta hendaklah ASLI daripada peserta sendiri dan
tidak pernah dihantar di mana-mana pertandingan atau pameran
di peringkat tempatan ataupun antarabangsa sebelum ini.
3. Ukuran kain rentang yang perlu digunakan adalah berukuran 4
INCI X 8 INCI (TIDAK DISEDIAKAN).
4. Penggunaan bahan lukisan adalah BEBAS.
5. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan computer adalah tidak
dibenarkan.

PENGADILAN 1. Penyertaan akan diadili oleh panel berpengalaman yang dilantik


oleh Jawatankuasa Induk pertandingan melukis kain rentang.
Kriteria pengadilan adalah berdasarkan kepada karya yang
menepati tema, keaslian karya/cipta, pemilihan warna, kreativiti
bahantara yang digunakan serta ketinggian seni artistiknya.
2. Keputusan hakim adalah muktamad dan segala bantahan serta
surat menyurat tidak akan dilayan.

HAK MILIK 1. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju


KARYA/CIPTA untuk memberikan hakmilik karya/cipta kepaja pihak penganjur,
tidak boleh menuntut atau mengenakan sebarang bayaran royalty
“PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”
terhadap sebarang penerbitan dan pihak penganjur berhak
menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua cara sekalipun
termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
2. Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam
membuat separang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk
tujuan pengiklanan pada pertandingan yang sama pada masa
hadapan.
HADIAH HADIAH BAGI SETIAP KATEGORI:

Tempat Pertama : RM 200.00, hamper & sijil penyertaan

Tempat Kedua : RM 150.00, hamper & sijil penyertaan

Tempat Ketiga : RM 100.00, hamper & sijil penyertaan

CARA PENYERTAAN 1. Penyertaan adalah terhad kepada 50 orang peserta.


2. Semua penyertaan mestilah mengisi maklumat berikut didalam
BORANG PENDAFTARAN ATAS TALIAN (online registration form).
3. Borang pendaftaran boleh dicapai melalui pautan dibawah atau
imbas kod QR berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQd8v1cxlQ1fetrIcBvyx-
WOglmZvwfKK_ufFfG156YFcG6Q/viewform?usp=pp_url

4. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 15 JULAI 2022.


5. Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur selewat-
lewatnya pada 29 JULAI 2022. Penyertaan yang dihantar selepas
tarikh tutup tidak akan diterima. Penyertaan hendaklah dihantar
kepada: -

DR PUTERI,
UNIT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG,
32000, SITIAWAN PERAK.

“PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

You might also like