You are on page 1of 3

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER MINGGU ANTI DADAH

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH 2016.

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah 2016 adalah anjuran Unit Promosi Kesihatan,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Pertandingan ini dibuka dari 20 Julai
hingga 1 Ogos 2016.

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN
Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah 2016 terbuka kepada para pelajar sekolah
menengah (Tingkatan 1 hingga 5) di seluruh Kota Kinabalu , Sabah sahaja. Murid yang ingin
menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


1. Penyertaan adalah percuma.

2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Bagi penyertaan berkumpulan, setiap
kumpulan hendaklah terdiri daripada 3 orang murid (termasuk ketua kumpulan) dari sekolah
yang sama.

3. Peserta boleh menghantar tiga (3) lukisan poster yang berlainan. Walau bagaimanapun,
setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

4. Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang
jknsabah.moh.gov.my

5. Tema pertandingan adalah ”JAUHI DADAH, PEROSAK MINDA, PEMUSNAH


NEGARA”.Peserta boleh memilih salah satu mesej yang hendak disampaikan melalui tema
ini iaitu:

5.1. Dadah Cegah Sebelum parah ATAU

5.2. Dadah pemusnah kehidupan ATAU

5.3. Bersama kita benteras dadah.

6. Peserta boleh memilih tajuk poster yang bersesuaian dengan tema. Tajuk poster mestilah
menarik dan ’catchy’.

7. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.


8. Poster yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, politik dan juga
isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

9. Idea dan lukisan poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media
cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan
dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.

10. Poster hendaklah dilukis di atas kertas berukuran saiz A2.

11. Poster hendaklah dilukis menggunakan warna air

11. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang kertas lukisan poster.

C. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Semua karya poster akan menjadi hak milik Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia sepenuhnya.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berhak menggunakan karya poster untuk Program Promosi
Pencegahan dan Kawalan Dadah dan dalam semua bentuk promosi kesihatan.

E. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Tawaran hadiah adalah seperti berikut: Hadiah Tempat Pertama : RM 200 dan Sijil
Penyertaan Hadiah, Tempat Kedua : RM 150 dan Sijil Penyertaan Hadiah Tempat Ketiga :
RM 100 dan Sijil Penyertaan; dan 2 hadiah saguhati RM 50.00 dan sijil penyertaan.

2. Setiap karya akan dinilai keaslian, konsep dan kreativiti oleh panel juri yang dilantik oleh
pihak penganjur.

3. Pemenang pertandingan akan dihubungi melalui pos, telefon, whatapps dan emel.

4. Keputusan pertandingan akan diumumkan di laman sesawang Jabatan Kesihatan Negeri


Sabah dan Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Sabah.

5. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan
dipertimbangkan.

F. TEMPOH PERTANDINGAN
1. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 1 Ogos 2016 (Isnin) jam 12:00 tengah hari.

2. Setiap penyertaan yang lengkap (borang penyertaan dan kertas lukisan poster) hendaklah
dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier atau hantar sendiri selewat lewatnya pada 1
ogos 2016 (Isnin) sebelum jam 12:00 tengah hari ke alamat seperti berikut:
Unit Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
No 125 & 125 A, Lorong Bunga Telor
Jalan Mat Salleh
88859 KOTA KINABALU

2. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba
lewat dari tarikh tutup. Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Melukis Poster 2016


Unit Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
No 125 & 125 A, Lorong Bunga Telor
Jalan Mat Salleh
88859 KOTA KINABALU
(U/p : EN HUSSIN IDRIS)

Untuk keterangan/maklumat lanjut, sila layari:


Jknsabah.moh.gov.my dan Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Sabah
Tel 088-225632 / 633 /

You might also like