You are on page 1of 4

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa bihi Nastain,

Dilafazkan semulia-mulia selawat kepada Rasul Junjungan,

Allahuma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala A-li Sayyidina

Muhammad,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

Sejahtera dan Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia,

Yang Berusaha Encik NIZAM BIN MOHAMED GURU BESAR SK


TERENTANG,Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1, PN MARIAM BT
RAMLI, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, EN ABU HANIF BIN ABU
SAMAH, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, PN RAMLAH BIMTI Guru-guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Pada pagi yang indah ini, Unit Hal Ehwal Murid akan menjalankan majlis
Pelancaran PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI
Peringkat Sekolah Kebangsaan TERENTANG TAHUN 2023.

Program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada murid-murid, warga


sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab
menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di
kawasan rumah. Selari dengan cogan kata kempen 'HAPUS AEDES CEGAH
DENGGI'

Antara objektif KEMPEN Pendidikan Dan Pencegahan Denggi ini adalah untuk
memberikan pengetahuan kepada murid-murid tentang bahaya denggi dan
kesannya. Selain itu juga, dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi
keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi dan membentuk murid-murid serta
masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya majlis
menjemput Encik Tay Tong Aik, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Skudai
Baru 2 untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan
Program Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah
Kebangsaan Taman Skudai Baru 2. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tay Tong Aik di atas
ucapan dan perasmian Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi sebentar tadi.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Bersempena dengan Bulan Pendidikan dan Pencegahan Denggi anjuran Unit Hal
Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 yang bermula pada 14
Julai sehingga 9 Ogos 2015,, beberapa aktiviti sepanjang Program ini berlangsung
akan diadakan seperti Ceramah Pendidikan dan Pencegahan Denggi, Tayangan
Pendidikan Denggi, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Menghasilkan
Poster Grafik dan Kuiz berkaitan Denggi.
Bagi tayangan Pendidikan Denggi akan dijalankan kepada semua murid pada
setiap awal pagi pada pukul (7.00pagi) dan pada waktu rehat iaitu pada pukul 9.45
pagi.
Guru-guru yang terlibat adalah ketua kumpulan bagi guru yang bertugas pada
minggu tersebut.

Pertandingan Melukis poster pula terbuka kepada semua murid Tahap Satu sahaja.
Murid-murid akan disediakan poster dan pertandingan ini dijalankan pada waktu
pendidikan kesihatan. Murid-murid boleh menghantar poster selewat-lewatnya 5
Ogos kepada Encik Muhamad Apipi ataupun Puan Alia Hezerina.

Pertandingan Poster Grafik secara berkumpulan pula terdiri daripada 3 orang


peserta dan terbuka kepada semua murid Tahap 2 sahaja. Peserta diminta untuk
menghasilkan peta grafik menggunakan Peta I-Think mengikut kreativiti masing-
masing dan hasil kerja kumpulan boleh dihantar selewat-lewatnya pada 5 Ogos
kepada Cik Norsyafikah.

Akhir sekali, Kuiz Sempena Bulan Pendidikan Dan Pencegahan Denggi terbuka
kepada semua murid dari tahun 1 sehingga Tahun 6 yang akan diadakan pada
setiap hari selasa pada waktu (1Murid1Sukan) yang akan dikelolakan oleh Puan
Aisyah dan Puan Syarulnizan.

Bagi setiap pertandingan yang dijalankan akan diberikan hadiah kepada setiap
pemenang. Hadiah yang menarik menanti setiap pemenang bagi pertandingan yang
dianjurkan.
Selain dari itu juga, murid-murid boleh mendapatkan info dan maklumat berkaitan
dengan Aedes dan Denggi pada papan info sekolah. Iklan mengenai pertandingan
yang bakal dijalankan juga akan ditampal pada setiap kelas.

Akhir kata, semoga dengan pelancaran Bulan Pendidikan Dan Pencegahan Denggi
ini akan melahirkan warga sekolah dan masyarakat yang peka dan sedar akan
tanggungjawab menjaga persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak
Denggi. Hapuskan Aedes, Cegah Denggi. Sekian sahaja Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like