You are on page 1of 3

WALLS PADDLE POP 2015 YOUNG BUILDERS AWARD

TERMA & SYARAT PERADUAN


1. Peraduan Walls Paddle Pop 2015 Young Builders Award ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah yang
terpilih di seluruh Malaysia iaitu daripada darjah 4 hingga darjah 6.

2. Tempoh peraduan ini terbahagi kepada dua pusingan:-

a. Pusingan Kelayakan : 26 Jun 2015;


b. Pusingan Akhir : Dari 7 Ogos 2015 hingga 9 Ogos 2015 (Tertakluk kepada pengesahan akhir)

Pusingan Kelayakan - Peringkat Melakar Binaan Berdasarkan Tema Atlantos


(tarikh akhir penyertaan lakaran : sebelum atau pada jam 1200 tengahari, 26 Jun 2015)

Tajuk : Membaik pulih Dunia Atlantos Kehidupan Bawah Laut


o Sebahagian besar bangunan, struktur dan binaan di Dunia Atlantos telah dimusnahkan oleh Jeneral
Kain. Oleh yang demikian, Paddle Pop Lion memerlukan bantuan anda untuk membaik pulih serta
membaiki semula dunia Atlantos. Ciptaan anda boleh berbentuk binaan bangunan, pengangkutan
ataupun apa sahaja mengikut daya imaginasi anda. Sebagai contoh: Kapal Super Duper yang
mempunyai teknologi canggih dan terpantas di Atlantos; bangunan Okto Sentral sebagai pusat transit
yang menyambungkan bandar-bandar di Atlantos dan sebagainya.
o Setiap kumpulan harus melakar struktur atau binaan tersebut di atas kertas lukisan bersaiz A3 sahaja
(secara melintang)
Sila pastikan saiz lakaran di atas kertas lukisan bersaiz A3 penyertaan anda mempunyai nisbah yang sama
dengan saiz struktur yang akan dibina
Lakaran hendaklah berdasarkan kepada ukuran ciptaan yang hendak dibina, yang memenuhi syarat-syarat
seperti berikut
Tidak boleh melebihi 60 cm tinggi, 60 cm panjang dan 60 cm lebar.
Struktur atau ciptaan yang hendak dibina adalah diwajibkan menggunakan SETIAP JENIS bahan
kitar semula seperti berikut:
batang aiskrim;
surat khabar;
botol plastik (500ml dan 1.5 liter);
kadbod
pembalut aiskrim Paddle Pop (Pihak peserta diminta menyediakan bahan tersebut
untuk Pusingan Akhir)
Setiap lakaran mestilah disertakan bersama penerangan akan inspirasi di sebalik ciptaan serta
fungsi-fungsi unik ciptaan dan hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.
Lakaran harus dihasilkan dengan tangan / secara manual, ilustrasi berwarna dan tidak direka secara digital
Alat lukisan yang boleh digunakan untuk lakaran: Pensel warna, krayon, pastel minyak, cat air.
Lakaran hendaklah diserahkan bersama dengan borang penyertaan ini.
Penyerahan lakaran anda boleh dibuat melalui pos biasa kepada:

Peraduan WALLS PADDLE POP 2015 YOUNG BUILDERS AWARD


P.O. Box 1075
Pejabat Pos, Jalan Semangat
46100 Petaling Jaya, Selangor

ATAU

Penyerahan melalui e-mel ke alamat: paddlepopyba2015@brandx.com.my

Bukti penghantaran pos atau emel bukan bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab
di atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersalah alamat. Kos penghantaran hendaklah ditanggung oleh
pihak peserta sendiri.
WALLS PADDLE POP 2015 YOUNG BUILDERS AWARD

Pusingan Akhir - Peringkat Membina Ciptaan Atlantos


(tarikh dan lokasi cadangan pertandingan : 7 Ogos 2015 - 9 Ogos 2015 di i-City, Shah Alam, Selangor*
(*Tertakluk kepada pengesahan akhir)
Pemilihan 20 kumpulan yang layak menyertai Pusingan Akhir adalah berdasarkan kepada lakaran struktur
dan cerita yang asli, menarik, kreatif dan inovatif.
Setiap kumpulan yang terpilih mesti diiringi oleh seorang guru pembimbing semasa Pusingan Akhir.
Setiap kumpulan yang terpilih dikehendaki membina ciptaan berdasarkan lakaran yang dihantar semasa
pusingan kelayakan dengan menggunakan pelbagai bahan yang disediakan oleh Pihak Penganjur, tetapi
tidak boleh melebihi kuantiti yang ditetapkan seperti di bawah. Peserta hanya menyediakan pembalut
aiskrim Paddle Pop. Kekukuhan dan kestabilan struktur amatlah penting.
Pihak Penganjur akan menyediakan bahan seperti berikut:
BAHAN YANG WAJIB DIGUNAKAN:
1 keping alas kayu berukuran 60cm x 60cm
100 batang aiskrim
10 naskhah surat khabar
5 botol plastik 500ml
5 botol plastik 1500ml
5 kadbod
BAHAN TAMBAHAN:
Bahan rekacipta seperti kad manila, kertas warna lutsinar dan lain-lain
Alat tulis seperti pensel, gunting, gam UHU besar (terhad kepada 2 unit sahaja), selefon tape
dan lain-lain
Alatan warna dan lukisan seperti krayon, pen marker, cat air (terhad kepada 2 set) dan lain-
lain
Bahan perhiasan seperti tali, glitter dan lain-lain (Peserta perlu menyertai dan memenangi
aktiviti-aktiviti di pusingan akhir untuk mendapatkan bahan-bahan ini)
Pihak peserta hanya dibenarkan membawa pembalut aiskrim Paddle Pop sebagai bahan rekacipta untuk
pusingan akhir.
Segala kos penginapan, pengangkutan dan makanan sepanjang tempoh pusingan akhir akan ditanggung
oleh Pihak Penganjur.
Kebenaran / Keizinan dari ibu bapa dan/atau penjaga untuk menyertai Pusingan Akhir adalah diwajibkan.
Terma dan syarat lain yang berkaitan dengan Pusingan Akhir akan dinyatakan secara jelas dan lanjut
kepada kumpulan-kumpulan yang terpilih sahaja.

3. Salinan borang penyertaan adalah dibenarkan selagi salinan tersebut jelas dan boleh dibaca. Borang penyertaan
juga boleh dimuat turun di laman web http://www.paddlepopadventure.com

4. Setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, setiap penyertaan perlu
mempunyai borang penyertaan dan lakaran struktur binaan bersaiz A3 (Saiz seperti Kertas Lukisan) tersendiri.

5. Hanya borang penyertaan yang lengkap akan diterima dan diproses untuk penilaian.

6. Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, pihak sekolah dan peserta harus mematuhi terma dan syarat
berikut:-
a. setiap sekolah berhak untuk menghantar seberapa banyak penyertaan (tiada had penyertaan);
b. setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk menghantar satu lakaran struktur sahaja;
c. setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu kumpulan sahaja;
d. mana-mana ahli dalam satu kumpulan tidak dibenarkan untuk menyertai kumpulan lain meskipun
kumpulan-kumpulan tersebut adalah dari satu sekolah yang sama;
e. setiap kumpulan tidak boleh melebihi 4 orang murid;
f. sekiranya pihak sekolah menghantar lebih daripada satu penyertaan, pihak penganjur membenarkan pihak
sekolah menamakan dan/atau melantik seorang guru pemimpin / pembimbing yang sama atau seorang
guru pemimpin / pembimbing yang berbeza untuk kumpulan-kumpulan tersebut (terserah kepada
kebijaksanaan dan budi bicara pihak sekolah) yang akan memimpin dan membimbing para peserta
sepanjang tempoh pertandingan.
WALLS PADDLE POP 2015 YOUNG BUILDERS AWARD

6. Mana-mana kumpulan yang berjaya di Pusingan Kelayakan, kesemua 4 orang peserta dan guru pemimpin /
pembimbing daripada kumpulan tersebut diwajibkan untuk menghadiri Pusingan Akhir yang dianjurkan oleh
pihak Penganjur pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan di atas ini melainkan jika terdapat masalah yang tidak
dapat dielakkan.

7. Pihak Penganjur akan memaklumkan kepada pihak sekolah melalui telefon dan secara bertulis bagi kumpulan
yang berjaya di peringkat kelayakan dan seterusnya untuk bertanding di Pusingan Akhir pada minggu pertama
bulan Julai, 2015. Adalah menjadi tanggungjawab para peserta dan pihak sekolah untuk memastikan segala
butiran yang diberikan kepada pihak Penganjur adalah lengkap, terkini dan dinyatakan dengan betul dan pihak
Penganjur berhak untuk bergantung sepenuhnya dan menganggap semua butiran ini adalah tepat dan betul di
dalam semua aspek.

8. Hadiah-hadiah utama yang ditawarkan di Pusingan Akhir adalah seperti yang berikut:-
Hadiah Utama ( X 1) - Wang Tunai RM6,000.00** berserta Sijil Penyertaan
Hadiah Istimewa ( X 4) - Wang Tunai RM2,000.00** berserta Sijil Penyertaan
**Hadiah wang tunai yang dimenangi akan diserahkan kepada pihak sekolah.

Sijil dan Anugerah Khas Untuk Sekolah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
A) Pusingan Kelayakan
- Sijil Kecemerlangan Mesra Alam Sekitar Young Builders Award 2015
Terbuka untuk kesemua sekolah yang mengambil bahagian
- Anugerah Jumlah Penyertaan Tertinggi
Untuk sekolah yang mempunyai jumlah penyertaan tertinggi (terhad kepada satu sekolah sahaja dan
memenuhi syarat pertandingan)

9. Hak-hak pihak Penganjur

a. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan
dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
b. Kesemua pelajar dan guru yang mengambil bahagian dalam peraduan ini adalah secara sukarela.
Kementerian Pelajaran, pihak Penganjur dan agensi-agensinya tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kecuaian dan dakwaan atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang
kecederaan yang mungkin dialami semasa menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh jangka masa
pertandingan.
c. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta dan pihak sekolah dianggap telah membaca serta
bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau
sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
d. Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat
pertandingan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta serta pihak
sekolah adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
e. Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan
pertandingan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
f. Sila baca dan fahami Dasar Privasi Unilever yang boleh didapati di laman web berikut
http://www.unilever.com.my/resource/privacypolicy/privacy.aspx (tersedia di dalam Bahasa Inggeris dan
Bahasa Malaysia). Para peserta juga dikehendaki membaca dan memahami Notis Privasi di bawah ini dan
sila nyatakan persetujuan anda. Sila kembalikan Notis Provasi yang telah dilengkapkan kepada pihak
Penganjur berserta dengan borang penyertaan dan lakaran anda.

You might also like