You are on page 1of 2

PERATURAN DAN SYARAT -SYARAT

PERTANDINGAN INOVASI
KARNIVAL INOVASI SEKOLAH SERI PUTERI (SPIC) 2017

10 NOVEMBER 2017
BIDANG SAINS & MATEMATIK
SEKOLAH SERI PUTER, CYBERJAYA

Terma dan Syarat Pertandingan Inovasi

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah berasrama penuh (SBP).
Rekacipta/inovasi tersebut perlu dihantar secara berkumpulan (3 murid dalam satu
kumpulan/pasukan). Setiap kumpulan mesti mempunyai seorang guru sebagai
pembimbing/penasihat.

2. Sesuatu rekacipta / inovasi mesti baharu. Bagi rekacipta / inovasi yang telah di pertandingkan
dan memenangi apa-apa anugerah terdahulu mesti melakukan pengubahsuaian yang besar ke
atas rekacipta / inovasi tersebut.

3. Sesuatu rekacipta / inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk pro-siri atau sampel komersial,
artikel yang telah dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.

4. Setiap sekolah boleh mendaftar LEBIH dari satu pasukan untuk bertanding. Setiap pasukan
perlu melengkapkan borang penyertaan yang berasingan bagi setiap rekacipta/ inovasi yang
akan dipertandingkan.

5. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan yuran sebanyak RM300 (Ringgit Malaysia:
Tiga Ratus Sahaja). Yuran tidak dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari
pertandingan.

Bayaran perlu dibuat kepada: KOPERASI SEKOLAH SERI PUTERI BERHAD


Nama Bank: BANK ISLAM
No. Akaun: 16018010021309
Tujuan: Bayaran yuran pertandingan inovasi, Karnival Inovasi Sekolah Seri Puteri

6. Perkhidmatan keselamatan akan beroperasi selama tempoh pameran. Namun, sekretariat tidak
bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian, kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau
sebab lain sepanjang tempoh pameran atau sepanjang perjalanan.

7. Semua pasukan perlu memastikan rekacipta/inovasi berada di tempat pameran sebelum 8.00
pagi pada 10 November 2017 dan memastikan peserta rekacipta / inovasi mengadakan
pameran sepanjang tempoh. Mana-mana pasukan yang tidak berbuat demikian, sebelum
majlis penutupan akan menyebabkannya bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dan
akan kehilangan apa-apa anugerah yang diberikan kepadanya.
8. Tempat pertandingan akan berlangsung di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
9. BORANG PERTANDINGAN
a. Borang pertandingan mestilah diisi dengan lengkap dan mendapat kelulusan daripada
pihak pengurusan sekolah.
b. Satu salinan abstrak projek perlu diserahkan kepada pihak penganjur (untuk diberikan
kepada hakim) sebelum waktu penjurian.
c. Pengunaan Bahasa Inggeris amat digalakkan. Walau bagaimanapun, kertas kerja/
abstrak/ penerangan dalam Bahasa Melayu juga diterima.

10. KOD ETIKA - Pasukan hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau penipuan, seperti
memalsukan data atau nota, cetak rompak atau plagiarism, menggunakan karya / hasil ciptaan
penyelidik lain.

11. ANUGERAH DAN HADIAH


Rekacipta/inovasi akan diberikan markah mengikut criteria-kriteria yang akan ditentukan.
Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan peratusan markah
yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 85% - 100%


PERAK : 70% - 84%
GANGSA : 50% - 69%

Setiap pasukan individu atau kumpulan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas
atau Perak atau Gangsa dan Inovasi Terbaik akan membawa pulang Piala Pusingan.
Sijil penyertaan akan diberi kepada semua pasukan yang bertanding.

12. BOOTH PAMERAN


Setiap penyertaan akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu papan (board) untuk
poster, meja dan 2 kerusi untuk mempamerkan rekacipta/inovasi sepanjang pameran
berlangsung.
Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi
berkenaan rekacipta/inovasi mereka.
Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas pada setiap booth pameran. Kos
persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

13. Keputusan para hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.

14. Selepas pendaftaran diluluskan setiap pasukan tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan
nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan.

15. Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh berhubung dengan penyelaras program di
talian;
012-3904540 – Pn Noorlatika Sidek
013-3842366 – Pn Suhaiza

You might also like