You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

Mini persidangan Inovasi rbt


SEKOLAH menengah
PPD SIBU

TARIKH & MASA :

20 OKTOBER 2022
8.00– 11.30 PAGI

MOD:
PEMBENTANGAN BERSEMUKA

ANJURAN :
BIDANG TVET PPD SIBU
1.0 OBJEKTIF PROGRAM:
1.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan Sains dan Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) dalam kalangan murid sekolah menengah rendah
Daerah Sibu.
1.2 Memperkasakan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di
peringkat sekolah-sekolah menengah Daerah Sibu.
1.3 Memupuk minat dalam kalangan murid terhadap mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT).
1.4 Memantapkan pemikiran dan kemahiran inovasi dalam kalangan
murid sekolah menengah Daerah Sibu selaras dengan perkembangan
pendidikan global.
1.5 Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif
dan membangunkan projek inovasi untuk penemuan atau
penambahbaikan sesuatu projek.

2.0 KUMPULAN SASARAN :


2.1 Golongan murid RBT Tingkatan 1 hingga 3 sekolah menengah Daerah
Sibu.

3.0 TARIKH/ PAUTAN/ MASA:


1) Penghantaran Abstrak
Tarikh : 2 September 2022 (Jumaat)
Pautan : https://forms.gle/VSKbtceaH219zGwF6
2) Penghantaran Kertas Penuh
Tarikh : 2 September 2022 (Jumaat)
Pautan : https://forms.gle/2AraKwA7nP5MoW9Z8
3) Pembentangan di Dewan SMK Methodist
Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 8:00 Pagi – 11:30 Pagi
4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN:
4.1 Sekolah-sekolah menengah Sibu akan diberi tempoh dari 30 Julai
2022 sehingga 20 Oktober 2022 untuk membuat segala persediaan
sehingga lengkapnya inovasi RBT.
4.2 Kertas konsep pertandingan akan dihantar ke semua sekolah-
sekolah menengah Sibu pada akhir bulan Julai. Guru pembimbing
setiap sekolah perlu meneliti setiap aspek penilaian inovasi agar
bersesuaian dan tidak dibatalkan penyertaan.
4.3 Pada hari Pertandingan Inovasi RBT Mini Persidangan, setiap sekolah
menengah Daerah Sibu akan menghantar satu kumpulan yang terdiri
daripada seorang guru pengiring bersama-sama dengan tiga orang
murid.
4.4 Murid-murid setiap kumpulan akan menjadi duta kepada hasil
inovasi sekolah masing-masing. Guru hanya sebagai penasihat.

5.0 HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama Sijil berserta wang tunai RM 200


6.0 AHLI Tempat Kedua Sijil berserta wang tunai RM 150
Tempat Ketiga Sijil berserta wang tunai RM 100
5 Saguhati Sijil berserta wang tunai RM50
JAWATANKUASA:
Pegawai-pegawai SISC+ Bidang TVET PPD Sibu
Lau Ung Huat, Chieng Hie Ling, Aldrin Simel, Benedict Wong Kee Tiong

7.0 MODERATOR:
Pegawai SISC+ PPD Sibu, Aldrin Simel

8.0 Aturcara :
8.1 Ucapan
8.1.1 Ucapan daripada Ketua PPD Sibu, Encik Ahli Bin Chikba
8.1.2 Ucapan daripada Timbalan Sektor Pembelajaran, Puan Wong
Siew Meng
8.2 Sesi Perasmian Mini Persidangan Inovasi RBT SM
8.3 Sesi Pemarkahan oleh Hakim
8.4 Pengumuman Keputusan
8.5 Sesi Bergambar
8.6 Kudapan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Makan dan Minum Pagi dan Tengah Hari = RM15 seorang

Pihak Terlibat Bil (orang) Amaun (RM)


Pegawai PPD Sibu 15 225.00
Pengetua 22 330.00
Guru Pengiring 22 (1 orang x 22 sek) 330.00
Peserta (Murid) 66 (3 orang x 22 sek) 990.00
Hakim 3 45.00
JUMLAH 1920.00
9.2 Hadiah: Sijil dan Wang Tunai

Kedudukan Wang Tunai Jumlah


(RM)
Tempat Pertama 200.00 200.00
Tempat Kedua 150.00 150.00
Tempat ketiga 100.00 100.00
5 Saguhati 50.00 250.00
JUMLAH 700.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan = RM1920.00 + RM700.00


= RM 2620.00

10.0 LOKASI BENGKEL


Dewan Sekolah, SMK Methodist, Sibu

Disediakan oleh: Disemak oleh:

BENEDICT WONG KEE TIONG WONG SIEW MENG


(Pegawai SISC+ PPD Sibu) (Timbalan Sektor Pembelajaran)

Disahkan oleh:

______________________________________
AHLI BIN CHIKBA
(KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SIBU)
Kertas Konsep Mini Persidangan Inovasi RBT Sekolah Menengah
PPD Sibu

Syarat-syarat Pertandingan:
1. Tema adalah terbuka berdasarkan DSKP RBT Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
2. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sekolah-
sekolah menengah Daerah Sibu.
3. Setiap kumpulan boleh terdiri daripada satu orang Guru Pengiring dan tiga
orang murid (maksimum).
4. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
5. Inovasi yang dihasilkan mestilah berdasarkan konsep keringkasan dan
kepraktikalan inovasi tersebut.
6. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
7. Sijil Pencapaian dan Hadiah Wang Tunai akan diberi kepada pemenang seperti
berikut:
Kedudukan Wang Tunai (RM) Jumlah
Tempat Pertama 200.00 200.00
Tempat Kedua 150.00 150.00
Tempat ketiga 100.00 100.00
5 Saguhati 50.00 250.00

8. Pembentangan murid hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris sahaja.
9. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
10. Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau
dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
11. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang
anugerah mesti melakukan pengubahsuaian atau penambahbaikan ke atas
projek berkenaan.
12. Setiap kumpulan akan diberi masa 10 minit pembentangan dan 5 minit soal-
jawab.
13. Semua murid setiap kumpulan mesti memakai pakaian seragam yang kemas.
14. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening
dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan mana-mana aplikasi adalah
dibenarkan. Teknik Cantuman gambar (Collage technique) , Super impose dan
trick photographs adalah juga dibenarkan selagi tidak melanggar hak cipta
(copyright).
15. Penyertaan akan terbatal jika peserta menonjolkan unsur-unsur negatif, lucah
dan tidak senonoh.
16. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang perbincangan atau
surat-menyurat tidak akan dilayan.
Peringatan Tarikh/ Masa/ Tempat/ Format Penulisan Kertas Inovasi

1. Penghantaran Abstrak
Tarikh : 2 September 2022 (Jumaat)
Pautan : https://forms.gle/VSKbtceaH219zGwF6
Kandungan :
a) Tajuk
b) Nama Pembentang
c) Abstrak
d) Kata-kata Kunci (5 kata kunci)

*Font : 12 Times Roman , Margin 1.5”(top, down, left, right)*

2. Penghantaran Kertas Penuh


Tarikh : 2 Oktober 2022 (Jumaat)
Pautan : https://forms.gle/2AraKwA7nP5MoW9Z8
Kandungan :
a) Abstrak
b) Objektif inovasi
c) Kumpulan Sasaran
d) Latar belakang
e) Isu / Masalah / Cabaran yang ditangani dengan
Inovasi
f) Huraian Inovasi
i. Bahan yang digunakan
ii. Cara Penggunaan
iii. Kos Penghasilan Inovasi
iv. Keberkesanan Inovasi
v. Potensi untuk disebarkan
vi. Keistimewaan Inovasi
g) Kesimpulan

*Font : 12 Times Roman, Margin 1.5”(top, down, left, right)*


*Maksimum 10 Muka Surat (tidak termasuk lampiran)*

3. Pembentangan inovasi
Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 8:00 Pagi – 11:30 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah, SMK Methodist

You might also like