You are on page 1of 4

PERTANDINGAN INOVASI & REKA CIPTA MBMB 2018

MAKLUMAT PROJEK

NAMA :

SENARAI AHLI
KUMPULAN
:
(sekiranya secara
berkumpulan)
NAMA
:
AGENSI/INSTITUSI

NO TELEFON /FAKS :

E-MEL :

TAJUK INOVASI /
:
REKA CIPTA

KATEGORI INOVASI Inovasi Penciptaan


Inovasi Penambahbaikan

KREATIVITI : 100 PATAH PERKATAAN

IMPAK KEPADA
: 100 PATAH PERKATAAN
MBMB
SYARAT PERTANDINGAN

1. Objektif:

Bertujuan untuk mencungkil bakat & idea baru warga MBMB & warga
Bandaraya

2. Penyertaan:

a) Warga MBMB

b) Terbuka

3. Kategori Pertandingan

a) Inovasi Penambahbaikan

b) Inovasi Penciptaan

4. Syarat-syarat penyertaan:

a) Penyertaan terbuka kepada warga MBMB dan institusi luar


(sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-
mana institusi ) sama ada secara individu atau berkumpulan.

b) Produk/inovasi yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat


dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property).
Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat
sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal
sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau
ciplak.
c) Produk atau hasil inovasi yang dipertandingan mestilah dapat
memberi IMPAK kepada perkhidmatan/proses kerja MBMB

d) Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu


penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya satu produk/inovasi
sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang.
e) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas
tanggungan peserta sendiri.

f) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang


kehilangan atau kerosakan yang dialami sepanjang menyertai
pertandingan ini.

g) Setiap penyertaan hendaklah melalui laman sesawang MBMB di


http://www.mbmb.gov.my/inovasi2018

h) Semua produk/inovasi yang diterima oleh penganjur adalah hak


milik MBMB. MBMB berhak meminda mana-mana yang sesuai
sama ada pada perkataan atau logo (jika diperlukan) bagi maksud
untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-
mana barangan dan program MBMB.

i) Pemenang boleh ditawarkan untuk menyertai Kumpulan Inovatif


dan Kreatif MBMB bagi kategori HIBRID (peserta agensi luar).

j) Peserta yang telah disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk


penjurian.

k) Penganjur pertandingan berhak untuk menukar, meminda,


memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini
tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa
dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
l) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2018

5. Format Pertandingan:

a) Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x


594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikut kreativiti masing-masing
berdasarkan kriteria penilaian iaitu mengandungi maklumat
kreativiti dan impak produk/inovasi sama ada dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris. Kos berkaitan adalah tanggungan
peserta sendiri.

b) Para peserta juga digalakkan menyediakan bahan-bahan


tambahan seperti prototaip, video/montaj, brosur, gambar, sijil-sijil
penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan
inovasi masing-masing.
c) Kedudukan persembahan akan diberikan oleh urus setia melalui
emel sebelum acara berlangsung.

d) Peserta perlu mempamerkan poster masing-masing sebelum sesi


penjurian bermula.

6. Penjurian

a) Peserta hendaklah mempamer dan membuat demonstrasi inovasi


masing-masing di hadapan juri sewaktu sesi penjurian dijalankan.

b) Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dan soal jawab


adalah 15 minit sahaja (termasuk montaj sekiranya ada).

c) Pertandingan ini akan diadili oleh juri yang dilantik oleh Unit
Inovasi, MBMB. Keputusan pengadilan oleh juri adalah muktamad.

d) Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Penutup


Minggu Inovasi MBMB pada 28 Jun 2018 & peserta perlu berada
di lokasi pada masa tersebut.

7. Hadiah Kemenangan

Hadiah Pertama : RM 2,000.00 + Sijil

Hadiah Kedua : RM 1,000.00 + Sijil

Hadiah Ketiga : RM 700.00 + Sijil

Hadiah Ke-4 & Ke-5 : RM 100.00 + Sijil

You might also like