You are on page 1of 4

PERTANDINGAN

POSTER
KKP 2023

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN POSTER

1. Pertandingan Poster Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023 adalah anjuran
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama Majlis
Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Sedunia 2023.

2. Tempoh penyertaan adalah 28 April 2023 sehingga jam 23:59:59, 31 Julai 2023.

3. Tempoh penjurian adalah 1 Ogos 2023 sehingga 31 Ogos 2023.

4. Setiap poster perlu bertemakan Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat.

5. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu poster. Walaubagaimanapun, peserta
hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Peserta pertandingan poster hendaklah memilih satu peringkat yang dipertandingkan


iaitu :

Peserta berumur 18 tahun ke


A) Peringkat Kebangsaan Terbuka atas yang bekerja di sektor kerajaan,
swasta atau bekerja sendiri
IPTA/IPTS/Kolej/Matrikulasi/
B) Peringkat Pengajian Tinggi Politeknik/ Institusi (Berstatus
Pelajar Di Pusat Pengajian)
C) Peringkat Sekolah Menengah Sekolah Menengah
B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua syarikat atau tempat kerja.

2. Pejabat JKKP tidak layak menyertai pertandingan ini.

C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan adalah percuma.

2. Penyertaan pertandingan poster adalah secara berkumpulan, minimum 2 orang dan


maksimum 4 orang (termasuk ketua kumpulan).

3. Penyertaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4. Setiap penyertaan perlu menyertakan :


a) Sesalinan lembut (soft copy) rekabentuk (Design) dalam format .pdf

5. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun


kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

6. Penghasilan poster tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti agama, kaum serta politik.

7. Sila gunakan format template poster yang telah disediakan di link


https://tinyurl.com/templateposterkkppdf (.pdf) atau
https://tinyurl.com/templateposterkkpai (.ai)

D. PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN POSTER

1. Isi maklumat penyertaan dalam google forms yang disediakan di link


http://tiny.cc/pendaftaranposter atau imbas kod QR berikut:

E. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Semua penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh
digunakan untuk apa-apa tujuan.

2. Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting


dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya pemenang atau tidak di laman
web, pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan
penganjur.
F. KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Keseluruhan penghasilan poster akan melibatkan 100% penjurian professional.


Penjurian professional akan dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti berikut:

KRITERIA MARKAH

Idea 40

Kreativiti Penyampaian 30

Kesesuaian dengan Tema 30

Jumlah 100

2. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-
menyurat tidak akan dilayan.

G. HADIAH

1. Tawaran hadiah bagi pemenang adalah seperti berikut:

Terbuka Pengajian Tinggi Sekolah


Menengah

Tempat Pertama RM 800.00 RM 600.00 RM 500.00

Tempat Kedua RM 500.00 RM 400.00 RM 300.00

Tempat Ketiga RM 300.00 RM 200.00 RM 100.00

2. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau e-mel.

H. PENOLAKAN PENYERTAAN

Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan


mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

I. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya


pada 31 Julai 2023 sebelum jam 23:59:59
Penyertaan yang diterima selepas daripada tarikh tutup akan ditolak.
J. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

URUSETIA PERTANDINGAN KKP 2023.

ALAMAT :
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)
Aras 1, 3, 4 & 5, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 W. P. Putrajaya

E-MEL : jkkp.ukk@gmail.com
TEL : 03-8885 5343

ANJURAN

You might also like