You are on page 1of 1

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah di Negeri Johor

2. Peserta bagi setiap kategori WAJIB menghantar KEDUA-DUA aktiviti yang ada disetiap Set yang
telah ditetapkan.

3. Peserta sekolah rendah boleh menambah lukisan mengikut kreativiti di template mewarna yang
disediakan.

4. Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan pertandingan ini oleh peserta atau mana-mana pihak.

5. Keputusan Jawatankuasa Pertandingan / juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau
surat menyurat tidak akan dilayan.

6. Jawatankuasa Pertandingan berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat
pertandingan.

7. Pemenang dipilih berdasarkan lukisan yang kreatif dan menarik serta jawapan yang betul.

8. Terma dan syarat pertandingan dan kaedah pertandingan BOLEH DIPINDA dari masa ke semasa
dan akan diguna pakai untuk sebarang peruntukan atau penyataan yang terkandung dalam mana-
mana bahan promosi atau pengiklanan. Peserta dinasihati supaya melayari laman sesawang dan
media sosial pihak penganjur dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka mengikuti sebarang
perkembangan program.

9. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada terma
dan syarat serta keputusan Jawatankuasa Pertandingan.

10. Semua peserta perlu LIKE FACEBOOK RASMI SPRM JOHOR agar tidak terlepas maklumat
pertandingan.

11. SET 1 bagi Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 ialah Mewarna dan Mencari Perkataan
Tersembunyi.

12. SET 2 bagi Kategori Sekolah Rendah Tahap 2 ialah Mewarna dan Suai Kata.

13. SET 3 bagi Kategori Sekolah Menengah ialah Melukis Poster bertemakan “ BERSAMA
MEMERANGI RASUAH” serta Teka Silang Kata.

14. Semua peserta perlu muat naik lukisan anda dipautan yang disediakan pada borang pendaftaran.

11. Sila hantar karya/lukisan dan jawapan anda ke alamat selewat-lewatnya 25 Mac 2022 ke:

UNIT PENMAS
KOMPLEKS SPRM NEGERI JOHOR
PETI SURAT 6000
81200 TAMPOI
JOHOR.
07-2316000

You might also like