You are on page 1of 21

DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022


PERINGKAT DAERAH BESUT PPD/ MSSD BESUT

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1. Pertandingan ini dinamakan Liga Bakat Bola Sepak Peringkat Sekolah atau dikenali
sebagai Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League) dibahagi kepada dua (2)
peringkat umur Bawah 12 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

2. PENGANJURAN

2.1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2. Bagi maksud penganjuran pertandingan, Jawatankuasa Penganjur (JKP)


bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa
penganjuran dan segala aktiviti pertandingan kepada mana-mana Jawatankuasa Khas
(Jawatankuasa Teknikal Pertandingan (JKTP), Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan
Jawatankuasa Bakat (JKB) yang dibentuk.

3. PEMATUHAN PERATURAN, PIALA DAN PERATURAN AM

3.1. PEMATUHAN PERATURAN


a. Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua undang-undang dan Peraturan
mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan Liga Bakat Bola Sepak
(Junior Football League) adalah menjadi tanggungjawab semua Pasukan,
Pegawai dan Pemain.

b. Mana-mana Pasukan, Pegawai atau Pemain yang mengingkari mana- mana


Perkara di dalam Peraturan dan Perkara 3.1.a boleh dikenakan tindakan atau
hukuman seperti berikut:

i. Amaran atau amaran keras;

ii. Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan yang satu
lagi dengan 3 mata dan jaringan gol 3-0 atau jaringan semasa perlawanan
dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih;

iii. Memotong mata perlawanan Pasukan;

iv. Penggantungan Pasukan, Pegawai atau Pemain untuk beberapa perlawanan


atau musim atau musim-musim berikutnya;

1
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

v. Pasukan dan Pemain mestilah memulangkan balik piala, medal atau hadiah
wang tunai yang telah diterima, jika ada. Wang tunai hendaklah
dipulangkan sepenuhnya mengikut jumlah yang diterima;

vi. Pasukan terkeluar daripada Liga Bakat Bola Sepak (Junior Football
League) dan semua perlawanan terdahulu tidak dikira serta digantung
automatik selama dua (2) tahun atau dua musim atau lebih;

vii. Pendaftaran Pemain dan Pegawai terbatal serta merta dan dengan demikian
semua perlawanan terdahulu yang disertai oleh Pemain ini dikira kalah
dengan jaringan 0-3 atau mengikut jaringan sebenar jika ianya lebih;

viii. Apa-apa tindakan atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu dan
patut oleh JKP/JKTP/JKT mengikut hukuman yang digunapakai Persatuan
Sukan Kebangsaan

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1. Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut
undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA
berkuatkuasa sekarang.

4.2. Undang-undang permainan bagi Umur Bawah 12 Tahun adalah sebagaimana yang
berkuatkuasa (4.1) di atas melainkan;
a. Panjang Padang - 73.15 - 82.30 meter
b. Lebar Padang - 54.86 – 64.01 meter
c. Tinggi Gol - 2.13 meter/7kaki
d. Lebar Gol - 6.40 meter/7 ela
e. Format Permainan - 9 v 9 (Dengan Penjaga Gol)
f. Masa Permainan - 25 minit (2 separuh masa)
g. Saiz Bola - Saiz 4

4.3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan berasaskan kepada keputusan JKP.

4.4. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan JKTP
berpandukan Undang-undang FIFA.

4.5. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh JKP dan JKTP adalah muktamad.

2
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

4.6. Pertandingan akan dilaksanakan secara liga dalam kumpulan (round robin) pada
pusingan awal dan kalah singkir (single elimination) pada perlawanan seterusnya
sehingga perlawanan akhir. Format ini akan diguna pakai pada semua peringkat (daerah,
negeri dan kebangsaan)

5. PENYERTAAN

5.1. Peringkat Daerah – Setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD) pertandingan akan melibatkan sebanyak lapan (8) pasukan bertanding
dan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Pemilihan lapan
(8) pasukan terbaik ini adalah berdasarkan ranking daripada Kejohanan Bola Sepak
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

5.2. Pemilihan pasukan yang layak ke Peringkat Negeri adalah seperti berikut:

BIL BIL PASUKAN


PASUKAN PERINGKAT BIL
BIL NEGERI
PERINGKAT DAERAH PPD/MSSD
NEGERI (PPD/MSSD)

1 Perlis 8 32 4
2 Kedah 9 72 9
3 Pulau Pinang 9 72 9
4 Perak 12 96 12
5 Selangor 10 80 10
W.P. Kuala
6 8 32
Lumpur 4
Negeri
7 8 64
Sembilan 8
8 Melaka 7 56 7
9 Johor 11 88 11
10 Pahang 11 88 11
11 Terengganu 8 64 8
12 Kelantan 11 88 11

3
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

BIL BIL
PASUKAN PASUKAN BIL
BIL NEGERI
PERINGKAT PERINGKAT PPD/MSSD
NEGERI DAERAH
(PPD/MSSD)
13 Sarawak 30 240 30
14 Sabah 24 192 24
W.P.
15 8 - -
Putrajaya
16 W.P. Labuan 8 - -
JUMLAH 182 1264 158

5.3. Fixture perlawanan mengikut bagi setiap kategori dan peringkat adalah seperti di
Lampiran I.

5.4. Johan Peringkat Negeri -Liga Bakat Bola Sepak Peringkat Sekolah (16 pasukan) akan
mewakili Negeri berkenaan ke Peringkat Kebangsaan.

5.5. Setiap pasukan/sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu
pasukan sahaja dalam mana-mana kategori

5.6. JKTP akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup
permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke
semasa oleh JKP.

5.7. Semua pasukan bertanding WAJIB mengesahkan penyertaan dalam pertandingan


dengan mengisi Borang Pengesahan Pasukan. Borang ini perlu disahkan oleh Pengetua
sekolah yang mengambil bahagian.

6. KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Seorang pemain terdiri dari murid sekolah yang berdaftar di sekolah yang mengambil
bahagian dan WARGANEGARA Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.

6.2. Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori dan satu pasukan sahaja.

4
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

6.3. Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada JKTP seperti berikut:

a. Pemain Bawah 12 Tahun mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak / Mykid


yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.
b. Pemain Bawah 16 tahun WAJIB mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad Asal

6.4. Kelayakan umur pemain adalah: -


a. Bawah 12 Tahun – Lahir pada atau selepas tahun 2010
b. Bawah 16 Tahun - Lahir pada atau selepas tahun 2006

6.5. Pemain yang sedang menyertai dan berdaftar dalam mana-mana National Football
Development Programme of Malaysia (NFDP) dan Pusat Kecemerlangan Bola Sepak
Negeri adalah tidak dibenarkan menyertai liga ini. Rujuk annex 1 (senaraikan NFDP di
annex) cth sekolah sukan, PLD dll

6.6. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan
diputuskan oleh JKTP dan keputusannya adalah muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

7.1. Pendaftaran pemain Bawah 12 tahun:


a. Peringkat Daerah - Daftar 15 orang Pemain (Tiada Pemain Jemputan)
b. Peringkat Negeri dan Kebangsaan – Daftar 15 orang pemain dan 3 orang pemain
jemputan

7.2. Pendaftaran pemain Bawah 16 tahun:


a. Peringkat Daerah – Daftar 18 orang Pemain (Tiada Pemain Jemputan)
b. Peringkat Negeri dan Kebangsaan – Daftar 18 orang pemain dan 3 orang pemain
jemputan

7.3. Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran yang telah ditetapkan. Hanya
pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

7.4. Setiap pasukan bertanding dibenarkan mendaftar tiga (3) orang sahaja pemain jemputan
di peringkat negeri dan kebangsaan sahaja.

7.5. Pemain jemputan adalah pemain yang diambil dari sekolah lain yang bertanding dalam
pertandingan JFL tahun semasa di peringkat daerah yang sama sahaja.

7.6. Pemain jemputan juga adalah tertakluk kepada peraturan kejohanan yang dinyatakan
pada Perkara 5.

5
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

7.7. Selaku Pemain Jemputan dari sekolah lain dalam daerah yang sama, pemain ini WAJIB
mendapat pelepasan khas daripada sekolah asal pemain berkenaan yang ditandatangani
PENGETUA sekolah asal Pemain Jemputan dan didaftarkan melalui Borang Pemain
Jemputan.

7.8. Pendaftaran Pegawai


a. Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan
Pelajaran yang sedang berkhidmat di sekolah dan Pegawai Jabatan Belia dan
Sukan Negara mesti didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan.

b. Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 5 orang pegawai termasuk seorang


pengurus.
Peringkat Daerah- 4 orang pegawai
Peringkat Negeri dan Kebangsaan- 6 orang pegawai KPM termasuk 2 orang
pegawai JBSN

7.9. Semua borang pendaftaran akan disemak dan disahkan oleh JKTP

8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1. Pemberian mata bagi pertandingan peringkat liga digunakan seperti ketetapan berikut:
a. Menang - 3 mata
b. Seri - 1 mata
c. Kalah - 0 mata

8.2. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat
dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan,
maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu sekurang-kurangnya 7
pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.

8.3. Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak
dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau
kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira. (forfeited)

8.4. Setelah selesai semua perlawanan kumpulan, kedudukan dalam setiap kumpulan
hendaklah ditentukan mengikut susunan hirarki yang berikut:

a. Pasukan yang mempunyai jumlah mata yang tertinggi, jika sama


b. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang tertinggi, jika masih

6
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

sama,
c. Pasukan yang mempunyai jaringan gol terbanyak.

8.5. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata, perbezaan gol dan
jumlah jaringan yang sama, maka penentuan pasukan teratas hendaklah mengikut
susunan hirarki seperti berikut:

a. Kriteria Head-to-Head

b. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara


pasukan yang terlibat, jika masih sama

c. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang tertinggi di antara


pasukan-pasukan yang terlibat, jika masih sama

d. Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak di antara


pasukan-pasukan yang terlibat, jika masih sama

e. Sepakan dari tanda penalti jika hanya dua (2) Pasukan yang terlibat dan
Pasukan terlibat masih di Padang Permainan

f. Jika masih tiada keputusan, kaedah memutuskan yang layak adalah


mengikut ketetapan Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan adalah
muktamad.

8.6. Sekiranya dalam perlawanan peringkat kalah singkir, berlaku keputusan seri setelah
tamat tempoh masa bermain, maka pemenang akan terus ditentukan menerusi sepakan
dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN

9.1. Peringkat umur Bawah 12 tahun

a. Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat
tidak melebihi 5 minit (whistle to whistle) (25+5+25).

9.2. Peringkat umur Bawah 16 tahun

a. Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat
tidak melebihi 10 minit (35+10+35).

7
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

10. PENGGANTIAN PEMAIN

10.1 Tidak lebih dari 7 (tujuh) orang pemain kategori Bawah 16 Tahun didaftar dalam satu
perlawanan itu boleh diganti dalam satu perlawanan. Mana-mana pemain yang diganti
tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk sepakan
dari tanda penalti.

10.2 Kaedah Penggantian Berulang (‘Rolling Subtitute’) digunapakai untuk kategori


bawah 12 tahun

11 PAKAIAN PEMAIN

11.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut
nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok,
minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan.

11.2 Setiap pemain wajib memakai kasut bola ‘boot’, stokin dan alas betis ‘shin guard’
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

11.3 Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah bersamaan
warna utama seluar atau hujundan warna lengan baju.

11.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan
lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

11.5 Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi dan mengisytiharkan warna jersi
sebagai jersi home dan away dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan
warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan
tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

11.6 Pengurus Pasukan perlu membawa kedua-dua set jersi termasuk jersi Penjaga Gol
semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

12 JADUAL PERLAWANAN

12.1 JKTP akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan
mengikut kesesuaian dan persetujuan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

8
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

12.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca
atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan
berkenaan akan ditentukan oleh pihak JKTP yang mana keputusannya adalah
muktamad.

13 PERLAWANAN YANG DIBATALKAN

13.1 Mana-mana Perlawanan yang dibatalkan sebagai akibat daripada Force Majeure,
JKTP hendaklah membuat keputusan mengikut budi bicara mutlaknya dan
mengambil apa-apa tindakan yang dianggap perlu.

13.2 Mana-mana Perlawanan yang dibatalkan, kecuali dalam kes-kes Force Majeure yang
diiktiraf oleh JKTP, boleh menyebabkan pengenaan hukuman oleh JKT terhadap
pihak yang berkaitan yang telah menyebabkan pembatalan mengikut Peraturan
Pertandingan.

13.3 Jika perlawanan tidak boleh dimulakan pada masa yang ditetapkan seperti dalam
Jadual Pertandingan disebabkan oleh apa jua keadaan, tatacara yang berikut
hendaklah diikuti:

13.3.1 Perlawanan mesti ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya tiga puluh


(30) minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh
memutuskan perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh
penangguhan berkenaan.

13.3.2 Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh penangguhan


selama tiga puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada pendapat Pengadil
tempoh penangguhan tambahan ini akan membolehkan perlawanan
dimulakan. Jika tidak, pada akhir tempoh penangguhan tiga puluh (30)
minit pertama, Pengadil hendaklah mengisytiharkan Perlawanan telah
dibatalkan.

13.3.3 Pengadil mesti mengisytiharkan perlawanan telah dibatalkan setelah


berakhirnya lanjutan kedua tempoh penangguhan.

13.3.4 Dalam kes perlawanan yang dibatalkan, JKTP hendaklah membuat


keputusan dalam tempoh dua (2) jam dari keputusan Pengadil
membatalkan perlawanan sama ada Perlawanan boleh dijadualkan semula,
dengan mengambilkira semangat kesukanan dan pertimbangan, atau sama
ada apa-apa tindakan lain dan keputusan yang diperlukan untuk
meneruskan pertandingan ini. Mana-mana

9
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

sekatan disiplin yang disebabkan oleh perlawanan dibatalkan hendaklah terus


berkuatkuasa.

14 PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DITERUSKAN (DITANGGUHKAN)

14.1 Mana-mana Perlawanan yang tidak dapat diteruskan sebagai akibat daripada Force
Majeure, JKTP hendaklah membuat keputusan mengikut budi bicara mutlaknya dan
mengambil apa-apa tindakan yang dianggap perlu.

14.2 Jika Perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum akhir masa disebabkan oleh apa
jua keadaan, tatacara yang berikut hendaklah diikuti:

14.2.1 Perlawanan dihentikan selama tiga puluh (30) minit. Dalam tempoh
berkenaan, Pengadil boleh memutuskan perlawanan boleh dimulakan
sebelum berakhirnya tempoh pemberhentian berkenaan.

14.2.2 Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh pemberhentian tiga
puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada pendapat Pengadil tempoh
pemberhentian tambahan ini akan membolehkan perlawanan diteruskan.
Jika tidak, pada akhir tempoh pemberhentian tiga puluh (30) minit pertama,
Pengadil hendaklah mengisytiharkan perlawanan tidak dapat diteruskan.

14.3 Pengadil hendaklah mengisytiharkan perlawanan tidak dapat diteruskan setelah


berakhirnya lanjutan kedua tempoh pemberhentian.

14.4 Dalam hal perlawanan yang tidak dapat diteruskan akibat keadaan di luar jangka
(Force Majeure) bagi apa-apa sebab selepas ia telah bermula, perlawanan hendaklah
dimulai dengan keputusan yang sama pada saat-saat di mana masa permainan
terhenti dan bukan dimainkan semula sepenuhnya.

14.5 Prinsip-prinsip yang berikut hendaklah terpakai bagi memulakan perlawanan yang
ditangguhkan

14.5.1 Perlawanan hendaklah dimulai dengan Pemain yang sama di atas padang dan
gantian boleh didapati sebagai apabila perlawanan pada mulanya
terhenti;
14.5.2 Tiada tambahan atau penggantian Pemain boleh dibuat pada Team List;
14.5.3 Pasukan hanya berhak untuk menggunakan baki bilangan
penggantian pada ketika perlawanan itu dihentikan;
14.5.4 Pemain yang diperintah keluar padang semasa perlawanan yang

10
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

ditangguhkan tidak boleh diganti;


14.5.5 Mana-mana sekatan yang dikenakan sebelum perlawanan
ditinggalkan kekal sah untuk baki perlawanan;
14.5.6 Masa sepak mula, tarikh (dijadualkan hari berikutnya) dan venue
hendaklah diputuskan oleh JKTP
14.5.7 Mana-mana perkara yang memerlukan keputusan selanjutnya boleh
diputuskan oleh JKTP
14.5.8 Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang dinyatakan dalam
klausa 14 di atas.

15 MINIMA PEMAIN

15.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain tujuh (7) orang sebelum
memulakan perlawanan.

15.2 Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 7
(tujuh) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 – 0 atau
jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

16 TINDAKAN TATATERTIB (Hanya Untuk Pertandingan Kategori Bawah 16


Tahun Sahaja)

16.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak akan berbincang perkara- perkara
yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan
pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak
boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang
dipertimbangkan.

16.2 Untuk kesalahan berikut, JKT tidak akan bersidang dan hukumannya adalah
automatik:

16.2.1 Mana-mana Pemain yang menerima tiga (3) kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan semasa Peringkat Kumpulan akan digantung automatik
satu (1) perlawanan berikutnya.

16.2.2 Mana-mana Pemain yang menerima kad kuning ketiga (3) dalam
perlawanan yang terakhir Peringkat Kumpulan akan digantung automatik
satu (1) perlawanan berikutnya di Peringkat Kalah Singkir jika Pasukannya
layak.

11
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

16.2.3 Mana-mana Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan di Peringkat Kalah Singkir digantung satu (1) perlawanan
berikutnya perlawanan yang sama.

16.2.4 Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar kerana
melakukan kesalahan menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan yang
sama akan digantung automatik untuk satu (1) perlawanan berikutnya.

16.2.5 Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar kerana mendapat
satu (1) Kad Merah, akan digantung automatik satu (1) perlawanan
berikutnya. Walaubagaimanapun, penggantunggan lanjut boleh dikenakan
oleh JKT sekiranya diputuskan perlu.

16.2.6 Mana-mana Pemain yang Bertanding yang melengkapkan Peringkat


Kumpulan yang hanya menerima satu (1) kad kuning, amaran tersebut tidak
akan dilanjutkan ke Peringkat Kalah Singkir.

16.2.7 Mana-mana Pemain yang Bertanding yang melengkapkan Perlawanan Final


setelah menerima dua (2) amaran atau kad merah, penggantungan tersebut
akan dilanjutkan ke perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini.

16.2.8 Mana-mana Pegawai yang diperintah keluar meninggalkan bangku


simpanan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.
Walaubagaimanapun, penggantungan lanjut boleh dikenakan oleh JKT
sekiranya diputuskan perlu.

16.2.9 Hukuman penggantungan yang diterima semasa Peringkat Kumpulan


hendaklah dilaksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa dibawa ke
Peringkat Kalah Singkir.

16.2.10 JKT hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus


mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jjika tindakan yang lebih
keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada JKP
untuk tindakan seterusnya.

16.2.11 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan


kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan
berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada
laporan pengawai perlawanan oleh JKT

12
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

16.2.12 Kesemua keputusan JKT adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk
kepada sebarang rayuan.

17 BANTAHAN

17.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada JKTP dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas tamat
perlawanan berkenaan berserta wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga
Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak
berjaya.

17.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

18 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

18.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan


pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang
dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

18.2 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain sama ada sengaja atau tidak
adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

18.3 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang


permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

18.4 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun,
pegawai atau pemain atau kedua-duanya sekali akan diambil tindakan.

18.5 Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar pendek,
‘jeans’ dan selipar

18.6 Pegawai dibangku simpanan digalakkan memakai pakaian yang seragam.

18.7 Pegawai pasukan dilarang merokok di kawasan teknikal padang perlawanan.

13
DIKEMASKINI PADA 30 MEI 2022

19 HAK PEMAIN

19.1 Menjadi kewajipan pemain-pemain yang menyertai JFL diwajibkan mewakili


pasukan ke mana-mana pertandingan peringkat tertinggi kecuali atas sebab-sebab
kecederaan yang teruk dan disahkan oleh doktor kerajaan.

20 COUNTDOWN TO KICK OFF

20.1 Semua pasukan yang bertanding diwajibkan mengikut Jadual Kira Detik
Perlawanan (‘Countdown to kick off’)

21 KENYATAAN AKHBAR

21.1 Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan JFL dilarang membuat
sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran
penganjur.

21.2 Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai
pasukan

22 PINDAAN DAN HAK PENGANJUR

22.1 Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca secara
bersama. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang- undang
permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi

22.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan berkenaan akan
diputuskan oleh JKP yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

14
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022
BORANG PENGESAHAN PASUKAN BO1
NAMA PASUKAN / SEKOLAH
DAERAH
NEGERI
ALAMAT SEKOLAH

NAMA PENGURUS PASUKAN


NO. TELEFON -
NO.FAKS -
NO. TELEFON BIMBIT -
ALAMAT E-MEL

WARNA JERSI UTAMA BAJ SELUAR STOKIN


U

WARNA JERSI KEDUA BAJ SELUAR STOKIN


U

WARNA JERSI PG UTAMA BAJ SELUAR STOKIN


U

WARNA JERSI PG KEDUA BAJ SELUAR STOKIN


U

Saya mengesahkan penyertaan pasukan saya dalam pertandingan Junior Football League (B16 Tahun)
dengan memahami dan bersetuju untuk mematuhi peraturan pertandingan dan syarat yang ditetapkan.

DISAHKAN OLEH,

COP RASMI SEKOLAH

Tandatangan

NAMA :
JAWATAN:
TARIKH :

KEGUNAAN URUSETIA
AKUAN TERIMA TARIKH

NAMA:
EMAIL SATU SALINAN KE xxxx@gmail.com
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
BO2
NAMA PASUKAN / SEKOLAH NO TEL PENGURUS

ALAMAT

BIL PEGAWAI PASUKAN KAD PENGENALAN JAWATAN

1 PENGURUS

2 JURULATIH

3 PENOLONG

4 JURULATIH GK

5 FISIOTERAPI
BIL PEMAIN KAD PENGENALAN POSISI JERSI

10

11
SAYA MENGAKU MAKLUMAT PEGAWAI DAN PEMAIN ADALAH BENAR PENGESAHAN SEKOLAH,

TANDA TANGAN PENGURUS CAP SEKOLAH TANDA TANGAN PENGETUA/PENTADBIR


muka surat 1
EMAIL SATU SALINAN KE aXXX@gmail.com
PANDUAN PENDAFTARAN AKHIR 20 ORANG PEMAIN
1. Borang ini wajib ditaip.( Salin daripada Borang Pendaftaran Awal)
2. Daftar 5 Pegawai dan 9 orang pemain yang layak
3. Setelah siap email satu salinan kepada urusetia. Borang Pendaftaran Awal perlu ditandatangani Pengurus dan Pengetua
4. Serahkan borang ini (muka surat 1) kepada URUSETIA / PEGAWAI PERLAWANAN bersama SALINAN KAD PENGENALAN yang telah disahkan
3. Tarikh mula serahan Pendaftaran Awal adalah pada …………………….. dan tarikh akhir serahan adalah sebelum perlawanan pertama
bermula kepada pegawai perlawanan
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

DAFTAR AWAL 18 PEMAIN BO2


NAMA PASUKAN / SEKOLAH NO TEL PENGURUS

ALAMAT

BIL PEGAWAI PASUKAN KAD PENGENALAN JAWATAN

1 PENGURUS

2 JURULATIH

3 PENOLONG

4 JURULATIH GK

5 FISIOTERAPI

BIL PEMAIN KAD PENGENALAN POSISI JERSI

1 GK

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21
SAYA MENGAKU MAKLUMAT PEGAWAI DAN PEMAIN ADALAH BENAR PENGESAHAN SEKOLAH,

TANDA TANGAN PENGURUS CAP SEKOLAH TANDA TANGAN PENGETUA/PENTADBIR

EMAIL SATU SALINAN KE XXXXXX @gmail.com


PANDUAN PENDAFTARAN AWAL
1. Borang ini wajib ditaip.
2. Daftar 5 Pegawai dan 18 orang pemain yang
layak
3. Setelah siap email satu salinan kepada urusetia. Borang Pendaftaran Awal tidak perlu ditandatangani.
3. Tarikh akhir Pendaftaran Awal adalah pada :
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022
BORANG PERLAWANAN
BO
3
PASUKAN TUAN RUMAH (PTR) JESRSI MASA TARIKH NO . PERLAWANAN

PASUKAN LAWAN ( PL) JERSI VENUE

BIL PEGAWAI PASUKAN KAD PENGENALAN JAWATAN


1 PENGURUS

2 JURULATIH

3 PENOLONG

4 JURULATIH GK

5 FISIOTERAPI

JSY PEMAIN KAD PENGENALAN / X 0


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

SERAHKAN 2 SALINAN DENGAN KAD PENGENALAN ASAL PEMAIN KEPADA KO0RDINATOR PERLAWANAN
HANYA DAFTAR 18 PEMAIN SAHAJA UNTUK PERLAWANAN
NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN HENDAKLAH DITAIP

TANDA TANGAN PENGURUS TARIKH


(Disi oleh Pegawai Perlawanan)
Pegawai Perlawanan Nama TT
Pengadil
Penolong Pengadil 1
Penolong Pengadil 2
Venue Koordinator
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022
BORANG PERLAWANAN
BO3
PASUKAN TUAN RUMAH (PTR) JESRSI MASA TARIKH NO . PERLAWANAN

PASUKAN LAWAN ( PL) JERSI VENUE

BIL PEGAWAI PASUKAN KAD PENGENALAN JAWATAN

1 PENGURUS

2 JURULATIH

3 PENOLONG

4 JURULATIH GK

5 FISIOTERAPI

JSY PEMAIN KAD PENGENALAN / X 0

1/4
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
20
18
19
SERAHKAN 2 SALINAN DENGAN KAD PENGENALAN ASAL PEMAIN KEPADA KO0RDINATOR PERLAWANAN
HANYA DAFTAR 18 PEMAIN SAHAJA UNTUK PERLAWANAN
NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN HENDAKLAH DITAIP

TANDA TANGAN PENGURUS TARIKH


(Disi oleh Pegawai Perlawanan)

Pegawai Perlawanan Nama TT


Pengadil
Penolong Pengadil 1
Penolong Pengadil 2
Venue Koordinator
LIGA TUNAS MALAYSIA
(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022
BORANG PEMAIN JEMPUTAN
BO4
NAMA PEMAIN JEMPUTAN

NO. KAD PENGENALAN

TANDA TANGAN PEMAIN

NAMA PENGURUS PASUKAN

BERTANDING

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON / TELEFON BIMBIT

TANDA TANGAN PENGURUS

PASUKAN BERTANDING

PERAKUAN DAN PENGESAHAN SEKOLAH ASAL PEMAIN PERAKUAN DAN PENGESAHAN PASUKAN BERTANDING
Saya mengesahkan penyertaan pemain dari sekolah saya Pasukan kami mengesahkan akan menggunakan pemain seperti
seperti di atas didaftarkan sebagai PEMAIN JEMPUTAN untuk nama tersebut di atas dari sekolah:-
Pasukan Sekolah:-
menyertai Pertandingan Junior Football League menyertai Pertandingan Junior Football League
dengan memahami dan bersetuju untuk mematuhi dengan memahami dan bersetuju untuk mematuhi
peraturan dan syarat-syarat pertandingan peraturan dan syarat-syarat pertandingan

…………………………………………………….. …………………………………………………….
TANDA TANGAN TANDA TANGAN
NAMA & COP Pengetua / Pentadbir NAMA & COP Pengetua / Pentadbir

SERAHKAN SATU SALINAN KEPADA SEKOLAH ASAL PEMAIN JEMPUTAN DAN SATU LAGI UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN
EMAIL SATU SALINAN KE xxxxx @gmail.com

You might also like