You are on page 1of 14

PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)

DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

LAMPIRAN V

PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA


(MALAYSIA LITTLE LEAGUE) 2022

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1. Pertandingan ini dinamakan Liga Tunas Malaysia atau dikenali sebagai Malaysia
Little League (MiLL) dibahagi kepada dua (2) peringkat umur Bawah 12 Tahun
dan Bawah 16 Tahun.

2. PENGANJURAN

2.1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2. Bagi maksud penganjuran pertandingan, Jawatankuasa Penganjur (JKP)


bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa
penganjuran dan segala aktiviti pertandingan kepada mana-mana Jawatankuasa
Khas (Jawatankuasa Teknikal Pertandingan (JKTP), Jawatankuasa Tatatertib
(JKT) dan Jawatankuasa Bakat (JKB) yang dibentuk.

3. PEMATUHAN PERATURAN, PIALA DAN PERATURAN AM

3.1. PEMATUHAN PERATURAN


a. Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua undang-undang dan
Peraturan mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan
Malaysia Little League adalah menjadi tanggungjawab semua Pasukan,
Pegawai dan Pemain.

b. Mana-mana Pasukan, Pegawai atau Pemain yang mengingkari mana-


mana Perkara di dalam Peraturan dan Perkara 3.1.a boleh dikenakan
tindakan atau hukuman seperti berikut:

i. Amaran atau amaran keras;

ii. Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan


yang satu lagi dengan 3 mata dan jaringan gol 3-0 atau jaringan
semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya
lebih;

iii. Memotong mata perlawanan Pasukan;

iv. Penggantungan Pasukan, Pegawai atau Pemain untuk beberapa


perlawanan atau musim atau musim-musim berikutnya;

1
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

v. Pasukan dan Pemain mestilah memulangkan balik piala, medal atau


hadiah wang tunai yang telah diterima, jika ada. Wang tunai
hendaklah dipulangkan sepenuhnya mengikut jumlah yang diterima;

vi. Pasukan terkeluar daripada Malaysia Little League dan semua


perlawanan terdahulu tidak dikira serta digantung automatik selama
dua (2) tahun atau dua musim atau lebih;

vii. Pendaftaran Pemain dan Pegawai terbatal serta merta dan dengan
demikian semua perlawanan terdahulu yang disertai oleh Pemain ini
dikira kalah dengan jaringan 0-3 atau mengikut jaringan sebenar jika
ianya lebih; dan

viii. Apa-apa tindakan atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu


dan patut oleh JKP/JKTP/JKT mengikut hukuman yang digunapakai
Persatuan Sukan Kebangsaan.

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1. Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan
mengikut undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.

4.2. Undang-undang permainan bagi Umur Bawah 12 Tahun adalah sebagaimana


yang berkuatkuasa (4.1) di atas melainkan;
a. Panjang Padang - 73.15 - 82.30 meter
b. Lebar Padang - 54.86 – 64.01 meter
c. Tinggi Gol - 2.13 meter/7kaki
d. Lebar Gol - 6.40 meter/7 ela
e. Format Permainan - 9 v 9 (Dengan Penjaga Gol)
f. Masa Permainan - 25 minit (2 separuh masa)
g. Saiz Bola - Saiz 4

4.3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan berasaskan kepada keputusan JKP.

4.4. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan JKTP
berpandukan Undang-undang FIFA.

4.5. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh JKP dan JKTP adalah
muktamad.

2
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

4.6. Pertandingan akan dilaksanakan secara liga dalam kumpulan (round robin) pada
pusingan awal dan kalah singkir (single elimination) pada perlawanan seterusnya
sehingga perlawanan akhir. Format ini akan diguna pakai pada semua peringkat
(daerah, negeri dan kebangsaan).

5. PENYERTAAN

5.1. Peringkat Daerah – Setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Majlis Sukan
Sekolah Daerah (MSSD) pertandingan akan melibatkan sebanyak lapan (8)
pasukan bertanding dan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Pemilihan lapan
(8) pasukan terbaik ini adalah berdasarkan ranking daripada Kejohanan Bola
Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

5.2. Pemilihan pasukan yang layak ke Peringkat Negeri adalah seperti berikut:

BIL BIL PASUKAN


PASUKAN PERINGKAT BIL
BIL NEGERI
PERINGKAT DAERAH PPD/MSSD
NEGERI (PPD/MSSD)

1 Perlis 8 32 4
2 Kedah 9 72 9
3 Pulau Pinang 9 72 9
4 Perak 12 96 12
5 Selangor 10 80 10
W.P. Kuala
6 8 32
Lumpur 4
Negeri
7 8 64
Sembilan 8
8 Melaka 7 56 7
9 Johor 11 88 11
10 Pahang 11 88 11
11 Terengganu 8 64 8
12 Kelantan 11 88 11

3
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

BIL BIL PASUKAN


PASUKAN PERINGKAT BIL
BIL NEGERI
PERINGKAT DAERAH PPD/MSSD
NEGERI (PPD/MSSD)
13 Sarawak 30 240 30
14 Sabah 24 192 24
W.P.
15 8 - -
Putrajaya
16 W.P. Labuan 8 - -
JUMLAH 182 1264 158

5.3. Fixture perlawanan bagi setiap kategori dan peringkat adalah seperti di
Lampiran I.

5.4. Johan Peringkat Negeri -Liga Tunas Malaysia (32 pasukan) akan mewakili Negeri
berkenaan ke Peringkat Kebangsaan.

5.5. Setiap pasukan/sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar
satu pasukan sahaja dalam mana-mana kategori.

5.6. JKTP akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh


tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat
dari semasa ke semasa oleh JKP.

5.7. Semua pasukan bertanding WAJIB mengesahkan penyertaan dalam


pertandingan dengan mengisi Borang Pengesahan Pasukan. Borang ini perlu
disahkan oleh Pengetua sekolah yang mengambil bahagian.

6. KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Seorang pemain terdiri dari murid sekolah yang berdaftar di sekolah yang
mengambil bahagian dan WARGANEGARA Malaysia adalah layak mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.

6.2. Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori dan satu pasukan
sahaja.

4
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

6.3. Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada JKTP seperti berikut:
a. Pemain Bawah 12 Tahun mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak /
Mykid yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.
b. Pemain Bawah 16 tahun WAJIB mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad
Asal.

6.4. Kelayakan umur pemain adalah: -


a. Bawah 12 Tahun – Lahir pada atau selepas tahun 2010
b. Bawah 16 Tahun - Lahir pada atau selepas tahun 2006

6.5. Pemain yang sedang menyertai dan berdaftar dalam mana-mana pusat dibawah
National Football Development Programme of Malaysia (NFDP) seperti Akademi
Tunas, Pusat Latihan Daerah, Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Malaysia
dan Akademi Mokhtar Dahari serta Pusat Kecemerlangan Bola Sepak
Negeri/Kelab/Persatuan/Akademi yang lebih tinggi atau setaraf adalah tidak
dibenarkan menyertai liga ini.

6.6. Kategori Perempuan Bawah 16 tahun adalah terbuka kepada semua pelajar yang
bersekolah dari negeri yang sama sahaja. Pemain kategori perempuan adalah
dikecualikan daripada perkara 6.5.

6.7. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana
pemain akan diputuskan oleh JKTP dan keputusannya adalah muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

7.1. Pendaftaran pemain Bawah 12 tahun:


a. Peringkat Daerah - Daftar 15 orang Pemain (Tiada Pemain Jemputan)
b. Peringkat Negeri dan Kebangsaan – Daftar 15 orang pemain dan 3 orang
pemain jemputan.

7.2. Pendaftaran pemain Bawah 16 tahun:


a. Peringkat Daerah – Daftar 18 orang Pemain (Tiada Pemain Jemputan).
b. Peringkat Negeri dan Kebangsaan – Daftar 18 orang pemain dan 3 orang
pemain jemputan.

7.3. Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran yang telah ditetapkan.
Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.
7.4. Setiap pasukan bertanding dibenarkan mendaftar tiga (3) orang sahaja pemain
jemputan di peringkat negeri dan kebangsaan sahaja. Pasukan yang tidak
mendaftarkan pemain jemputan maka pendaftaran hanya terhad kepada 18 orang
sahaja.

5
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

7.5. Pemain jemputan adalah pemain yang diambil dari sekolah lain yang di peringkat
daerah atau negeri yang sama sahaja.

7.6. Pemain jemputan juga adalah tertakluk kepada peraturan kejohanan yang
dinyatakan pada Perkara 5.

7.7. Selaku Pemain Jemputan dari sekolah lain dalam daerah yang sama, pemain ini
WAJIB mendapat pelepasan khas daripada sekolah asal pemain berkenaan yang
ditandatangani PENGETUA sekolah asal Pemain Jemputan dan didaftarkan
melalui Borang Pemain Jemputan.

7.8. Pendaftaran Pegawai


a. Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan
Pelajaran yang sedang berkhidmat di sekolah dan Pegawai Jabatan Belia
dan Sukan Negara mesti didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pasukan.

b. Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 5 orang pegawai termasuk


seorang pengurus.
Peringkat Daerah - 4 orang pegawai
Peringkat Negeri dan Kebangsaan - 5 orang pegawai

7.9. Semua borang pendaftaran akan disemak dan disahkan oleh JKTP.

8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1. Pemberian mata bagi pertandingan peringkat liga digunakan seperti ketetapan
berikut:
a. Menang - 3 mata
b. Seri - 1 mata
c. Kalah - 0 mata

8.2. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor
diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual
Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu
sekurang-kurangnya 7 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3
mata dan jaringan 3 - 0.

8.3. Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung


adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil
bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan
jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan
olehnya tidak diambil kira (forfeited).

6
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

8.4. Setelah selesai semua perlawanan kumpulan, kedudukan dalam setiap kumpulan
hendaklah ditentukan mengikut susunan hirarki yang berikut:
a. Pasukan yang mempunyai jumlah mata yang tertinggi, jika sama
b. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang tertinggi, jika masih
sama,
c. Pasukan yang mempunyai jaringan gol terbanyak.

8.5. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata, perbezaan gol
dan jumlah jaringan yang sama, maka penentuan pasukan teratas hendaklah
mengikut susunan hirarki seperti berikut:

a. Kriteria Head-to-Head ;

b. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara


pasukan yang terlibat, jika masih sama;

c. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang tertinggi di antara


pasukan-pasukan yang terlibat, jika masih sama;

d. Pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak di antara


pasukan-pasukan yang terlibat, jika masih sama;

e. Sepakan dari tanda penalti jika hanya dua (2) Pasukan yang terlibat
dan Pasukan terlibat masih di Padang Permainan;

f. Jika masih tiada keputusan, kaedah memutuskan yang layak adalah


mengikut ketetapan Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan
adalah muktamad.

8.6. Sekiranya dalam perlawanan peringkat kalah singkir, berlaku keputusan seri
setelah tamat tempoh masa bermain, maka pemenang akan terus ditentukan
menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN

9.1. Peringkat umur Bawah 12 tahun

a. Masa permainan ialah 25 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa
rehat tidak melebihi 5 minit (whistle to whistle) (25+5+25).

9.2. Peringkat umur Bawah 16 tahun

a. Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa
rehat tidak melebihi 10 minit (35+10+35).

7
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

10. PENGGANTIAN PEMAIN

10.1 Tidak lebih dari 7 (tujuh) orang pemain kategori Bawah 16 Tahun didaftar
dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam satu perlawanan. Mana-mana
pemain yang diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang
sama termasuk sepakan dari tanda penalti.

10.2 Kaedah Penggantian Berulang (‘Rolling Subtitute’) digunapakai untuk kategori


bawah 12 tahun.

11. PAKAIAN PEMAIN

11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya
mengikut nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang
pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak
dibenarkan.

11.2. Setiap pemain wajib memakai kasut bola ‘boot’, stokin dan alas betis ‘shin
guard’ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

11.3. Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah
bersamaan warna utama seluar atau baju dan warna lengan baju.

11.4. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan,
lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

11.5. Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi dan mengisytiharkan
warna jersi sebagai jersi home dan away dalam borang pendaftaran. Jika
terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan
jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang
diisytiharkan.

11.6. Pengurus Pasukan perlu membawa kedua-dua set jersi termasuk jersi Penjaga
Gol semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

12. JADUAL PERLAWANAN

12.1. JKTP akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan


perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan semasa Mesyuarat
Pengurus Pasukan.

8
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

12.2. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan


oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang
perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak JKTP yang mana
keputusannya adalah muktamad.

13. PERLAWANAN YANG DIBATALKAN

13.1. Mana-mana Perlawanan yang dibatalkan sebagai akibat daripada Force


Majeure, JKTP hendaklah membuat keputusan mengikut budi bicara
mutlaknya dan mengambil apa-apa tindakan yang dianggap perlu.

13.2. Mana-mana Perlawanan yang dibatalkan, kecuali dalam kes-kes Force


Majeure yang diiktiraf oleh JKTP, boleh menyebabkan pengenaan hukuman
oleh JKT terhadap pihak yang berkaitan yang telah menyebabkan pembatalan
mengikut Peraturan Pertandingan.

13.3. Jika perlawanan tidak boleh dimulakan pada masa yang ditetapkan seperti
dalam Jadual Pertandingan disebabkan oleh apa jua keadaan, tatacara yang
berikut hendaklah diikuti:

a. Perlawanan mesti ditangguhkan untuk sekurang-kurangnya tiga puluh


(30) minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh memutuskan
perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnyatempoh penangguhan
berkenaan.

b. Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh penangguhan


selama tiga puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada pendapat Pengadil
tempoh penangguhan tambahan ini akan membolehkan perlawanan
dimulakan. Jika tidak, pada akhir tempoh penangguhan tiga puluh (30)
minit pertama, Pengadil hendaklah mengisytiharkan Perlawanan telah
dibatalkan.

c. Pengadil mesti mengisytiharkan perlawanan telah dibatalkan setelah


berakhirnya lanjutan kedua tempoh penangguhan.

d. Dalam kes perlawanan yang dibatalkan, JKTP hendaklah membuat


keputusan dalam tempoh dua (2) jam dari keputusan Pengadil
membatalkan perlawanan sama ada Perlawanan boleh dijadualkan
semula, dengan mengambilkira semangat kesukanan danpertimbangan,
atau sama ada apa-apa tindakan lain dan keputusan yang diperlukan
untuk meneruskan pertandingan ini. Mana-mana sekatan disiplin yang
disebabkan oleh perlawanan dibatalkan hendaklah terus berkuatkuasa.

9
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

14. PERLAWANAN YANG TIDAK DAPAT DITERUSKAN (DITANGGUHKAN)

14.1. Mana-mana Perlawanan yang tidak dapat diteruskan sebagai akibat daripada
Force Majeure, JKTP hendaklah membuat keputusan mengikut budi bicara
mutlaknya dan mengambil apa-apa tindakan yang dianggap perlu.

14.2. Jika Perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum akhir masa disebabkan
oleh apa jua keadaan, tatacara yang berikut hendaklah diikuti:
a. Perlawanan dihentikan selama tiga puluh (30) minit. Dalam tempoh
berkenaan, Pengadil boleh memutuskan perlawanan bolehdimulakan
sebelum berakhirnya tempoh pemberhentian berkenaan.
b. Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh
pemberhentian tiga puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada
pendapat Pengadil tempoh pemberhentian tambahan ini akan
membolehkan perlawanan diteruskan. Jika tidak, pada akhir tempoh
pemberhentian tiga puluh (30) minit pertama, Pengadil hendaklah
mengisytiharkan perlawanan tidak dapat diteruskan.

14.3. Pengadil hendaklah mengisytiharkan perlawanan tidak dapat diteruskan


setelah berakhirnya lanjutan kedua tempoh pemberhentian.

14.4. Dalam hal perlawanan yang tidak dapat diteruskan akibat keadaan di luar
jangka (Force Majeure) bagi apa-apa sebab selepas ia telah bermula,
perlawanan hendaklah dimulai dengan keputusan yang sama pada saat-saat
di mana masa permainan terhenti dan bukan dimainkan semula sepenuhnya.

14.5. Prinsip-prinsip yang berikut hendaklah terpakai bagi memulakan perlawanan


yang ditangguhkan:
a. Perlawanan hendaklah dimulai dengan Pemain yang sama di atas padang
dan gantian boleh didapati sebagai apabila perlawanan pada mulanya
terhenti;
b. Tiada tambahan atau penggantian Pemain boleh dibuat pada TeamList;
c. Pasukan hanya berhak untuk menggunakan baki bilangan penggantian
pada ketika perlawanan itu dihentikan;
d. Pemain yang diperintah keluar padang semasa perlawanan yang
ditangguhkan tidak boleh diganti;
e. Mana-mana sekatan yang dikenakan sebelum perlawanan ditinggalkan
kekal sah untuk baki perlawanan;
f. Masa sepak mula, tarikh (dijadualkan hari berikutnya) dan venue
hendaklah diputuskan oleh JKTP;
g. Mana-mana perkara yang memerlukan keputusan selanjutnya boleh
diputuskan oleh JKTP; dan
h. Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang dinyatakandalam
klausa 14 di atas.
10
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

15. MINIMA PEMAIN

15.1. Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain tujuh (7) orang sebelum
memulakan perlawanan.

15.2. Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang
dari 7 (tujuh) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan
3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat,
jika ianya lebih.

16. TINDAKAN TATATERTIB (Hanya Untuk Pertandingan Kategori Bawah 16Tahun


Sahaja)

16.1. Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak akan berbincang perkara-


perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil
Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan
Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa
perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

16.2. Untuk kesalahan berikut, JKT tidak akan bersidang dan hukumannya adalah
automatik:

a. Mana-mana Pemain yang menerima tiga (3) kad kuning dalam


perlawanan yang berasingan semasa Peringkat Kumpulan akan
digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.

b. Mana-mana Pemain yang menerima kad kuning ketiga (3) dalam


perlawanan yang terakhir Peringkat Kumpulan akan digantung
automatik satu (1) perlawanan berikutnya di Peringkat Kalah Singkir
jika Pasukannya layak.

c. Mana-mana Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam


perlawanan yang berasingan di Peringkat Kalah Singkir digantung
satu (1) perlawanan berikutnya perlawanan yang sama.

d. Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar kerana


melakukan kesalahan menerima dua (2) kad kuning dalam
perlawanan yang sama akan digantung automatik untuk satu (1)
perlawanan berikutnya.

e. Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar kerana


mendapat satu (1) Kad Merah, akan digantung automatik satu (1)
perlawanan berikutnya. Walaubagaimanapun, penggantunggan lanjut
boleh dikenakan oleh JKT sekiranya diputuskan perlu.
11
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

f. Mana-mana Pemain yang Bertanding yang melengkapkan Peringkat


Kumpulan yang hanya menerima satu (1) kad kuning, amaran tersebut
tidak akan dilanjutkan ke Peringkat Kalah Singkir.

g. Mana-mana Pemain yang Bertanding yang melengkapkan


Perlawanan Final setelah menerima dua (2) amaran atau kad merah,
penggantungan tersebut akan dilanjutkan ke perlawanan seterusnya
dalam pertandingan ini.

h. Mana-mana Pegawai yang diperintah keluar meninggalkan bangku


simpanan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.
Walaubagaimanapun, penggantungan lanjut boleh dikenakan oleh
JKT sekiranya diputuskan perlu.

i. Hukuman penggantungan yang diterima semasa Peringkat Kumpulan


hendaklah dilaksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa dibawa
ke Peringkat Kalah Singkir.

j. JKT hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus


mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jjika tindakan yang lebih
keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada
JKP untuk tindakan seterusnya.

k. Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan


kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan
berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk
kepada laporan pengawai perlawanan oleh JKT.

l. Kesemua keputusan JKT adalah muktamad dan haruslah tidak


tertakluk kepada sebarang rayuan.

17. BANTAHAN

17.1. Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat
secara bertulis kepada JKTP dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit
selepas tamat perlawanan berkenaan berserta wang tunai RM300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika
didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

17.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara


dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

12
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

18. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

18.1. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap


pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika
dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

18.2. Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain sama ada sengaja atau
tidak adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

18.3. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang


permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika
permainan.

18.4. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri
perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua
pun, pegawai atau pemain atau kedua-duanya sekali akan diambil tindakan.

18.5. Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar
pendek, ‘jeans’ dan selipar.

18.6. Pegawai dibangku simpanan digalakkan memakai pakaian yang seragam.

18.7. Pegawai pasukan dilarang merokok di kawasan teknikal padang perlawanan.

19. HAK PEMAIN

19.1. Menjadi kewajipan pemain-pemain yang menyertai Malaysia Little League


diwajibkan mewakili pasukan ke mana-mana pertandingan peringkat
tertinggi kecuali atas sebab-sebab kecederaan yang teruk dan disahkan
oleh doktor kerajaan.

20. COUNTDOWN TO KICK OFF

20.1. Semua pasukan yang bertanding diwajibkan mengikut Jadual Kira Detik
Perlawanan (‘Countdown to kick off’).

21. KENYATAAN AKHBAR

21.1. Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan Malaysia Little
League dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik,
cetak kecuali dengan kebenaran penganjur.

21.2. Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai
pasukan.

13
PERATURAN LIGA TUNAS MALAYSIA (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)
DIKEMASKINI PADA 3 OKTOBER 2022

22. PINDAAN DAN HAK PENGANJUR

22.1. Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca
secara bersama. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-
undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi.

22.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan


berkenaan akan diputuskan oleh JKP yang berkenaan dan keputusannya
adalah muktamad.

14

You might also like