You are on page 1of 5

KAEDAH DAN SYARAT PENYERTAAN

PERTANDINGAN FOTOGRAFI
BERTEMA LEBIH BAIK CEGAH

A. KAEDAH PENYERTAAN

1. Imbas QR kod di poster hebahan pertandingan Fotografi.


2. Wujudkan folder google drive dan muat naik perkara seperti berikut :
i. 2 keping gambar (sisi terang, sisi gelap)
ii. Borang Pengisytiharan Ketulenan Hasil Kerja (Perlu diisi lengkap):
dan
iii. Maklumat lain (seperti release letter).
3. Lengkapkan Borang Penyertaan Pertandingan Fotografi (peserta diingatkan
untuk memberi link google drive dan mengisi keterangan mengenai
Fotografi).
4. Tekan butang hantar.

B. KATEGORI DAN HADIAH PERTANDINGAN

Pertandingan ini mempunyai 3 kategori iaitu :

Kategori A Kategori B Kategori C

Kedudukan Sekolah Sekolah IPT Terbuka


Rendah Menengah (IPTA & IPTS) (18 tahun ke atas)
(10-12 tahun) (13-17 tahun)

Johan RM500.00 RM500.00 RM800.00 RM800.00


Kedua RM300.00 RM300.00 RM500.00 RM500.00
Ketiga RM200.00 RM200.00 RM300.00 RM300.00

C. TEMA PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini bertemakan “Lebih Baik Cegah”


2. Tema “Lebih Baik Cegah” memfokuskan kepada kepentingan tindakan
pencegahan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan masalah atau
kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah.
D. SYARAT PENYERTAAN

1. Peserta perlu menghantar dua (2) keping gambar yang memenuhi terma
seperti perkara C.
2. Dua (2) gambar tersebut boleh dijelaskan dan digambarkan melalui imej
seperti konsep berikut:

2.1 Gambar pertama : Sisi terang


i. Kesedaran dan Pendidikan: Imej boleh digunakan untuk
menyebarkan kesedaran tentang kepentingan tindakan
pencegahan. Contohnya, dengan memaparkan imej yang jelas dan
mudah difahami bagi menerangkan cara untuk mencegah masalah
seperti gaya hidup sihat untuk meminimumkan risiko dan
melindungi diri mereka dan keluarga.
ii. Impak Positif: Imej boleh menunjukkan kesan positif yang ada pada
tindakan pencegahan. Contohnya, gambar orang yang sihat,
gembira atau produktif kerana mereka mengamalkan tabiat sihat
atau mengambil langkah pencegahan tertentu.

2.2 Gambar kedua : Sisi gelap


i. Pengenalpastian Ancaman: Imej boleh menerangkan ancaman
atau potensi bahaya yang mungkin berlaku. Ini boleh menjadi imej
situasi yang berpotensi membawa kepada masalah atau risiko,
seperti tabiat tidak sihat, tindakan tidak selamat dan persekitaran
yang kotor.
ii. Impak Negatif: Imej difokuskan kepada kesan emosi seperti
kecelaruan, kesedihan, kemarahan, tekanan yang menunjukkan
impak kepada kesan keterlibatan dalam penagihan dadah.

3. Peserta perlu memberikan keterangan mengenai poster seperti yang


terdapat di dalam borang penyertaan https://shorturl.at/kpxQX
4. Fotografi mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi
sebarang elemen plagiat, unsur-unsur penipuan, ciplak dan pembelian imej
secara atas talian.
5. Sebarang penggunaan model atau imej perlu mendapatkan kebenaran
daripada individu atau pihak berkenaan.
6. AADK tidak akan bertangunggjawab di atas sebarang tuntutan berkaitan
subjek di dalam gambar.
7. Dua (2) gambar tersebut perlu dihantar menggunakan format seperti
berikut :
i. Format: JPEG
ii. Saiz Fail: Minimum 10mb
iii. Gambar mestilah menggunakan format digital beresolusi tinggi tidak
kurang dari 300 dpi.
iv. Peserta bebas menggunakan kamera telefon pintar ataupun kamera
digital.
v. Peserta pertandingan bebas menggunakan mana-mana perisian
untuk menyunting gambar.
vi. Peserta dilarang menggunakan teknik superimpose atau Artificial
intelligent (AI) dalam penghasilan gambar.
8. Anda perlu like dan follow page FB Agensi Antidadah Kebangsaan dan
Instagram AADK bagi memudahkan anda memperoleh sebarang makluman
sepanjang pertandingan berlangsung.

E. SYARAT-SYARAT LAIN

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.


2. Penyertaan adalah percuma dan tiada sebarang yuran yang akan
dikenakan.
3. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun,
hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah
pertandingan.
4. Pegawai dan petugas yang terlibat sebagai Urus Setia Pertandingan tidak
dibenarkan menyertai Pertandingan ini.
5. Gambar penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/ media
sosial/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh pihak
penganjur.
6. Peserta mempunyai hak cipta terhadap gambar yang dipertandingkan dan
memberi hak eksklusif kepada penganjur untuk menyunting, menerbitkan,
dan mempamerkan gambar tersebut berserta maklumat yang disertakan
untuk tujuan kempen bukannya komersial.
7. Hasil karya gambar tidak boleh berunsur provokasi, politik, atau menyentuh
sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman, tidak mengandungi unsur-
unsur negatif dan sensitif seperti imej pil-pil, picagari, tengkorak, tali
gantung, darah dan sebagainya.
8. Penganjur pertandingan berhak untuk membatalkan penyertaan yang
didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah
ditetapkan.
9. AADK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah,
kehilangan atau kemusnahan berpunca daripada kelewatan dan/atau
kegagalan di dalam menghantar penyertaan.
10. AADK berhak untuk meminda peraturan pertandingan pada bila-bila masa
tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu. Sekiranya
terdapat perubahan kepada peraturan pertandingan, ianya akan
diumumkan di laman web/ media sosial rasmi AADK.
11. Pertandingan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan
sebarang peraturan yang telah ditetapkan adalah muktamad. Sebarang
bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
12. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju
dengan terma dan syarat pertandingan.

F. TEMPOH PERTANDINGAN

1. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 31 Julai 2023 sebelum atau pada jam
11:59 malam.
2. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan
penyertaan yang dihantar lewat dari tarikh tutup pertandingan.
MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
URUSETIA PERTANDINGAN FOTOGRAFI DI TALIAN 016-8721280 (WAKTU
PEJABAT SAHAJA)

You might also like