You are on page 1of 2

Kelab Nuri Bank Rakyat

Terma dan Syarat-syarat

A. Had Umur

1. Kanak-kanak berumur 3 bulan - 18 tahun sahaja.

B. Pendaftaran

1. Yuran program RM50 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi tahun
berikutnya
2. Pendaftaran boleh dibuat melalui :-
 Mana-mana Cawangan Bank Rakyat;
 Mikrosite Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my); atau
 Bas Nuri.

C. Keistimewaan Kelab Nuri

1. Pemberian hadiah wang tunai dalam bentuk Akaun Simpanan-i Nuri / Akaun Simpanan-i
Bank Rakyat
2. Kad Kelab Nuri yang dilengkapi dengan :-
 Diskaun eksklusif dari pedagang-pedagang terpilih
 Perlindungan Takaful berkelompok
 Tawaran potongan harga pembelian barangan Kelab Nuri
 Keutamaan untuk menyertai program-program anjuran Kelab Nuri seperti :-
- Menyertai Kem Cuti Sekolah
- Turut serta dalam pertandingan anjuran Kelab Nuri
- Kenali rakan baru menerusi aktiviti berkumpulan
dan banyak lagi

D. Kad Kelab Nuri

1. Kad ini tidak boleh dipindah milik


2. Kad ini adalah kepunyaan Kelab Nuri Bank Rakyat
3. Kad ini bukan kad caj atau kad kredit
4. Bank Rakyat mempunyai hak untuk mengubahsuai terma dan syarat serta keistimewaan
kad tanpa sebarang notis, sekiranya terdapat sebarang pertikaian keputusan Bank Rakyat
adalah muktamad
5. Penggunaan kad ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kelab Nuri Bank Rakyat.

E. Pembatalan

1. Pembatalan menyertai program serta-merta apabila umur ahli melebihi 18 tahun.


F. Lain-Lain

1. Penyertaan program Kelab Nuri ini adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Rakyat
sepenuhnya dan juga terma dan syarat yang terkandung di sini.

2. Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan
gambar peserta program untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, laman
sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana saluran media yang bersesuaian.

3. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-


UNDANG, BANK RAKYAT DAN ANAK SYARIKATNYA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PEMOHON ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA
UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI
RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN
PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL
DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM KEMPEN INI,
SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-APA
TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK
KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PEMOHON
TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU
KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.

4. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkiran yang


disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung, kebakaran, banjir,
kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem atau apa-apa situasi di luar
kemampuan Bank Rakyat.

5. Dengan menyertai Kelab Nuri ini, pemohon dianggap telah membaca, memahami dan
bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung, termasuk
keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Rakyat yang dianggap muktamad, terikat dan
menyeluruh.

6. Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian
1300 80 5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari
www.kelabnuri.com.my atau laman sesawang bank www.bankrakyat.com.my

You might also like