You are on page 1of 2

TERMA & SYARAT SKIM PINDAHAN GAJI BANK RAKYAT

Syarat –Syarat

1. Skim ini terbuka kepada kakitangan kerajaan, Perbadanan, Syarikat Berkaitan


Kerajaan (GLC) dan anak syarikat kepada GLC terpilih dan berpendapatan
tetap.

2. Pendapatan mestilah dikreditkan ke dalam akaun Bank Rakyat.

3. Dengan menyertai skim ini pelanggan boleh mendapatkan diskaun kadar


keuntungan bagi produk berikut :

 Diskaun sehingga 0.81% lebih rendah daripada penawaran semasa


untuk Pembiayaan Peribadi-i.
 Diskaun sebanyak 0.10% lebih rendah daripada penawaran semasa
untuk Pembiayaan Kenderaan-i.
 Diskaun sebanyak 0.20% lebih rendah daripada penawaran semasa
untuk Pembiayaan Perumahan-i.

4. Melainkan syarat yang terkandung di sini, syarat – syarat lain tidak berubah
sepertimana terma dan syarat yang terkandung untuk produk Pembiayaan
Peribadi-i, Perumahan-i dan Kenderaan-i.

5. Kadar keuntungan (diskaun) yang dikenakan kepada pelanggan tertakluk


kepada kadar semasa Bank Rakyat yang akan dikemaskini daripada semasa
ke semasa.

6. Bank Rakyat berhak menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberi


sebarang sebab dan penjelasan.

Lain-lain Syarat

1. Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda,
membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa
ke semasa dengan memberi notis 3 hari terlebih dahulu di laman web bank
atau mana-mana medium komunikasi yang lain yang difikirkan sesuai dan
apa-apa pindaan, pembatalan atau penambahan itu hendaklah berkuatkuasa
pada tarikh 3 hari selepas notis dikeluarkan.

2. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan,


kehilangan, kekurangan, kerosakan pada borang penyertaan, makluman atau
apa-apa koresponden sama ada melalui e-mel, surat atau mana-mana
medium komunikasi.
3. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG, BANK RAKYAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB
KEPADA PELANGGAN UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK
LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT
KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA,
PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU
BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN PELANGGAN DALAM SKIM INI,
SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-
APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT
(TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN
SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK
KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.

4. Bank Rakyat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkiran


yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, perintah berkurung,
kebakaran, banjir, kemarau, ribut, epidemik, pandemik, kegagalan sistem
atau apa-apa situasi diluar kemampuan Bank Rakyat.

5. Dengan menyertai skim ini, pelanggan dianggap telah membaca, memahami


dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang terkandung
di sini, termasuk segala arahan dan keputusan yang dibuat oleh Bank Rakyat
yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-
5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari laman
sesawang Bank www.bankrakyat.com.my

You might also like