You are on page 1of 10

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN SENAT


CADANGAN GARIS PANDUAN PENYERTAAN
PAMERAN/PERTANDINGAN/ANUGERAH
PENYELIDIKAN DAN INOVASI (DALAM DAN LUAR NEGARA)

1. TUJUAN

Kertas kerja ini telah mendapat kelulusan Minit Mesyuarat Senat Kali Ke-144 BIL.
6/2018 pada 5 September 2018 mengenai Garis Panduan Penyertaan
Pameran/Pertandingan/Anugerah Penyelidikan dan Inovasi (Dalam Dan Luar
Negara).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kertas kerja ini telah diperakukan di Mesyuarat Jawatankuasa


Penyelidikan & Pembangunan Ilmu Kali Ke- 49 Bil. 4/2017 pada 19
Disembar 2017.

2.2 Kertas kerja ini adalah sebagai rujukan dan panduan umum kepada semua
staf Universiti berkenaan garis panduan bagi penyertaan hasil penyelidikan
UMP ke pameran, pertandingan atau anugerah penyelidikan dan inovasi
yang dianjurkan oleh UMP, juga di peringkat Kebangsaan (Dalam Negara)
dan Antarabangsa (Luar Negara).

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan garis panduan bagi penyertaan staf dan produk/teknologi untuk
menyertai pertandingan, pameran atau anugerah penyelidikan dan inovasi
diperingkat UMP, Kebangsaan dan Antarabangsa.
SULIT

3.2 Mewujudkan peringkat saringan pemilihan bagi kualiti hasil penyelidikan dan
inovasi untuk mewakili UMP dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi
dalam dan luar negara.

3.3 Menggalakkan aktiviti pengkomersilan bagi hasil penyelidikan dan inovasi


melalui penyertaan pertandingan/pameran/anugerah penyelidikan.

4. CADANGAN

4.1 Garis paduan serta syarat dan juga cadangan Jawatankuasa Pemilihan
adalah seperti di Lampiran 1.

2
SULIT

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN PENYERTAAN PAMERAN/PERTANDINGAN/ANUGERAH


PENYELIDIKAN DAN INOVASI (DALAM DAN LUAR NEGARA)

1.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan penyertaan ke pameran atau pertandingan penyelidikan dan inovasi


disediakan sebagai rujukan dan panduan umum kepada semua staf Universiti
berkenaan tatacara bagi penyertaan hasil penyelidikan UMP ke pameran dan
pertandingan penyelidikan dan inovasi yang dianjurkan oleh UMP (dalaman) dan juga
di peringkat kebangsaan (Dalam Negara) serta antarabangsa (Luar Negara).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan garis panduan bagi penyertaan staf dan produk/teknologi untuk
menyertai pertandingan, pameran atau anugerah penyelidikan dan inovasi
diperingkat UMP, Kebangsaan dan Antarabangsa.

2.2 Mewujudkan peringkat saringan pemilihan bagi kualiti hasil penyelidikan dan
inovasi untuk mewakili UMP dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi
dalam dan luar negara.

2.3 Menggalakkan aktiviti pengkomersilan bagi hasil penyelidikan dan inovasi


melalui penyertaan pertandingan/pameran/anugerah penyelidikan.

3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN HASIL PENYELIDIKAN DAN INOVASI KE


PAMERAN ANJURAN UMP (CITREx)

Creation, Innovation Technology & Research Exposition (CITREX) adalah pameran


yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diselaraskan oleh
Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JP&I) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar
& Alumni (JHEPA) berdasarkan syarat-syarat sepertimana berikut:

3
SULIT

3.1 Pameran ini adalah terbuka kepada semua penyelidik di UMP yang
mempunyai geran penyelidikan yang berdaftar dalam sistem Integrated
Research & Innovation Management System (IRIMS) kecuali bagi pelajar pra
siswazah. Hanya produk penyelidikan yang diketuai oleh staff UMP sahaja
layak dipertandingkan.

3.2 JP&I akan menyelaras bagi penganjuran CITREX yang berkenaan dengan
membuat hebahan kepada staf UMP berkenaan program yang akan
dijalankan. Manakala pihak JHEPA akan menyelaras hebahan dan
pendaftaran penyertaan bagi kategori pelajar.

3.3 Peserta/penyelidik dikehendaki untuk mengisi borang penyertaan yang


disediakan dan dihantar kepada pihak JP&I untuk tindakan selanjutnya. Hanya
borang yang lengkap dan dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan oleh
JP&I akan diproses.

3.4 Semua produk yang telah dipertandingkan tidak layak untuk dipertandingkan
semula (walaupun tidak memenangi sebarang pingat), kecuali
penambahbaikan yang signifikan telah dilakukan kepada produk versi
sebelumnya.

3.5 Semua kos pembangunan produk penyelidikan dan urusan pameran adalah
ditanggung sepenuhnya oleh penyelidik. Geran penyelidikan boleh digunakan
oleh ahli penyelidik bagi tujuan tersebut dengan sokongan Ketua Projek geran
penyelidikan dan kelulusan Dekan Penyelidikan JP&I.

3.6 Tiada had penyertaan untuk setiap penyelidik atau bagi setiap projek
penyelidikan dan yuran penyertaan akan dikenakan mengikut jumlah produk
yang didaftarkan. Walaubagaimanapun tajuk projek bagi penyertaan mestilah
dalam linkungan skop projek penyelidikan yang telah dikenal pasti.

3.7 Penyelidik tidak dibenarkan menyertai CITREX bagi kategori staf dengan
menggunakan geran penyelidikan pelajar.

4
SULIT

3.8 Penyertaan CITREX adalah dibenarkan melalui produk penyelidikan yang


dijalankan di UMP atau hasil daripada projek penyelidikan secara kerjasama
dengan mana-mana Universiti Awam/Universiti Swasta/Agensi dan Industri.
Walaubagaimanapun produk yang dijalankan secara kerjasama mestilah
mendapat kebenaran bertulis dari pihak rakan kerjasama sebelum penyertaan
atau dengan merujuk perjanjian projek.

3.9 Keaslian (novelty) produk adalah tanggungjawab penyelidik.

3.10 Pertandingan ini akan diadili oleh juri (panel dalam & luar) yang dipilih oleh
pihak JK Penganjur di bawah penyelarasan JP&I dan JHEPA yang antaranya
terdiri dari pihak industri, agensi dan akademik.

3.11 Keputusan pengadilan oleh juri adalah muktamad.

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN HASIL PENYELIDIKAN DAN INOVASI KE


PAMERAN DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM
NEGARA (KEBANGSAAN) DAN LUAR NEGARA (ANTARABANGSA)

Bagi penyertaan produk penyelidikan & Inovasi ke peringkat kebangsaan (dalam


negara) dan peringkat antarabangsa (luar negara) beberapa kriteria dan syarat perlu
dipenuhi :

4.1 Hanya produk penyelidikan yang memenangi pingat Emas CITREX atau
Anugerah Khas sahaja layak dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan
di peringkat kebangsaan. Manakala produk penyelidikan yang memenangi
pingat Emas di peringkat kebangsaan atau Anugerah Khas sahaja layak
dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.
Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pameran UMP berhak untuk membuat
sebarang keputusan bagi memastikan kualiti penyertaan layak
dipertandingkan juga berdasarkan peruntukkan UMP dari masa ke semasa.

5
SULIT

4.2 Produk yang terpilih hanya layak menyertai satu pameran kebangsaan dan
antarabangsa sahaja dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kemenangan
pertandingan tersebut kecuali penyertaan tersebut adalah dicalonkan oleh pihak
universiti.

4.3 Produk penyelidikan berkenaan mestilah di daftarkan di perbadanan harta


intelek (MYIPO) sebelum penyertaan pameran.

4.4 Jawatankuasa Pemilihan Pameran UMP berhak menentukan agihan bagi


penyertaan pameran-pameran penyelidikan yang dijadualkan dan keputusan
jawatankuasa adalah muktamad sila rujuk Lampiran 2.

4.5 Pameran yang dipertandingkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa


adalah merujuk kepada penarafan dan penilaian dibawah Malaysia Research
Assessment Instrument (MyRA) seperti:
i. Malaysia Technology Exhibition (MTE)
ii. International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX)
iii. Biomalaysia
iv. Pecipta
v. Invention & New Products Exposition (INPEX)
vi. The British Invention Show (BIS)
vii. International Exhibition of Ideas, Inventions and New Products (IENA)
viii. Seoul International Invention Fair (SIIF)

Dan lain-lain pameran merujuk kepada pemakluman dari sama ke semasa


daripada MyRA dan kementerian berkaitan serta kepentingan Universiti.

5.0 PENYERTAAN DAN PEMBIAYAAN

5.1 Produk penyelidikan dan inovasi yang telah memenangi pertandingan di


peringkat antarabangsa tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan lain di
Luar Negara kecuali atas sebab atau pertimbangan yang tertentu dan tertakluk
kepada kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Pameran UMP dan Naib
Canselor.

6
SULIT

5.2 Produk penyelidikan berkenaan mestilah telah selesai dan mempunyai produk
yang siap sedia untuk dipamerkan atau dipertandingkan.

5.3 Kos pembangunan produk ditanggung oleh penyelidik sepenuhnya dengan


menggunakan geran penyelidikan yang berdaftar dalam sistem IRIMS sahaja.

5.4 Kos penyertaan pameran dan sumber pembiayaan:

No. Perkara CITREX Pameran Pameran Luar


Kebangsaan Negara
1 Yuran Penyertaan Geran Penyelidik Universiti Universiti
2 Penginapan Geran penyelidik Universiti
3 Elaun Makan Geran Penyelidik Geran Penyelidik
4 Pengangkutan Geran Penyelidik Universiti

*Kadar bayaran adalah merujuk kepada pekeliling Tuntutan Perjalanan Dalam dan Luar Negara yang sedang
berkuatkuasa di UMP

5.5 Kos dan pembiayaan berdasarkan jadual di atas hanya layak di tuntut oleh
seorang ketua penyelidik / ahli penyelidik sahaja dari kalangan staf akademik.
Bagi urusan tempahan penginapan dan pengangkutan penyertaan pameran
luar negara adalah diuruskan oleh pihak JP&I.

5.6 Walaubagaimanapun pihak UMP berhak mempertimbangkan semula


pembiayaan ini berdasarkan kedudukan peruntukkan tahunan bagi penyertaan
pameran universiti. Pihak universiti boleh mencadangkan perbelanjaan
penyertaan pameran samada dalam dan luar negara menggunakan
peruntukkan geran penyelidikan penyelidik.

5.7 Bagi penyertaan pameran yang tidak tersenarai dalam senarai yang
dinyatakan di atas penyelidik boleh mengemukakan kertas cadangan
penyertaan kepada pihak JP&I untuk sokongan dan kelulusan Timbalan Naib
Canselor Penyelidikan & Inovasi serta Naib Canselor UMP. Pertimbangan
akan diberikan berdasarkan impak, kepentingan kepada universiti, potensi
pengkomersialan dan penarafan berkaitan

7
SULIT

5.8 Penyertaan ke Pesta Perdagangan (Trade Fair) bagi mempromosikan produk


komersial universiti adalah tertakluk kepada peruntukkan mengurus JP&I.
Penyenaraian projek terlibat adalah berdasarkan senarai produk yang
bersedia untuk dikomersialkan berdasarkan penilaian oleh JP&I.

5.9 Penyelidik dan ahli penyelidik adalah digalakkan menyertai anugerah


penyelidikan dan inovasi yang ditawarkan dari masa ke semasa oleh pihak
agensi atau industri. Penyertaan anugerah tersebut perlulah mendapat
pengesahan/sokongan/kelulusan melalui Dekan Penyelidikan dan Timbalan
Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi.

5.10 Bagi penganjuran pertandingan dan pameran penyelidikan dalaman UMP


perlulah dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
serta mendapat kelulusan daripada Naib Canselor UMP.

5.11 Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes khas boleh diberikan


berdasarkan keperluan dan kepentingan universiti dengan membuat
permohonan rasmi kepada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi.

6.0 TANGGUNGJAWAB PESERTA PAMERAN DAN PERTANDINGAN


PENYELIDIKAN DAN INOVASI

6.1 Peserta perlu memberikan kerjasama dan komitmen kepada Universiti dalam
usaha mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi, sebelum, semasa dan
selepas penyertaan pameran atau pertandingan penyelidikan dan inovasi.

6.2 Peserta wajib berada di booth pameran ketika sesi penjurian dan pada masa
yang ditetapkan.

6.3 Peserta hendaklah menjaga nama baik dan imej universiti ketika menyertai
pameran.

6.4 Peserta perlu mematuhi arahan dari JP&I sepanjang tempoh masa pameran
dan pertandingan dalam memastikan penyertaan mencapai mencapai hasil
yang disasarkan.
6.5 Peserta perlu memastikan produk penyelidikan berkenaan tidak memberikan
implikasi yang negatif bagi memelihara imej Universiti.
8
SULIT

LAMPIRAN 2

CADANGAN: JAWATANKUASA PAMERAN UMP


JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI (JP&I)

PENGERUSI
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi

TIMBALAN PENGERUSI
Dekan Penyelidikan JP&I

AHLI
Dekan/Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti
Panel Penilai Fakulti
Pegawai Unit Harta Intelek JP&I
Pegawai Pejabat Pemindahan Teknologi

SEKRETARIAT
Pengurus Besar JP&I
Pengawai Unit Pameran

SKOP TUGAS:
1. Membuat pemilihan dan penilaian produk bagi pertandingan pameran penyelidikan di
peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa berdasarkan garis panduan yang
berkuatkuasa.
2. Membuat penilaian produk bagi sesi pembentangan oleh penyelidik sebelum penyertaan
ke pameran penyelidikan.
3. Mendapatkan kelulusan bagi penyertaan pameran berdasarkan peruntukan yang telah
diluluskan daripada Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi bagi pameran dalam
negara dan Naib Canselor bagi pameran luar negara.
4. Panel Penilai Fakulti boleh dilantik oleh JK berdasarkan kepakaran kluster penyelidikan
atau pengalaman yang luas dalam penyertaan/penjurian pameran
5. Hal-hal lain yang berkaitan dengan urusan pameran dalam dan luar negara.
6. Kehadiran adalah 1/3 daripada jumlah ahli yang dilantik dalam JK Pemilih

9
SULIT

4.2 Perbandingan bagi pengamalan oleh beberapa universiti lain untuk urusan
penyertaan ke pameran/pertandingan/anugerah adalah seperti berikut :
PAMERAN DALAM NEGARA PAMERAN LUAR NEGARA
BIL IPTA YURAN YURAN
PENGINAPAN TNT PENGINAPAN TNT
PENDAFTARAN PENDAFTARAN
1 UMP Universiti Geran Geran Universiti Universiti Geran
2 UM Geran Geran Geran Geran Geran Geran
4 USM Geran Geran Geran Geran Geran Geran
5 UNIMAP Universiti Geran Geran Universiti Universiti Universiti
6 UTHM Universiti Geran Geran Universiti Geran Geran
7 UTeM Universiti Universiti Geran Universiti Universiti Universiti

5. PENUTUP

Dengan hormatnya Senat Universiti dimohon untuk mempertimbang dan


meluluskan berkenaan cadangan Garis Panduan Penyertaan
Pameran/Pertandingan/Anugerah Penyelidikan dan Inovasi (Dalam Dan Luar
Negara).

10

You might also like