You are on page 1of 2

Salah satu perkongsian saya ialah 5 KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

OBJEKTIF.
1. MELETAKKAN LEBIH DARIPADA SATU PERBUATAN ATAU TINGKAH
LAKU DALAM SATU OBJEKTIF.
Sebagai contohnya,
Menamakan dan mencirikan haiwan ...

2. MENETAPKAN BILANGAN MURID YANG AKAN MENCAPAI OBJEKTIF.


Sebagai contohnya,
Sekurang-kurangnya 10/25 orang murid dapat menulis satu perenggan ...

3. OBJEKTIF YANG DIBINA TIDAK MENGIKUT STANDARD


PEMBELAJARAN.
Sebagai contohnya, SP BM Tahun 5
SP: 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan...

OBJEKTIF:
Pada akhir PdP, murid dapat:
1. Mencipta dialog berdasarkan tiga siri gambar yang diberikan.

NOTA: Kemahiran yang diajar ialah kemahiran dengar tutur, maka objektif mesti
berkaitan dengan kemahiran dengar tutur dan bukannya kemahiran menulis.

4. KATA KERJA YANG DIPILIH TIDAK MENJAWAB STANDARD


PEMBELAJARAN.
Sebagai contohnya, jika kata kerja dalam SP menggunakan kata MENGANALISIS,
objektif yang dibina menggunakan kata kerja MENYENARAIKAN, bermaksud objektif
tidak menjawab Standard Pembelajaran.

5. OBJEKTIF YANG DIBINA TIDAK BOLEH DIUKUR.


Sebagai contohnya,
Pada akhir PdP, murid dapat:
1. Menghasilkan topeng muka 3D.
NOTA: Objektif yang dibina tidak lengkap. Bagaimanakah guru tahu murid tersebut capai
objektif? Berapakah jumlah topeng yang perlu dihasilkan? Daripada apa atau apakah
kaedah penghasilan topeng muka 3D yang perlu dikuasai oleh murid?

Perkongsian ini melibatkan 130 orang guru yang sememangnya bersemangat dan tidak
sabar menunggu hari pertama pembukaan sekolah tahun 2018. TAHNIAH dan setinggi-
tinggi terima kasih diucapkan kepada Datin Siti Rokiah, GB SK Setiawangsa atas
undangan.

You might also like