You are on page 1of 15

BMM 3104

PENGAJARAN KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU
JENIS PENULISAN
KARANGAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
• ISFAYUNI BINTI ZULKIFLI
• NORZAHARIAH BINTI ISMAIL
• SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN
UNIT : PISMP JAN 2012 PENDIDIKAN KHAS 4
PENSYARAH : PN NORIDA BINTI BERHAN
KARANGAN TERKAWAL
 Karangan terkawal ialah segala isi dan bahasanya
terkawal oleh guru (Salleh Akib, 1975 : 135)
 Karangan yang disediakan oleh guru.
Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam
karangan terkawal ditentukan oleh guru.
 Tujuan :
 Untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan yang
berlaku di kalangan murid-murid.
 Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan
idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan
bahasa.
 Karangan peringkat terkawal merupakan
karangan peringkat asas atau pertama yang
harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak
kerja penulisan.
 Karangan terkawal adalah segala isi dan
bahasanya sedia terkawal oleh guru.
 Apa yang dititik beratkan dalam karangan
terkawal ini ialah kelancaran dalam
penggunaan bahasa dan membolehkan
murid-murid mengeluarkan fikiran mereka
tanpa diganggu oleh soal bahasa.
 Contoh :
 Mengisi tempat kosong dengan perkataan
yang sesuai dalam karangan yang
disediakan.
 Menyusun ayat-ayat yang disediakan
mengikut urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.
KARANGAN SEPARA
TERKAWAL
 Karangan Separa Terkawal ialah
karangan yang disediakan oleh
guru, tetapi murid diberi peluang untuk
menggunakan daya pemikiran mereka
bagi membuat pemilihan perkataan sesuai
dengan tajuk yang disediakan.
 Contoh :
 Menggantikan beberapa perkataan yang telah
dipadamkan dengan perkataanperkataan lain
yang telah disediakan.
 Murid-murid masih diberikan kawalan walaupu tidak
sepenuhnya.
 Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan
daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan
dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru.
 Contoh : guru akan membacakan sebuah karangan
pendek yang sedia tulis di papan hitam dan
kemudia murid diminta menggantikan beberapa
perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-
perkataan lain yang disediakan.
KARANGAN BERPANDU
 Karangan berpandu ialah satu penulisan
karangan berdasarkan panduan guru.
 Contoh:
 Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
 Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan
berurutan mengenai sesuatu tajuk.
 Menulis karangan dengan memindahkan
bentuk daripada dialog kepada karangan
penceritaan atau sebaliknya.
 Murid diberi sedikit kebebasan untuk
memilih unit leksikal dan bentuk ayat
tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal.
Contohnya,menyudahkan
cerita, melengkapkan perenggan-
perenggan, menulis ayat-ayat mudah dan
latihan diperluaskan dengan ayat itu.
 Latihan di peringkat ini memerlukan murid
bertindak balas secara individu.
KARANGAN SEPARA
BERPANDU
 Karangan ini merupakan satu penulisan karangan
yang mendapat sedikit maklumat atau panduan
guru.
 Contoh :
 Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
 Menyudahkan cerita.
 Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau
tunggal.
 Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi
yang disediakan.
 Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang
diberikan.
KARANGAN BEBAS
 Jenis karangan ini memberi kebebasan
kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
 Bentuk karangan bebas seperti berikut :
 Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
 Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
 Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda,
perwatakan.
 Kreatif: puisi, cerpen, drama
 Imaginatif: pengalaman.
 Peringkat ini merupakan peringkat
tertinggi dalam kemahiran ini.
 Mandel (1980:377) menyatakan
bahawa penulisan bebas merupakan
penulian sebenar.
 Karangan bebas hanya akan dijalankan
setelah murid-murid sudah mula boleh
menguasai bahasa yang diajar itu dengan
baik
 Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk-tajuk
umum dan mereka diminta untuk terus
menumpukan perhatian kepada
apa yang hendakditulis dan bukan lagi
bagaimana hendak menulisnya.
 Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai
kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal
yang mencukupi, guru hanya perlu
menumpukan kepada isidan kesilapan-kesilapan
yang dilakukan.
 Antara aktiviti-aktiviti penulisan bebas lain
yang boleh dijalankanialah seperti berikut
 Menulis kenyataan untuk satu pengumuman
 Menulis karangan biografi dan autobiografi
 Menulis karangan cerita sendiri
 Menulis dialog untuk dua atau
tiga orang pelajar
 Menulis puisi seperti syair, pantun dan sajak
 Menulis ucapan seperti ucapan perasmian.
RUJUKAN
 http://www.scribd.com/doc/50952202/26/J
ENIS-JENIS-PENULISAN (April 18, 2012)
 Kamarudin Hj Husin. (1980). Pedagogi
Bahasa. Petaling Jaya : Longman. (April
18, 2012).
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like