You are on page 1of 2

04-4473303

Email : skhot.ppdkmy@gmail.com

MUAFAKAT KEDAH
Ruj.Kami : SKHOT/60/001/15(3/16)
Tarikh : 8 September 2016
Tuan Pegawai Kesihatan,
Daerah Kuala Muda,
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
(u/p : Unit Promosi Kesihatan)
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN DAN CERAMAH KESIHATAN SEMPENA
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SK HAJI OMAR TAHIR 2016
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak sekolah dengan segala hormatnya ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan pameran
serta ceramah kesihatan pada Majlis Penutupan Program Gotong-Royong Perdana SK Haji Omar Tahir
2016 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 SEPTEMBER 2016 (Khamis)
Masa : 9.00 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Sekolah
3. Untuk makluman tuan, Program Gotong-Royong Perdana ini adalah anjuran bersama Kelab
Doktor Muda dan Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) sekolah yang diadakan
selama 6 hari bermula 24 September 2016 yang melibatkan warga sekolah dan masyarakat setempat.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah sangat mengharapkan pihak tuan dapat mengadakan pameran dan
ceramah kesihatan yang bertemakan Leptospirosis dalam menjayakan program tersebut.

5. Selain itu, kami juga ingin memohon sumbangan plastik sampah dan ubat pembunuh jentik-jentik
(abate) yang akan digunakan semasa Program Gotong-Royong Perdana pada 24 September 2016 (Sabtu).

6. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


MUAFAKAT KEDAH

Saya yang menurut perintah,

_____________________________
(MOHD ZUBIR BIN ZAINAL ABIDIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Haji Omar Tahir,
Pengkalan Bujang,08100 Bedong,
Kedah Darul Aman. `

You might also like