You are on page 1of 5

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MUZIUM KTMB

Nama:

No. kad pengenalan:


Alamat surat-menyurat:

No. telefon:
Alamat emel:
Tandatangan:

Tarikh:

Untuk kegunaan pejabat

Tarikh dan masa terima:


Nama pegawai yang
menerima:
Tandatangan dan cop:
PERTANDINGAN MEREKA LOGO MUZIUM KTMB
Objektif

1. Mewujudkan logo Muzium KTMB bagi mempromosi muzium kereta api kepada
rakyat Malaysia
2. Memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghargai
dan memahami sejarah serta kepentingan kereta api dalam pembangunan
negara
3. Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada rakyat Malaysia
untuk menghasilkan idea yang kreatif dan berinovasi semasa mencipta logo ini

Syarat dan Peraturan

1. Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.


2. Seorang peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan.
Walaubagaimanapun, hanya satu logo terbaik sahaja akan dinobatkan sebagai
pemenang.
3. Semua logo yang diterima oleh urusetia adalah menjadi hak milik Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB).
4. Keputusan juri adalah muktamad dan segala bentuk bantahan mahupun rayuan
tidak akan dilayan.
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 APRIL 2020 (Khamis). Sebarang
penyertaan yang diterima selepas tarikh dan masa ini tidak akan dilayan.

Spesifikasi Reka Bentuk Logo

1. Reka bentuk mestilah asli dan baharu serta tidak mengandungi unsur atau
elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan
daripada pihak ketiga.
3. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
asli/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.
4. Reka bentuk logo perlu dihantar menggunakan kertas A4 (ukuran 21 cm x 29.7
cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau
mounting board dan soft copy juga dihantar dan hendaklah disimpan di dalam
compact disc (CD) menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG
resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang
bersesuaian.
5. Setiap reka bentuk logo dan warna yang digunakan harus tidak kurang daripada
dua warna dan tidak melebihi lima warna. Warna hitam dan warna putih tidak
diambil kira sebagai satu warna.

Muka surat 1/3


6. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan rasional ke atas reka
bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
7. Konsep penciptaan logo adalah bercirikan kereta api, sejarah dan Malaysia.
8. Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah mudah difahami, menarik, jelas dan
kemas.

Kriteria Permarkahan

Bil. Komponen Markah


1 Penjelasan logo (logo rationale) 20
2 Ketidaksempurnaan bentuk (shape imperfection) 20
3 Mainan warna (colour and non-colour play) 20
4 Penyusunan fon (font management) 20
5 Penceritaan maksud keseluruhan logo (story telling on a 20
logo)
Jumlah keseluruhan 100

Borang Penyertaan

1. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan. Borang


penyertaan boleh dimuat turun di laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my
2. Satu borang penyertaan adalah untuk SATU penyertaan sahaja. Borang
penyertaan hendaklah dilampirkan bersama-sama hasil karya logo.
3. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya
masing-masing, iaitu:
(a) Nama penuh
(b) Nombor kad pengenalan
(c) Nombor telefon bimbit
(d) Alamat emel
4. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy (soft copy
dalam format .ai dan .jpeg) sama ada melalui pos atau serahan tangan.
5. Penyertaan yang dihantar melalui pos atau serahan tangan hendaklah
dialamatkan kepada:

Urusetia
Pertandingan Mencipta Logo Muzium KTMB
Jabatan Komunikasi Strategik,
Ibu Pejabat Korporat, Jalan Sultan Hishamuddin,
50601 Kuala Lumpur.
03-2263 1103

Muka surat 2/3


6. Peserta hendaklah memastikan perkataan ‘PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
MUZIUM KTMB’ ditulis pada bahagian kiri sebelah atas sampul.
7. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan sendiri.

Hak Cipta

1. Panel penilai berhak mengubah suai dan meminda reka bentuk logo yang
menyertai pertandingan ini (sekiranya perlu) dan logo yang terpilih akan
digunapakai atau dipamer atau dicetak dalam mana-mana acara atau majlis
rasmi kerajaan dan swasta dan menjadi HAK MILIK KERETAPI TANAH
MELAYU (KTMB) SEPENUHNYA.

Kategori Hadiah

1. Pemenang-pemenang dalam pertandingan ini akan menerima wang tunai,


baucar tiket ETS percuma dan sijil penghargaan seperti yang berikut:

Johan:
RM1,500 + 1 baucar tiket ETS percuma + Sijil penghargaan

Saguhati (Dua pemenang):


RM300 + 1 baucar tiket ETS percuma + Sijil penghargaan

2. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urusetia melalui telefon dan emel.
3. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia berikut:

Cik Siti Nuraishah Jasman


Eksekutif Muzium
Jabatan Komunikasi Strategik KTMB
No. telefon: 03-2263 1103

Muka surat 3/3

You might also like