You are on page 1of 2

PERTANDINGAN MENCIPTA KOMIK DAKWAH

Tarikh mula : 14 Julai 2022


Tarikh tutup : 09 Ogos 2022
Masa : sehingga 12.00 tengahari (09 Ogos 2022)

Sasaran:
a. Pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh Negeri Perak

b. Melibatkan SATU kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah
menengah.

Maklumat Pertandingan

Konsep dan Format Pertandingan:

1. Peserta dikehendaki mencipta komik berdasarkan tema yang ditetapkan iaitu,


Hijrah Merdeka: Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.
2. Komik boleh dilukis dengan menggunakan grafik komputer atau dengan lukisan
tangan (free hand drawing) dah hendaklah diwarnakan.
3. Saiz komik adalah A4 dengan sehelai muka surat sahaja. Format kertas
lukisan akan dibekalkan oleh penganjur dan peserta mestilah menggunakan
format kertas yang dibekalkan sahaja.
4. Wajib dimuatkan dengan 6 gambar atau kotak dalam muka surat tersebut.
5. Skrip dialog hendaklah menarik dan ditulis dengan menggunakan Bahasa
Malaysia beserta loghat Negeri Perak.
6. Kotak dan belon dialog hendaklah dilukis dengan jelas dan senang dibaca.
7. Tulisan hendaklah menggunakan jenis Comic Sans MS dengan saiz font 10 /
11/ 12.
8. Tajuk komik, nama peserta dan nama sekolah (sekiranya berkaitan) wajib diisi
di kertas lukisan komik yang dibekalkan.
9. Bahan Pertandingan dan borang pertandingan perlu dihantar dalam format
PDF dan dihantar ke alamat e-mel ukmjaipk@gmail.com (Penyertaan yang
menggunakan lukisan tangan hendaklah diimbas (scan) dan dihantar melalui
e-mel).
Syarat-syarat Penyertaan:

1. Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah seluruh Negeri Perak SAHAJA.
2. Pertandingan terbuka secara individu.
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak
memenangi satu hadiah sahaja.
4. Penyertaan yang berkualiti dan menepati tema dan syarat sahaja akan diterima
dan diberi sijil penyertaan.
5. Bahan pertandingan akan dinilai melalui keaslian karya, ketetapan fakta,
kreativiti, ketelitian, kandungan dan kesesuaian tema.
6. Penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan dan segala penyertaan
akan menjadi hak milik pihak penganjur.
7. Karya yang dihantar tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau
disiarkan oleh mana-mana pihak.
8. Karya tidak mengandungi isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian
agama, kaum, politik, masyarakat dan budaya di Malaysia.
9. Sekretariat dan ahli jawatankuasa penganjur tidak dibenarkan terlibat dalam
pertandingan ini.
10. Keputusan Panel Juri adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat tidak
akan dilayan.

Kriteria Penilaian

i. Kandungan komik yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan
pecahan skema pemarkahan berikut:
a) Menepati tema = 30 markah
b) Idea (isi kandungan) = 30 markah
c) Kreativiti = 30 markah
d) Keaslian dan Ketelitian = 10 markah
Markah Keseluruhan = 100 markah

ii. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat
menyurat tidak akan dilayan.

iii. Hasil komik yang diterima oleh pihak urus setia akan menjadi hakmilik
penganjur.

You might also like