You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN PENGHASILAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR (ANYFLIP)


SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
TAHUN 2021
______________________________________________________________________________

1. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Muar yang mempunyai Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM). Setiap sekolah perlu menghantar
seorang wakil peserta sahaj (murid tahun 5 atau 6).

2. Tokoh perlu terdiri daripada kalangan pemimpin di negeri Johor.

3. Buku skrap hendaklah disediakan secara individu.

4. Peserta perlu membuat rekaan buku skrap digital mengikut gaya dan kreativiti masing-
masing menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai.

5. Penyertaan hendaklah dibuat menggunakan bentuk anyflip (soft copy).

6. Penyertaan boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

7. Buku skrap digital yang disediakan hendaklah mengikut format seperti berikut :
a. Halaman kulit hadapan – Tajuk
b. Halaman (i) – Nama peserta, kelas, alamat e-mail, nama dan alamat sekolah serta
gambar peserta.
c. Kandungan :
 Pendahuluan
 Biodata tokoh pemimpin
 Pendidikan tokoh yang dipilih
 Kerjaya tokoh
 Sumbangan tokoh
 Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
 Penutup/kesimpulan
 Sumber rujukan

7. Penyediaan buku skrap disokong dengan gambar, keratan daripada buku, majalah, akhbar
dan sebagainya digalakkan.

8. Ciptaan :
a. Hasil karya hendaklah ciptaan sendiri.
b. Saiz anyflip perlulah dalam bentuk saiz A4 sama ada menggunakan powerpoint, word
atau PDF.
c. Hasil karya hendaklah ditaip dengan komputer menggunakan tulisan “Times New
Roman”, “double spacing” dan “font” 12.
d. Halaman kulit hadapan dan halaman (i) bebas menggunakan apa sahaja tulisan dan
saiz “font” bebas serta sesuai.
e. Jumlah muka surat tidak melebihi 20 muka surat.
f. Jumlah muka surat tidak termasuk halaman kulit hadapan tajuk dan halaman (i)
8. Setiap peserta PERLU memberi alamat e-mail kerana sijil penyertaan akan dihantar secara
e-mail (soft copy). Tiada sijil penyertaan berbentuk ‘hard copy’ akan dihantar kepada peserta.
Sebarang borang yang tidak lengkap dan tidak mengandungi alamat e-mail tidak akan
diberikan sijil.

9. Semua hasil penyertaan adalah hak milik Pejabat Pendidikan Daerah

10. Keputusan pengadil adalah muktamad. Penganjur berhak menolak atau membatalkan
sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.

11. Setiap penyertaan perlu dihantar melalui urus setia Pertandingan Mencipta Buku Skrap
Digital Tokoh Pemimpin Johor (Anyflip) di Pejabat Pendidikan Daerah sebelum atau pada
7April 2021. Penyertaan mestilah diuruskan oleh pihak sekolah.

12. Peserta hendaklah memuatnaik hasil karya di Google Drive masing-masing dan hanya
memberikan pautan (link) anyflip kepada urus setia.

13. Borang penyertaan yang lengkap diisi serta pautan (link) anyflip perlu dimuatnaik melalui
pautan di bawah :

????

You might also like