You are on page 1of 6

SYARAT PERTANDINGAN

Dikemaskini: 7 Disember 2020

ANJURAN:

PERSATUAN HOKKIEN DAERAH KLUANG


JOHOR
Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa bukan sahaja kerana kedudukan
geografinya yang strategik tetapi juga kerana masyarakatnya yang berbilang kaum, bangsa dan
agama. Rakyat hidup dalam suasana aman dan harmoni semenjak negara mencapai kemerdekaan.
Walaupun terdapat pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilalui namun rakyat tetap berganding
bahu mengharunginya bersama.

Sebagai usaha untuk mengukuh dan menanamkan aspirasi semangat perpaduan di kalangan
golongan muda khususnya murid-murid sekolah, konsep perpaduan ini boleh diterjemahkan dalam
bentuk seni lukisan.

Lukisan adalah suatu teknik menggambar untuk meluahkan perasaan ataupun luahan hati secara
imej, bentuk, tulisan ataupun warna. Melalui kaedah ini, diharapkan semangat perpaduan yang
diterjemahkan dalam bentuk lukisan ini dapat dihayati dihayati dan dikongsikan bersama seluruh
rakyat Malaysia.

Tema

Bertemakan “WARNA-WARNI MALAYSIAKU”, setiap peserta perlu menghasilkan satu lukisan


(mewarna atau melukis) yang menggambarkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

1. Pendaftaran

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah yang berumur antara 7 – 17 tahun
yang bermastautin di Malaysia.
1.2. Pertandingan ini adalah secara penyertaan individu.
1.3. Setiap peserta hanya boleh mendaftar sekali sahaja.
1.4. Pendaftaran adalah PERCUMA.
1.5. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang
wwmalaysiaku.blogspot.com bermula dari 7 Disember 2020 sehingga 11 Disember 2020,
5:00 petang.
1.6. Setiap kategori adalah terhad kepada 100 penyertaan. Walau bagaimanapun, had bilangan
penyertaan boleh ditambah mengikut budi bicara pihak penganjur.

2. Kategori

2.1. Sebanyak 3 kategori akan dipertandingkan, iaitu:


2.1.1. Kategori A : Umur 7 – 9 tahun

2.1.1.1. Jenis warna : Pensel warna sahaja


(bahan mewarna yang lain tidak dibenarkan)
2.1.1.2. Saiz kertas lukisan : A4
: Gambar lukisan akan diemelkan pada 12/12/2020,
jam 10:00 pagi.
2.1.1.3. Hasil lukisan : Hasil lukisan perlu diemelkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 10:00 pagi pada 13/12/2020.
: Hasil lukisan juga perlu diposkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 5:00 petang pada
25/12/2020.

2.1.2. Kategori B : Umur 10 – 12 tahun

2.1.2.1. Jenis warna : Pensel warna sahaja


(bahan mewarna yang lain tidak dibenarkan)
2.1.2.2. Saiz kertas lukisan : A4
: Gambar lukisan akan diemelkan pada 12/12/2020,
jam 10:00 pagi.
2.1.2.3. Hasil lukisan : Hasil lukisan perlu diemelkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 10:00 pagi pada 13/12/2020.
: Hasil lukisan juga perlu diposkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 5:00 petang pada
25/12/2020.

2.1.3. Kategori C : Umur 13 – 17 tahun

2.1.3.1. Jenis warna : Warna air


2.1.3.2. Saiz kertas lukisan : A4 (135 gsm dan ke atas)
: Anda boleh membahagikan kertas lukisan saiz A3
kepada 2 bagi mendapatkan saiz A4.
2.1.3.3. Hasil lukisan : Hasil lukisan perlu diemelkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 10:00 pagi pada 13/12/2020.
: Hasil lukisan juga perlu diposkan kepada pihak
penganjur sebelum jam 5:00 petang pada
25/12/2020.
3. Proses Pertandingan

3.1. Selepas pendaftaran penyertaan dilakukan, kertas lukisan (Kategori A & B) akan
diemelkan kepada semua peserta pada 12/12/2020 jam 10:00 pagi manakala (Kategori C)
boleh memulakan proses melukis.
3.2. Setelah hasil lukisan telah selesai, setiap peserta WAJIB membuat imbasan (scan picture)
ke atas lukisan tersebut dalam bentuk format PDF dan emel kepada pihak penganjur
sebelum jam 10:00 pagi pada 13/12/2020 (Ahad).
3.3. Selepas selesai menghantar emel, setiap peserta juga WAJIB mendapatkan surat
pengesahan daripada pihak sekolah masing-masing bagi memastikan bahawa lukisan
tersebut adalah hasil usaha peserta sendiri dan tidak berlaku sebarang penipuan. (sila rujuk
surat pengesahan yang disertakan bersama gambar lukisan)
3.4. Setiap peserta diberikan masa selama 12 hari mulai 14/12/2020 (Isnin) untuk menghantar
lukisan dan surat pengesahan tersebut secara pos (courier service) kepada pihak penganjur
bagi tujuan penilaian dan pemarkahan.
3.5. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting:

3.5.1. Tarikh tutup pendaftaran peserta : 11 Disember 2020, 5:00 petang


3.5.2. Tarikh tutup menghantar emel (PDF) : 13 Disember 2020, 10:00 pagi
3.5.3. Tarikh tutup menerima lukisan asal : 25 Disember 2020, 5:00 petang

3.6. Berikut merupakan maklumat emel dan alamat penganjur:

3.6.1. Emel : wwmalaysiaku@gmail.com

3.6.2. Alamat Pos : Urusetia Warna-warni Malaysiaku


Persatuan Hokkien Daerah Kluang
No. 144 & 146, Jalan Mersing,
86000 Kluang,
Johor.
No. Tel: 07-7727555

3.6.3. Laman web : wwmalaysiaku.blogspot.com

4. Hadiah

4.1. Berikut merupakan senarai hadiah pemenang bagi pertandingan Warna-Warni


Malaysiaku:
4.1.1. Kategori A

4.1.1.1. Anugerah Emas : RM 300.00 x 3 pemenang


4.1.1.2. Anugerah Perak : RM 200.00 x 3 pemenang
4.1.1.3. Anugerah Gangsa : RM 100.00 x 3 pemenang
4.1.1.4. Saguhati : RM 50.00 x 20 pemenang

4.1.2. Kategori B

4.1.2.1. Anugerah Emas : RM 300.00 x 3 pemenang


4.1.2.2. Anugerah Perak : RM 200.00 x 3 pemenang
4.1.2.3. Anugerah Gangsa : RM 100.00 x 3 pemenang
4.1.2.4. Saguhati : RM 50.00 x 20 pemenang

4.1.3. Kategori C

4.1.3.1. Anugerah Emas : RM 300.00 x 5 pemenang


4.1.3.2. Anugerah Perak : RM 200.00 x 5 pemenang
4.1.3.3. Anugerah Gangsa : RM 100.00 x 5 pemenang
4.1.3.4. Saguhati : RM 50.00 x 30 pemenang

5. Pembatalan (Disqualification)

5.1. Penyertaan peserta akan dibatalkan sekiranya:

5.1.1. Peserta mengubahsuai (edit) gambar lukisan asal yang diberikan oleh pihak
penganjur.
5.1.2. Peserta menggunakan bahan mewarna yang tidak dibenarkan bagi Kategori
A, B & C (cth: crayon, magic pen, highlighter dan lain-lain).
5.1.3. Lukisan yang diposkan kepada pihak penganjur tidak sama dengan lukisan yang
diemelkan secara PDF.

6. Lain-lain

6.1. Semua hasil lukisan adalah hak milik penganjur.


6.2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya:
6.2.1. Lukisan yang diposkan tidak sampai ke pihak urusetia dalam masa yang ditetapkan
(cth: lewat, hilang).
6.2.2. Lukisan yang diposkan mengalami sebarang kerosakan sebelum sampai ke pihak
urusetia.
6.2.3. Lukisan yang diterima pihak penganjur tidak sama dengan lukisan yang diemelkan
(scan image).
6.3. Segala perbelanjaan bagi tujuan pertandingan ini adalah tanggungan peserta sendiri.
6.4. Keputusan juri adalah muktamad.
6.5. Penganjur berhak untuk meminta peserta untuk mewarna atau melukis semula secara “live”
menerusi google meet sebelum keputusan diumumkan (sekiranya perlu).
6.6. Penganjur berhak untuk menukar atau menambah syarat pertandingan pada bila-bila masa.
6.7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia di talian 017-5706383.

You might also like