You are on page 1of 5

BENGKEL DAN PERTANDINGAN MEMBACA PUISI ISLAM BAGI BELIA DAN BELIAWANIS MASJID

SENEGARA SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 1442H/2020M

1. MUKADDIMAH

Pertandingan Membaca Puisi Islam Bagi Belia dan Beliawanis Masjid Senegara
Sempena Cuti Persekolahan Bagi Tahun 1442H/2020M. Pertandingan ini
diungkayahkan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah
Temburong dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid Utama
Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

2. TUJUAN
i. Bersempena cuti persekolahan bagi tahun 1442H/2020M.
ii. Memberikan kesedaran tentang kehidupan beragama yang sejati.
iii. Mempunyai akhlak yang sihat dan mulia berlandaskan Islam.
iv. Mempunyai tahap keimanan yang tinggi dan menghayati Islam dalam kehidupan
seharian.
v. Membentuk masyarakat Islam khususnya para belia khususnya untuk mencintai
masjid dan mempunyai personaliti muslim yang berwibawa, berwawasan serta
bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
vi. Untuk mencungkil bakat para peserta dalam menyampaikan puisi Islam dan
sekaligus untuk menambah keyakinan diri untuk berani dan petah bercakap
dikhalayak ramai.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan ini terbuka kepada belia dan beliawanis masjid yang bedaftar
sahaja.
3.2 Berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi 25 tahun.
3.3 Setiap permohonan hendaklah melalui masjid-masjid dengan mengisikan borang
khas yang disediakan oleh Bahagiaan Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan saringan
4.1.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh setiap zon, daerah
dan masjid negara.
4.1.2 Penyertaan tidak dihadkan.
4.1.3 Setiap masjid hanya dibenarkan menghantar 2 orang wakil dari kalangan
belia dan beliawanis masjid ke peringkat zon, daerah dan negara.

4.2 Peringkat Akhir


4.2.1 Sebanyak 18 orang peserta terdiri daripada 9 orang belia masjid dan 9
orang beliawanis masjid akan bertanding dalam petandingan peringkat
akhir ini yang mewakili setiap zon, daerah dan masjid negara serta 2
orang peserta dari Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar,
Daerah Temburong.

4.2.2 Pertandingan ini diungkayahkan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pejabat


Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong dengan kerjasama Ahli
Jawatankuasa Takmir Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan
Bangar, Daerah Temburong.

5. PAKAIAN PESERTA
5.1 Peserta lelaki hendaklah berpakaian cara melayu lengkap.

5.2 Peserta perempuan, hendaklah berbaju kurung dan memakai tudung.

6. TEKS PUISI
6.1 Teks Puisi Islam akan disediakan oleh pihak penganjur.
7. SUDUT PENGHAKIMAN
7.1 Fasih / Lancar : 30 markah
7.2 Intonasi Suara : 40 markah
7.3 Gaya dan Penyampaian : 30 markah

8. TARIKH BENGKEL DAN PERTANDINGAN AKHIR

8.1 Bengkel akan diadakan pada Hari Rabu, 23 Disember 2020 bermula jam 9.00
Pagi.
8.2 Pertandigan akhir akan diadakan pada Hari Khamis, 24 Disember 2020 bermula
jam 8.30 Pagi sehingga selesai
8.3 Keputusan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Jumaat, 25
Disember 2020.
8.4 Bengkel, pertandingan akhir dan penyampaian hadiah akan diadakan di Masjid
Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar , Daerah Temburong.

9. PERUNTUKAN KEWANGAN

9.1 Peruntukan kewangan melalui dari Jabatan Hal Ehwal Masjid


9.1.1 Hadiah Pemenang Bagi Belia Masjid:
i- Pemenang Pertama
- Wang Tunai = $150.00
ii- Pemenang Kedua
- Wang Tunai = $120.00
iii- Pemenang Ketiga
- Wang Tunai = $100.00

iv- Saguhati
- Wang Tunai $50.00 x 6 = $300.00
9.1.2 Hadiah Pemenang Bagi Beliawanis Masjid:
i- Pemenang Pertama
- Wang Tunai = $150.00
ii- Pemenang Kedua
- Wang Tunai = $120.00
iii- Pemenang Ketiga
- Wang Tunai = $100.00

iv- Saguhati
- Wang Tunai $50.00 x 6 = $300.00

9.1.3 Jamuan:

9.1.3.1 Jamuan Bengkel


$3.00 x 30 = $ 90.00

9.1.3.2 Jamuan Pertandingan Akhir


$3.00 x 30 = $ 90.00

9.1.3.3 Jamuan Penyampaian Hadiah


$3.00 x 60 = $ 180.00

9.2 Peruntukan kewangan melalui dari Tabong Masjid


9.2.1 Pembengkel = $100.00
9.2.2 Hakim
$100 x 3 = $300.00

9.3 Jumlah Peruntukan = $2700.00


PERTANDINGAN MEMBACA PUISI ISLAM BAGI BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA
SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 1442H/2020
ANJURAN BAHAGIAN PERPUSTAKAAN DAN PEJABAT HAL EHWAL MASJID DAERAH
TEMBURONG DENGAN KERJASAMA AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID UTAMA
MOHAMMAD SALLEH, PEKAN BANGAR, DAERAH TEMBURONG

NAMA PESERTA_______________________________________________________________

WAKIL MASJID /
SURAU / BALAI IBADAT_________________________________________________________

NO KAD PINTAR_______________________ WARNA_________________________________

Pengakuan

Saya yang bernama di atas ingin ikut serta dalam Pertandingan Membaca Puisi Islam Bagi Belia
dan Beliawanis Masjid Senegara Sempena Cuti Persekolahan Bagi Tahun 1442H/2020M dengan
mengikut syarat-syarat dan peraturan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Tandatangan Peserta Tandatangan penerima

……………………………………….. ………………………………………..
Peserta Nama:

Tarikh tutup: 19 Disember 2020 (Hari Sabtu)


Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pegawai Masjid masing-masing.

You might also like