You are on page 1of 6

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SMK BALABAN JAYA BELURAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KUIZ ANTI JENAYAH 2019
ANJURAN :

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

TARIKH:

19 MAC 2019

TEMPAT:

KELAS TINGKATAN 4A

MASA:

1.15-3.15 PETANG

TEMA:
MENJANA PENAAKULAN KRITIS MELALUI PENYELESAIAN MASALAH

68
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Kuiz Anti Jenayah diadakan sebagai salah satu aktiviti Kelab
Pencegahan Jenayah SMK Balaban Jaya 2019. Di samping itu, ianya diadakan
untuk memberi peluang kepada semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah dari
setiap tingkatan menyerlahkan bakat dan sentiasa peka dengan isu-isu
permasalahan jenayah semasa. Program ini diharap dapat melahirkan ahli-ahli
yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang bahaya
jenayah, menghindarkan diri dari terperangkap dan menjadi mangsa jenayah
serta membantu sekolah dalam mencegah dan membanteras jenayah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membina rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang.


2.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan
jenayah.
2.3 Membina nilai-nilai moral yang tinggi bahawa pencegahan adalah lebih
baik dari memerangi jenayah.
2.4 Mengetahui garis panduan dan cara-cara mencegah jenayah.
2.5 Menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
2.6 Menanamkan azam dalam diri untuk menjalankan tanggungjawab
kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal jenayah.

3.0 PENGELOLAAN

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab Pencegahan Jenayah SMK Balaban Jaya.

4.0 SASARAN

Terbuka kepada semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah sahaja.

5.0 TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh : 19 MAC 2019


Masa : 1.15 petang hingga 3.15 petang
Tempat : Kelas Tingkatan 4A

69
6.0 PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan kuiz dikendalikan dalam 2 pusingan iaitu:-

6.2 Pusingan awal


6.2.1 Peserta dikehendaki menjawab soalan objektif sebanyak 40 soalan.
6.2.2 Peserta diminta untuk menjawab dalam kertas jawapan OMR.
6.2.3 Peserta diberi masa 30 minit.
6.2.4 Seramai 3 peserta yang mengumpul markah tertinggi layak
memasuki pusingan akhir.
6.3 Pusingan akhir
6.3.1 Soalan secara lisan.
6.3.2 Pertandingan dikendalikan oleh juru kuiz dan dibantu oleh seorang
penjaga masa.
6.3.3 Pusingan akhir dijalankan sebanyak 3 pusingan.
6.3.4 Sebanyak 15 soalan(5 soalan setiap pusingan) disediakan untuk
dipilih oleh peserta.
6.3.5 Soalan tidak dibuka kepada peserta lain.
6.3.6 Peserta yang mengumpul jumlah markah tertinggi akan dipilih
sebagai Johan.

6.4 Peraturan Pertandingan Pusingan Akhir

Berikut adalah peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua peserta


pertandingan Kuiz Kelab Pencegahan Jenayah:

6.4.1 Pusingan Akhir dikendalikan sebanyak tiga pusingan. Setiap


peserta akan menjawab SATU soalan pada setiap pusingan.
Semua soalan MESTI dijawab secara lisan. Peserta diminta
menjawab sekali sahaja dengan suara yang jelas.
6.4.2 Setiap pusingan mempunyai 15 soalan. Setiap peserta akan
memilih SATU nombor soalan.
6.4.3 Setiap soalan akan dibaca sebanyak DUA kali. Selesai sahaja
soalan dibaca, loceng akan dibunyikan SEKALI. Peserta diberi
masa 20 saat untuk menjawab soalan.Loceng akan dibunyikan
sebanyak DUA kali menandakan masa telah tamat. Bagi setiap
jawapan yang tepat, dua markah akan diberikan kepada peserta.
Sekiranya kurang tepat, satu markah akan diberi.
6.4.4 Para hakim akan memberikan markah dengan cara mengangkat
kertas markah sama ada 0, 1 atau 2. Keputusan hakim adalah
muktamad.
6.4.5 Soalan tidak dibuka kepada peserta yang lain.
6.4.6 Isyarat-isyarat tertentu dan perbincangan sesama peserta adalah
dilarang. Jika perkara ini berlaku, hakim berhak membatalkan

70
mana-mana pasukan yang dianggap melanggar peraturan
pertandingan.
6.4.7 Peserta yang mendapat markah yang tertinggi, akan diumumkan
sebagai JOHAN pertandingan ini. Jika terdapat persamaan
markah, maka soalan diteruskan kepada pasukan-pasukan
tersebut sebanyak SATU soalan tambahan sehingga PEMENANG
dapat ditentukan.

7.0 JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA

Penasihat : Pn Tracy Vianney Ano


Cik Hemah Latha A/P Thangavellu

Pengerusi : Cik Tracy Ivy Aping

Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Faridzwan Keflih

Setiausaha : Cik Siti Sharizah Nasinin

Bendahari : Encik Mohd Aiman Shafie B Alan

Ex-Officio : Jurukuiz
Cik Siti Nurshezlyn Binti Denny
Encik Muhd Kamarul Iman B Serakal

Penjaga Masa
Encik Muhd Faqrul Hisyam B Borhan

Penulis Markah
Encik Mohd Hamdan B Apau
Cik Siti Nurqhairatul Hiqmah Bt Kamsul

71
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Hadiah Pemenang (RM 10 X 3 ) = RM 30.00


2. Sijil penyertaan (RM30 X 1) = RM 30.00
------------------
Jumlah = RM 60.00
------------------

Disediakan oleh,

(TRACY VIANNEY ANO)


Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
SMK Balaban Jaya

Disemak oleh,

(AWANG SAZALI ABDUL SALI)


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Balaban Jaya

Disahkan oleh,

(ZURAIDAH SALLEH)
Pengetua
SMK Balaban Jaya

72
LAMPIRAN
Bil Perkara Harga Seunit(RM) kuantiti Harga (RM)

1 Hamper pemenang 10 3 buah 30

2 Sijil penyertaan 30 1rim 30

JUMLAH 60

73

You might also like