You are on page 1of 14

1.

0 TAJUK

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia


(MTQSS KPM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2018.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Persiaran Dutamas 50480 Kuala Lumpur.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon peruntukan/ sumbangan kewangan


daripada pihak-pihak tertentu bagi tujuan pembiayaan aktiviti di atas. Sek
Kebangsaan Kiaramas telah dipilih sebagai tuan rumah MTQSS KPM Sekolah
Rendah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2018 (surat
lantikan disertakan di lampiran).

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 MTQSS KPM ini terbuka kepada semua murid Islam sekolah rendah (Tahun 1
hingga 6) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan ini.
4.2 Pertandingan peringkat negeri ini merupakan kesinambungan pertandingan
peringkat zon yang dilaksanakan pada 10 Mac 2018. Oleh itu, pertandingan
peringkat Negeri akan ditandingi oleh 48 orang peserta dalam 6 pertandingan
iaitu 8 orang peserta bagi setiap pertandingan (2 orang mewakili setiap Zon).

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan kesedaran kepada murid supaya tidak mengabaikan


tanggungjawab diri sebagai hamba Allah.
5.2 Membimbing murid supaya dapat menjalani kehidupan dengan berakhlak
mulia dan bersyariat.
5.3 Melahirkan generasi Al-Quran yang membaca, menghafaz, mendalami dan
menghayati Al-Quran dalam kehidupan mereka.
5.4 Mencungkil dan mengembangkan potensi serta bakat murid dalam bidang
tilawah, hafazan dan bercerita kisah-kisah Al-Quran.

1
5.5 memilih peserta terbaik untuk menyertai pertandingan peringkat Kebangsaan
yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

6. INDIKATOR PENCAPAIAN

6.1 Indikator Output:

6.1.1 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dapat menghantar wakil dalam


semua acara pertandingan dalam MTQSS Peringkat Kebangsaan tahun 2018.
6.1.2 Pencapaian peserta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam MTQSS
Peringkat Kebangsaan mencapai sekurang-kurangnya tempat ke-3 dalam 3
acara pertandingan.

6.2 Indikator Outcome:

6.2.1 Bakat murid dalam bidang tilawah, hafazan, dan bercerita dapat diserlahkan.
6.2.2 Disiplin murid lebih terjaga dengan penerapan nilai-nilai keagamaan menerusi
pertandingan yang diadakan.
6.2.3 Murid menjalani kehidupan dengan berakhlak mulia dan berlandaskan syari’at
di samping menghindari mereka daripada terjebak dengan masalah gejala
sosial,

7. TARIKH/ MASA/ TEMPAT PERTANDINGAN

Semua pertandingan akan diadakan bermula selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi,
hari Sabtu 14 April 2018 seperti maklumat berikut;-

JENIS PERTANDINGAN TEMPAT


1. Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah (L) Dewan Terbuka, SK Kiaramas
2. Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah (P) Surau al-Muttaqin, SK Kiaramas
3. Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah (L) Bilik Komputer 2, SK Kiaramas
4. Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah (P) Kelas 6 K, SK Kiaramas
5. Bercerita Kisah Dari Al-Quran (L) Kelas 5 Cerdas, SK Kiaramas
6. Bercerita Kisah dari Al-Quran (P) Bilik Pusat Sumber, SK Kiaramas

2
8. BILANGAN HAKIM PERTANDINGAN

8.1 Bilangan hakim pertandingan adalah seperti berikut ;

Acara pertandingan Bilangan Hakim


1. Ketua Jemaah Hakim 1 orang
2. Penolong Ketua Jemaah Hakim 1 orang
3. Tilawah Al-Quran (L) 5 orang
4. Tilawah Al-Quran (P) 5 orang
5. Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah 5 orang
(L)
6. Hafazan Al-Quran Sekolah Rendah 5 orang
(P)
7. Bercerita Kisah Dari Al-Quran (L) 4 orang

8. Bercerita Kisah dari Al-Quran (P) 4 orang

JUMLAH 30 0rang

9. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Kos perbelanjaan mengadakan MTQSS KPM Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur 2018
mengambil kira perbelanjaan di bawah adalah seperti berikut:

a. Hadiah Pemenang

BIL PERTANDINAN Pemenang HARGA JUMLAH

1 Tilawah al-Quran L/ P Johan = 2 orang RM 48.00 RM 312.00


Naib Johan = 2 orang RM 44.00
Ketiga = 2 orang RM 40.00
Saguhati = 10 orang RM 180.00

2 Hafazan al-Quran L/ P Johan = 2 orang RM 48.00 RM 312.00


Naib Johan = 2 orang RM 44.00
Ketiga = 2 orang RM 40.00
Saguhati = 10 orang RM 180.00

3. Bercerita Kisah dari Al- Johan = 2 orang RM 48.00 RM 312.00


Quran Naib Johan = 2 orang RM 44.00
Ketiga = 2 orang RM 40.00
Saguhati = 10 orang RM 180.00

JUMLAH RM 936.00

3
b. Jamuan Hakim, Ahli Jawatankuasa, Peserta dan Tetamu Kehormat

Butiran Kos Jumlah


Jamuan Hakim RM 5.00 x 30 hakim RM 150.00
Jamuan Ahli RM 5.00 x 80 orang RM 400.00
Jawatankuasa
Jamuan Peserta RM 5.00 x 48 orang RM 240.00
Jamuan Tetamu RM 5.00 x 10 orang RM 50.00
Jumlah Keseluruhan Kos Jamuan RM 840.00

c. Perbelanjaan Runcit

Butiran Kos Jumlah


Banner/ RM 100 x 2 bidang RM 200.00
Backdrop
Bunting RM 50 x 6 pertandingan RM 300.00
Pelbagai RM 200 RM 200.00
Jumlah keseluruhan kos perbelanjaan RM 700.00
runcit

d. Cenderamata Hakim

Kos Kos
RM 20.00 x 30 hakim RM 600.00

e. Anggaran Kos Keseluruhan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018

Butiran Kos
1. Hadiah RM 936.00
2. Jamuan RM 840.00
3. Perbelanjaan Runcit RM 700.00
4. Cenderamata Hakim RM 600.00
JUMLAH RM 3,076.00

10. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS TADARUS AL-QURAN (SEKOLAH


RENDAH) SEKOLAH-SEKOLAH KPM WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT
NEGERI KUALA LUMPUR 2018

Lihat lampiran 1

11. STRATEGI PELAKSANAAN

11.1 Taklimat pelaksanaan MTQSS KPM Peringkat Negeri kepada AJK


Pelaksana

11.2 Menerima lawatan kunjung bantu daripada Pegawai JPWP

11.3 Taklimat kepada guru pengiring dan cabutan undi


11.4 Pertandingan dijalankan pada 14 April 2018

4
11.5 Pelaporan dan dokumentasi dihantar sebelum 1 Mei 2018 ke PPWS dan SPI
JPWP

12. PELAN PENGURUSAN RISIKO

RISIKO/ HALANGAN Cadangan Tindakan

1. Tiada peruntukan kewangan daripada Sektor Tiada penyediaan hadiah kepada


Pendidikan Islam, JPWP atau sumbangan pemenang. Setiap peserta
disediakan sijil penyertaan/
pencapaian sahaja.

2. Hakim tidak hadir pada hari pertandingan Menyediakan hakim simpanan.

13. KAEDAH PEMANTAUAN

13.1 Laporan Jawatankuasa dan senarai semak pelaksanaan

14. PENUTUP DAN CADANGAN

Permohonan yang dikemukakan melalui kertas cadangan ini diharap mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya. Anggaran kos perbelanjaan menjalankan aktiviti ini adalah
sebanyak RM 3,076.00. Semoga segala usaha yang dirancangkan dalam menjayakan
program ini dicatatkan sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Amiin Ya Rabbal Alamin.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(MOHD MAZHAN BIN TAMYIS) (ZARINOM BT. MD. NOOR)


Ketua Panitia Guru Penolong Kanan KoKurikulum
Pendidikan Islam SK Kiaramas SK Kiaramas
Tarikh : 12 Februari 2018
Tarikh : ……………………………

Disahkan dan disokong oleh;

(IBRAHIM BIN SAHADAN)


Guru Besar
SK Kiaramas

Tarikh : …………………………………

5
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2018

PENAUNG : Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

PENASIHAT : Timbalan Pengarah Pendidikan


Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu

Timbalan Pengarah Pendidikan


Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

Timbalan Pengarah Pendidikan


Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul

PENGERUSI : Tn. Haji Mohamed Nor b. Haji Salleh


Ketua Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

TIMBALAN
PENGERUSI : Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

PENYELARAS/ : En. Yaakob bin Zakaria


SETIAUSAHA Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam, JPWP Kuala Lumpur

PENOLONG
SETIAUSAHA : En. Noh Azzaki bin Zainal
Penolong Pengarah Pengembangan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam, JPWP Kuala Lumpur

BENDAHARI : En. Abd Aziz bin Disa


Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Kepimpinan Dakwah
Sektor Pendidikan Islam, JPWP Kuala Lumpur

URUSETIA : Pn. Umi Suraya bt Wahab


Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam
Sektor Pendidikan Islamn JPWP Kuala Lumpur

6
Lampiran 2

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


MAJLIS TADARUS AL-QURAN (SEKOLAH RENDAH) SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PENGERUSI : En. Ibrahim b. Sahadan (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Zarinom bt. Md. Noor (GPK Ko Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Raba'ah bt. Kadir (GPK Tadbir & Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 3 : En. Khairul Nizam b. Saharudin (GKP HEM)

Penyelaras : En. Mohd Mazhan b. Tamyis (Ketua Panitia)

Setiausaha 1 : Pn. Nur Hazwani bt. Abdull Rahman

Setiausaha 2 : Pn. Karimah bt. Sanadi

Bendahari : Cik Nor Hayunie Bt. Abu Bakar (Bendahari PIBG)

Penolong Bendahari : Pn. Noor Hafizah Bt. Fakhruddin

AJK Hadiah/ Cenderamata/ Sijil

En. Mohd Zulkifli b. Mohd Nor


Pn. Fitrayani bt. Nasrun
Pn. Siti Norani bt. Abdullah
Pn. Noorul Amilin bt. Abd Gapar
Pn. Rosmawati bt. Alias

AJK Pamplet/ Dokumentasi/ Laporan

Pn. Nur Fateena Dinina bt. Jaafar


Pn. Nori Nor Che Haron
Cik Anusria a/p Krishnan
Pn. Siti 'Aliah bt. Mohamad Nor

AJK Jamuan

Pn. Nik Nuraiza bt. Nik Yusuf


Pn. Nur Ezzati bt. Meor Zamnis
Pn. Mahanum bt. Sadli
Pn. Fatimah Zahrah bt. Mahamud
Pn. Nurkhamisah bt. Ibrahim

7
AJK Penyediaan Tempat/ Bilik Pertandingan/ Dewan

En. Mohd Azim Faiz b. Mohd Yusoff


En. Mohd Fauzi b. Hassan
En. Mohd Yusmadi b. Sulaiman
En. Ku Chin Heng
En. Mohd Hafizullah b. Abd Aziz
En. Mohd Nasrun Safwan b. Mohd Nasir
En. Hazwan Hafiz b. Mohamad
Pn. Sukrini bt. Hashim
Pn. Noor Ainsha bt. Abu Bakar

AJK Pendaftaran

Pn. Noor Fairuz bt. Kusri


Pn. Nurmazliyana bt. Rahim
Pn. Nurazlida bt. Ibrahim
Pn. Siti Razlizawani bt. Abd. Rahman
Pn. Amy Roshnaida bt. Wali@Kamaruddin
Pn. Aruljothee a/p Nagappan

AJK Keselamatan/ Kebersihan

En. Hazran b. Mohamed Rawi


En. Rusydi b. Roslan
En. Amran b. Yusof

AJK Siaraya/ Jurukamera/ Perakam Video

En. Mohd Hasnan b. Hamzah


En. Mohd Khairi b. Alhaimi
En. Zulfadli b. Saji
En. Mohd Azar Syafiq b. Azni
En. Azahari b. Abdullah
Cik Fazilah bt. Zakaria

AJK Juruacara Setiap Pertandingan/ Penjaga Masa

En. Fakhrrurazi b. Ahmad (Tilawah al-Quran Lalaki)


Pn. Norizah bt. Abu Bakar

Pn. Mazura bt. Zainal (Tilawah al-Quran Perempuan)


Cik Nabila bt. Mohd Razis

Pn. Nurwahidah bt. Hassan (Hafazan lelaki)


Cik Noor Syahidah bt. Ramli

Pn. Nurul Ashikin bt. Sulaiman (Hafazan Perempuan)


Pn. Nurhafizah bt. Mohamad Isa

8
Pn. Nur Izzati bt. Azhar (Bercerita Kisah Dari Al-Quran – L)
Pn. Nurulain bt. Ahmad

Pn. Heryanti bt. Mahd. Yamin (Bercerita Kisah Dari Al-Quran – P)


Pn. Shunifat bt. Ismail

AJK Pemungut Markah

En. Mohd Addailami b. Mohd Zuki


Tn. Syed Anwar b. Syed Mahamud
Pn. Shuhadawati Bt. bahari
Pn. Rajeshwari a/p Thillaivanam
Pn. Noor Azizah bt. Abdul Ghani
Pn. Che Nur Qamarina bt. Che Kamarudin
Pengawas Sekolah

AJK Urusetia Hakim/ Jurukira Markah

Pn. Huda bt. Mohamad


Pn. Ikrimah bt. Zahari

Senarai pegawai yang boleh dirujuki :

1) SPI JPWP : En. Yaakob b. Zakaria 03-62046867

2) PPWS : En. Shabri b. Ismail 03-40412321

3) SK Kiaramas : En. Mohd Mazhan b. Tamyis 010-7965593

9
Lampiran 3

SENARAI TUGAS AJK PENGELOLA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

Hadiah/ Cenderamata/ Sijil  Mengurus pembelian hadiah


 Menyedia dan mengurus hadiah-hadiah pemenang,
cenderamata hakim dan serta sijil masing-masing semasa
hari pertandingan
 Menyediakan sijil penyertaan (kosong) berserta contoh
bagi setiap peserta
 Mencetak sijil penghargaan untuk AJK dan Hakim.

Pamplet / Dokumentasi/  Membuat dan memastikan kandungan pamplet lengkap


Pelaporan mengikut butiran yang diperlukan.
 Menyediakan dokumentasi dan laporan pertandingan.
Serahkan satu salinan kepada PPW Sentul dan Sektor
Pendidikan Islam dalam tempoh 2 minggu selepas
pertandingan tamat.

Jamuan  Membuat tempahan makanan untuk ahli jawatankuasa,


hakim pertandingan, peserta dan tetamu kehormat.
 Menyediakan bilik jamuan untuk hakim dan ahli
jawatankuasa serta tetamu kehormat.
 Menyediakan sarapan pagi untuk hakim sebelum
pertandingan dimulakan.
 Memastikan juadah jamuan mencukupi mengikut
bilangan.
 Berhubung dengan pengusaha kantin supaya
mengadakan jualan pada hari pertandingan bagi
kemudahan makan minum peserta/ guru pengiring
(sekiranya tiada bajet untuk mereka).

Penyediaan tempat  Mengatur tempat-tempat pertandingan bersesuaian


pertandingan/ Dewan dengan acara yang dipertandingkan.
 Memastikan setiap bilik pertandingan disediakan
peralatan seperti berikut; meja hakim, al-Quran yang
telah siap ditandai, meja juruacara, meja penjaga masa,
kerusi untuk peserta menunggu, guru pengiring dan
penonton, alat tulis, loceng, jam randik (kecuali
pertandingan hafazan) dan borang penghakiman
(termasuk stapler dan sampul surat).
 Membuat persiapan dan hiasan tempat pertandingan
seperti bunting pertandingan, penyediaan pentas kecil
untuk tilawah dan sebagainya.
 Mengemas kembali keadaaan tempat pertandingan dan
bilik darjah seperti sediakala selepas pertandingan
tamat.

10
Pendaftaran  Mengelolakan pendaftaran setiap peserta pada hari
pertandingan.
 Menyerahkan senarai peserta kepada juru acara majlis
pertandingan, juru kira markah dan urusetia
pertandingan.
 Pendaftaran hakim diuruskan oleh Ketua Jemaah Hakim.

Keselamatan/ Kebersihan  Mendapatkan bantuan dengan pihak keselamatan yang


bertugas.
 Memastikan keselamatan lalulintas di perkarangan
sekolah terjaga.
 Menyediakan tempat letak kereta khas untuk hakim,
pegawai PPW, SPI JPWP dan tetamu kehormat.
 Menyediakan pelekat kenderaaan dan diedarkan kepada
pihak berkenaan jika perlu.
 Memastikan kebersihan persekitaran sekolah terjaga
dengan menyediakan plastik sampah/ tong sampah
secukupnya.

Kewangan/ Bendahari  Menyelaras dan mengawal perbelanjaan berdasarkan


peruntukan yang diberikan oleh pihak JPWP.
 Merekod setiap penerimaan wang/ sumbangan dan
perbelanjaan.
 Mendapatkan sumbangan tambahan daripada pihak
tertentu (jika perlu).
 Memastikan urusan perbelanjaan daripada peruntukan
kewangan JPWP dibuat mengikut prosedur kewangan
yang sedang berkuatkuasa.

Siaraya  Menyediakan alat siaraya dan alat kelengkapan yang


bersesuaian dalam tempat dan bilik pertandingan.
 Memastikan alat siaraya yang disediakan berfungsi
dengan baik.
 Merakam video semasa pertandingan dijalankan (untuk
tujuan dokumentasi). Boleh dapatkan kepakaran pihak
BTP jika perlu.

Setiausaha Pertandingan  Menjemput ahli jawatankuasa pengelola menghadiri


mesyuarat pelaksanaan.
 Mengurus taklimat guru pengiring.
 Mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat.

Juruacara Pertandingan  Mengendalikan acara pertandingan dan menjaga adab-


adab dalam mengendalikan majlis.
 Memperkenalkan Jemaah hakim sebelum memulakan
pertandingan.
 Memanggil peserta untuk membuat persembahan
dengan menyebut angka giliran sahaja. Nama dan
sekolah yang diwakilinya boleh disebut selepas peserta
tersebut menyampaikan persembahannya.
 Menyediakan skrip sebagai juruacara mengikut susun

11
atur pertandingan yang telah ditetapkan.
 Memastikan bahasa yang digunakan tidak menyinggung
mana-mana pihak.
 Memastikan protokol majlis djaga.
 Mengingatkan peserta yang sedang menunggu giliran
dan penonton supaya tidak membuat sebarang
gangguan semasa peserta sedang membuat
persembahan atau semasa majlis penutup.
 Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan
lancar dan berdisiplin.

Pemungut Markah  Memungut markah dari Ketua Hakim di tempat


pertandingan dan serahkan kepada Ketua Jemaah Hakim
di bilik hakim.
 Dilarang membuka dan melihat markah semasa menuju
ke bilik hakim.

Jurukira Markah/ Urusetia  Menerima borang markah yang telah disahkan oleh
Hakim Ketua Jemaah Hakim di bilk hakim.
 Merekod markah ke dalam borang markah yang
disatukan.
 Menjumlah markah peserta dan menentukan kedudukan
peserta mengikut jumlah markah yang diperolehi.
 Dilarang membuat sebarang pindaan terhadap markah.
Jika terdapat kekeliruan, sila rujuk Ketua Jemaah Hakim.
 Dilarang memberitahu markah peserta atau
kedudukannya kepada peserta atau guru pengiring atau
sesiapa pun sebelum Ketua Jemaah Hakim
mengumumkan keputusan pertandingan.
 Menjaga kerahsiaan pemarkahan peserta.
 Serahkan semua borang markah kepada Ketua Jemaah
Hakim selepas tamat proses pengiraan markah dan
penentuan kedudukan peserta.

Penjaga Masa  Memastikan peralatan yang diperlukan (jam randik dan


loceng) dapat berfungsi dengan baik.
 Meneliti masa dengan tepat sepanjang peserta membuat
persembahan.
 Mengetahui masa membunyikan loceng amaran dan
loceng tamat masa.
 Mencatat masa yang diambil oleh setiap peserta dalam
membuat persembahan dalam borang masa dan
serahkannya kepada ketua Jemaah Hakim selepas tamat
pertandingan.
 Masa-masa untuk setiap acara adalah seperti berikut;
Tilawah al-Quran (8 minit)
Hafazan al-Quran tiada masa dihadkan
Bercerita kisah al-Quran ( 8 + 3) minit

PEMBAHAGIAN AYAT-AYAT TILAWAH AL-QURAN & TAJUK-TAJUK BERCERITA KISAH DARI AL-
QURAN PERINGKAT NEGERI WP KUALA LUMPUR

12
Kategori Ayat/ Tajuk

1. Tilawah al-Quran (Lelaki) 1. Surah Al-Anbiaya' : ayat 1


2. Surah Ar-Rum : Ayat 17
2. Tilawah al-Quran (Perempuan) 1. Surah Al-Furqan : Ayat 1
2. Surah al-Ahzab : Ayat 59
3. Bercerita Kisah-Kisah Dari Al-Quran (Lelaki) 1. Ashabul Ukhdud
2. Kisah Nabi Adam Di Syurga
4. Bercerita Kisah-Kisah Dari Al-Quran (Perempuan) 1. Ashabul Kahfi
2. Kisah Nabi Adam Di Dunia

CADANGAN ATURCARA MAJLIS

13
MASA BUTIRAN

7.30 pagi Pendaftaran para peserta dan hakim pertandingan

Para peserta dan Hakim pertandingan bergerak ke


tempat pertandingan

8.15 pagi Acara pertandingan bermula

9.45 pagi Acara pertandingan berakhir

10.00 pagi Para peserta bergerak ke Dewan SMK Kiaramas


untuk Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah

14

You might also like