You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN TOH MUDA ABDUL AZIZ

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN DORM TERBAIK
TAHUN 2022
PERINGKAT ASRAMA

ANJURAN:
BAHAGIAN KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN (3K)
ASRAMA SMK TOH MUDA ABDUL AZIZ
1.0 PENGENALAN
Kebersihan, kekemasan dan keceriaan (3K) sesuatu yang dituntut dalam agama Islam
itu sendiri. Melalui aspek tersebut ianya akan memupuk sikap individu tersebut
menjadi seorang yang berdisiplin, bertaqwa dan insan yang zuhud. Aspek 3K ini
memainkan peranan yang amat penting khususnya kepada murid-murid asrama. Hal
demikian kerana murid-murid asrama ini menginap dan menetap di asrama sepanjang
tempoh sesi persekolahan yang meliputi ruang istirehat (dorm), tandas, surau dan
dewan makan asrama. Oleh itu bahagian 3K asrama akan mengadakan pertandingan
antara dorm-dorm terbaik yang akan dinilai dari aspek kekemasan katil, susun atur
pakaian, persekitaran yang kondusif dan keceriaan dorm tersebut.

2.0 OBJEKTIF
1. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama
serta mempunyai semangat cintakan asrama seakan kediaman sendiri.
2. Melahirkan murid kreatif dan inovatif berdasarkan aktiviti yang diadakan.
3. Memupuk perpaduan dalam kalangan penghuni-penghuni dorm itu.
4. Menghargai segala kemudahan awam yang ada dan sentiasa menjaganya.
5. Menarik minat murid-murid asrama dalam aktiviti gotong royong secara bersama.

3.0 KUMPULAN SASARAN


1. Semua guru warden SMK Toh Muda Abdul Aziz
2. Semua murid Asrama SMK Toh Muda Abdul Aziz

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : Sepanjang Tahun 2022
Tempat : Dorm Asrama SMK Toh Muda Abdul Aziz

5.0 SENARAI JAWATANKUASA


5.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Tuan Mohd Rizal Bin Mohd Yusof ( Pengetua)


Pengerusi : Encik Mohd Zamri bin A Rashid (PK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi : Encik Azmin bin Ariffin ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Cik Hajah Rosliza binti Mohammad Ramly (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi III : Haji Kahirul Kamel bin Haji Ahmad (Ketua Warden)
Setiausaha : En. Mohamad Shah Rizal bin Mohd Samsudin (Warden)
: En. Zul Hakimy bin Osman (Penyelia Asrama)
: En. Mohamad Firdaus bin Abu Hasan (Penyelia Asrama)

5.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Bil Jawatankuasa Nama Guru Senarai Tugas
1. Cik Nor Liana binti Aznol  Memastikan pemenang
1 AJK Hadiah dan Nizam setiap dorm terbaik
Sijil 2. Cik Nor Afzan binti Razali  Menyediakan hadiah dan
3. Cik Norhijrah Irdianatasha sijil mengikut kategori
binti Mohd Shah
 Memeriksa dan menilai
Semua guru warden dan aspek 3K
2 AJK Juri Penilai penyelia asrama  Memberi markah tahap
aspek 3K tersebut

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL AKTIVITI KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM) (RM)
1. Pertandingan Dorm Terbaik

- Cat Dinding Nippon Paint 4 80.00 320.00


- Kertas Warna 6 6.00 36.00
- Piala Pusingan 1 150.00 150.00
- Piala Dorm Ceria 2 80.00 160.00
- Hamper 3 70.00 210.00
- Gunting 10 3.00 30.00
- Gam 10 2.00 20.00
- Sticker Hiasan Dinding 20 5.00 100.00

Jumlah kecil 1,026.00


JUMLAH KESELURUHAN RM1,026.00

7.0 SUMBER KEWANGAN


Bantuan Koko Asrama (BKKA) : RM1,026.00
8.0 PENUTUP
Aktiviti pertandingan dorm terbaik ini diharapkan dapat memupuk semangat cintkan
aspek Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K) dalam kalangan penghuni
asrama. Selain ianya sebagai membentuk disiplin dalam kalangan murid-murid
asrama sepanjang berada di asrama dan setelah habis persekolahan apabila berada di
luar iaitu sektor pekerjaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................................... ..........................................................
En. Mohamad Shah Rizal bin Mohd Samsudin (MOHD RIZAL BIN MOHD YUSOF)
Setiausaha Pengetua

You might also like