You are on page 1of 7

CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

KETERANGAN PROJEK
PROJECT BRIEF

Fakulti/Pusat: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan


Faculty/Centre: Creative Technology and Herutage
Jabatan: Teknologi Kreatif Program: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Department: dengan Kepujian
Programme:
Kod Kursus/ : CMT 3162 Nama Kursus: Seni Digital Kreatif
Course Code: Course Name:
Nama Pensyarah Kursus: Nama Penyelaras Kursus :
Name of Lecturer: Name of Course Coordinator:
En. Mohammad Syukran Bin Kamal En. Mohammad Syukran Bin Kamal Ruzzaman
Ruzzaman
Prasyarat: Jam Pembelajaran Pelajar (JPP)/ Kredit/
Pre-requisite(s): Student Learning Time (SLT): Credit:
Tiada 80 jam/hours (Borang/Form 2
UMK/TNCA/SPKA/FK-BF3)

Hasil Pembelajaran Kursus/Course Learning Outcomes (CLO)

CLO 1 - Melaksanakan konsep seni dan rekabentuk dalam pembangunan media digital. PLO1 (C3)
CLO 2 - Mendemonstrasikan kebolehan untuk meneroka idea dan penghasilan karya digital kreatif . PLO2
(P4)
CLO 3 - Menilai idea dan pengalaman dalam pembangunan karya seni digital kreatif PLO3 (A3)

Kursus ini mempuyai 4 tugasan dalam penilaian berterusan sepertimana berikut

Kaedah Pentaksiran 100%


1. Tugasan 1 - Helaian Rekabentuk Karakter 30%
2. Tugasan 2 – Infografik Tradisi 30%
3. Tugasan 3 – Aktiviti Tutorial 10%
4. Tugasan 4 - Persembahan Akhir (Folio dan Persembahan)- 30%
XAD

Skema Penilaian Tugasan :

TUGASAN CLO Penghantaran Markah (%)


● Tugasan 1 1, 2, 3 Minggu 9 30
● Tugasan 2 1, 2, 3 Minggu 13 30
● Tugasan 3 2 Setiap minggu 10
berdasarkan keperluan
● Tugasan 4 1, 2, 3 Minggu 16 30

1
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Tugasan 1 – Infografik Tradisi (Individu) – 30%

Infografik adalah representasi sekumpulan informasi secara visual sama ada statik atau bergerak. Satu
infografik kebiasaannya menggabungkan koleksi imej, carta, minimal teks dan elemen-elemen
rekabentuk untuk meringkaskan data yang kompleks kepada data yang senang difahami. Ciri-ciri
informasi yang ditawarkan adalah jelas, ringkas, kandungan visual yang tinggi dan menarik perhatian

Infografik berkenaan kesihatan OKU

2
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Infografik berkenaan bumi.

Contoh infografik boleh didapati di sini

https://visme.co/blog/cool-infographics/

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fvisme.co%2Fblog%2Fbest-infographic-example
s%2F&psig=AOvVaw3BS5z4sH_4m1WduW1kRRTW&ust=1618172135005000&source=images&cd=vfe&v
ed=0CA0QjhxqFwoTCMi5iI2_9O8CFQAAAAAdAAAAABAa

Tugasan:

Secara individu, pilih SATU daripada berikut

● Warisan ketara – permainan, rumah, pakaian, makanan tradisional yang boleh dilihat ATAU
● Warisan tak ketara, - cerita rakyat, syair, pantun, sajak dan tradisi lisan yang tak boleh dilihat
ATAU
● Peristiwa bersejarah di Malaysia

Buat pembacaan dan penyelidikan untuk mengumpulkan informasi yang relevan berkenaan tajuk yang
dipilih. Hasilkan SATU unfografik berdasarkan informasi tersebut

Pelajar boleh memilih mana-mana saiz berikut bagi infografk yang akan dibangunakan. Sila rujuk
panduan di link berikut : https://www.spottylizard.co.nz/common-infographic-sizes

Penghantaran adalah pada minggu ke-9 dan perlu dilkukan secara dalam talian. Untuk pautan
penghantaran, pelajar boleh merujuk e-Campus CMT 3162 Seni Digital Kreatif Minggu 13

3
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Tugasan 2 - Helaian Rekabentuk Karakter (Individu) – 30%

Helaian rekabentuk karakter (character design sheet) atau dikenali juga sebagai helaian konsep karkter
adalah satu rekod visual yang memaparkan rekabentuk konsep seseorang atau sesuatu karekter dalam
produksi filem atau animasi. Helaian rekabentuk karakter ini menjadi rujukan kepada animator, artis
papan cerita, dan semua ahli produksi yang telibat dalam penghasilan filem atau animasi.

4
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Tugasan:

Secara individu, pelajar perlu menghasilkan satu helaian rekabentuk karakter yang
mengandungi asset-aset rujukan bagi SATU karakter. Pelajar juga perlu merancang rekabentuk
karakter berdasarkan cerita yang dibangunkan sendiri atau berdasarkan rujukan dari
cerita-cerita rakyat yang bukan hak cipta terpelihara. Pelajar TIDAK BOLEH menghasilkan helaian
karakter berdasarkan watak-watak filem, animasi, anime, kartun dan komik yang sedia ada.
Karekter mestilah baru dan boleh berdasarkan beberapa rujukan luar.

Pelajar boleh berbincang dengan rakan-rakan lain untuk merekabentuk karakter dari jalan cerita
atau universe yang sama. Tetapi setiap orang pelajar perlu menghasilkan satu karakter tanpa
pertindanan dengan pelajar lain. Helaian karakter juga mestilah berwarna.

Aset-aset yang perlu ada adalah


1. Nama karakter
2. Logo tajuk animasi, filem atau kartun.
3. Satu perenggan biodata
4. Dimensi depan, kiri kanan, belakang dan sisi depan (Pilih mana-mana 3 dimensi yang
sesuai)
5. Lima ekspresi muka close up
6. Pendetailan - aksesori, senjata, transformasi, pakaian dan ciri-ciri unik karakter
7. Nama artis (Pelajar)
Pelajar diminta membuat konsiderasi berikut
● Warna yang menarik
● Komposisi dan susunan asset-aset yang kemas
● Keunikan karakter
● Tidak berdasarkan karakter yang ada hakcipta terpelihara.

5
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Penggunaan perisian yang dinasihatkan adalah Adobe Photoshop.. Namun pelajar boleh
menggunakan mana-mana perisian grafik raster lain. Pelajar juga dibenarkan menggunakan
hardware sokongan seperti tablet, stylus, tracing pad dan sebagainya. Saiz fail akhir adalah A3
dan dieksport dalam format PDF.

Penghantaran adalah pada minggu ke-13 dan perlu dilakukan secara dalam talian. Untuk pautan
penghantaran, pelajar boleh merujuk e-Campus CMT 3162 Seni Digital Kreatif Minggu 9.

6
FTKW UMK
CMT 3162 Seni Digital Kreatif Semester 2, Sidang Akaedmik 2020/2021

Tugasan 3 – Aktiviti Tutorial (Individu) -10%

Pelajar perlu melengkapkan aktiviti-aktiviti yang diberi oleh pensyarah di dalam portal
e-Campus. Aktiviti tutorial adalah aktiviti ringkas yang boleh membantu pembangunan idea dan
eksplorasi teknikal dalam pembangunan tugasan pelajar

Semasa menjalankan aktiviti, pelajar perlu untuk mengikuti garis panduan berikut

1. Melengkapkan aktiviti dalam tempoh masa yang ditetapkan


2. Menggunakan platform e-Campus untuk penghantaran
3. Menghantar hasil kerja sendiri dan tidak menyalin dari pihak lain
4. Mengikut arahan dengan teliti. Pastikan maklumat adalah lengkap serta mengikut
format fail yang dikegendaki .
5. Tarikh penghantaran akan dimaklumkan oleh pensyarah

Tugasan 4 – Pembentangan Akhir (XAD) (Individu) – 30%

Pelajar perlu menyediakan satu video pembentangan berdurasi maksimum 10 minit yang mengandungi
perkara-perkara berikut:

1. Pengenalan diri
2. Menerangkan karya seni digital yang dibangunkan dalam Tugasan 1 dan Tugasan 2
a. Tugasan 1 – Sumber inspirasi dan rekabentuk karakter
b. Tugasan 2 – Elemen dan prinsip rekabentuk dalam infografik
3. Kemahiran teknologi yang telah digunakan untuk membuat Tugasan 1 dan Tugasan 2
4. Memberi kesimpulan kepada kursus ini
a. Apa definisi seni digital kreatif
b. Bagaimana kursus ini mempengaruhi anda dalam penghasilan karya.

Pelajar boleh memuat naik video tersebut kepada mana-mana laman web atau laman sosial. Pelajar
perlu menghantar link video tersebut ke portal e-Campus sebelum atau pada minggu ke-16. Penilaian
akan dibuat pada minggu ke 17 pengajian.

7
FTKW UMK

You might also like