You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA PEND. JASMANI & PEND.

KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI DUNGUN,DUNGUN TERENGGANU

NAMA PROGRAM
BENGKEL UJIAN SEGAK DAN PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BAGI MENENGAH RENDAH TAHUN 2022

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras yang
ditawarkan untuk semua murid dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5. Setiap murid diwajibkan
melaksanakan dua kali Ujian SEGAK iaitu pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun. Mulai tahun 2012,
murid-murid yang berada di peringkat menengah rendah dikehendaki melaksanakan Pentaksiran Sekolah
(PS) bagi setiap mata pelajaran. Justeru itu, kedua-dua program di atas diadakan untuk memberi pendedahan
kepada semua guru tentang prosedur melakukan Ujian SEGAK dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

MATLAMAT
Program ini dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada semua guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan memahami prosedur melaksanakan Ujian SEGAK dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
hingga Tingkatan 3 berdasarkan Modul Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

OBJEKTIF
Objektif program ini dijalankan ialah:
i) Mengetahui prosedur melaksanakan pengukuran Indek Jisim Badan (BMI) dan Ujian SEGAK yang
betul.
ii) Mengetahui cara pengoperasian Data SEGAK dan PAJSK.
iii) Mendedahkan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan Modul PPPM
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
iv) Menyelaraskan pengendalian Ujian SEGAK dan PBS bagi Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan dengan sistematik.
v) Meningkatkan kemahiran guru-guru PJPK dalam pengendalian Ujian SEGAK dan PBS bagi mata
pelajaran PJPK.

RASIONAL
Program ini dirangka bertujuan untuk memberi input berkaitan Ujian SEGAK dan Pentaksiran Sekolah (PS)
bagi menengah rendah kepada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang mengajar
pada tahun 2016. Kebanyakan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini adalah bukan opsyen dalam
bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan.

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 25 Mac 2022
Hari : SABTU
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

TEMPAT
(i) Dewan Seri Gemilang SMK Seri Dungun
(ii) Dewan Terbuka SMK Seri Dungun

1
KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI DUNGUN,DUNGUN TERENGGANU

KUMPULAN SASARAN
Semua guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SMK Seri Dungun (10 orang)

ATURCARA PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran Peserta Bengkel
7.50 pagi : Taklimat Peserta Bengkel
8.00 pagi : Bengkel Ujian SEGAK dan BMI
10.00 pagi : Rehat (Kudapan Pagi)
10.30 pagi : Bengkel Penataran PBS PJPK (Menengah Rendah)
12.30 pagi : Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN
BIL KUANTIT HARGA
PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN
. I SEUNIT
(RM)
1. Pengukur Ketinggian Magnetik 02 329.00 658.00 PCG PJPK
2. Timbang Berat Digital 01 129.00 129.00 PCG PJPK
3. Fail ’Clip Board’ 03 8.90 26.70 PCG PJPK
Sumbangan
4. Kudapan Pagi 19 5.00 95.00
Pengetua

JUMLAH KESELURUHAN 908.70

PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga
semua guru PJ dan PK SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor, Perak akan mendapat manfaat melalui
program yang dirancang ini.

Disediakan oleh : ........................................................... Tarikh : .........................


SITI RADHIAH BINTI ISMAIL
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
SMK Seri Dungun

Disemak oleh : ......................................................... Tarikh : .........................

Diluluskan oleh : ........................................................ Tarikh : .........................

2
KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI DUNGUN,DUNGUN TERENGGANU

You might also like