You are on page 1of 1

Ruj. Tuan : SKTUIBET.

600-3/2/14(9)
Tarikh : 28 Oktober 2022

Tn Haji Jelani Bin Suhaili


SU LAKMD
d/a SK Datuk Bandar Debak
95500 Debak

Tuan,

Pemohonan Meminjam Padang Bola Sepak Riveria Debak Untuk Pemilihan Pemain Bola Sepak Senior
PSKPP Daerah Betong

Dengan penuh hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Kebangsaan Tui telah diamanahkan sebagai pengelola dan
urusetia dalam pemilihan pemain bola sepak (Senior) PSKPP Daerah Betong. Oleh itu, pihak kami ingin meminjam
padang Bola Sepak Riveria Debak pada:
2.1 Tarikh : 02 November 2022
2.2 Masa : 3:00 Petang
2.3 Tempat : Padang Bola Sepak Riveria Debak
3. Kerjasama dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………….
( LOLA BIN JULAI )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tui,
95500, Debak,
Sarawak.

You might also like