You are on page 1of 8
Saidatina Zainab berkahwin dengan Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib. ‘Suaminya syahid dalam peperangan Mu’tah UMMU KALTHUM BINTI ALI BIN ABI TALIB Ummu Kalthum puteri Saidatina Fatimah, Setelah dewasa beliaw dinikahkan dengan Saidina Umar Al Khattab. Setelah Saidina Umar wafat ia dinikahkan pula dengan Aun bin Jaafar. Setelah Aun bin Jaafar meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Abdullah bin Jaafar. BICARA: V KERASULAN MUHAMMAD SAW. (170). Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) Dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana Yang demikian ity) amatlah baiknya bagi kamu. dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana Sesungguhnya bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An Nisa:170) (2). Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendin, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). dan 39, sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumaah: 2) Dalam tahun 610M ketika berusia 40 tahun Baginda dilantik menjadi Rasul Nabi akhir zaman dengan turunnya wahyu yang pertama ‘Igra’ di Gua Hira di Makkah al Mukarramah. Baginda saw. mula mengasingkan diri daripada masyarakat umum, dan berkhalwah atau bertahannuth di Gua Hira’ yang terletak di Jabal An-Nur , kira-kira 16 km jauhnya dari kota Makkah, Di Gua Hira’ inilah Muhammad mendapat wahyu yang, pertama, Imam al Bukhari meriwayatkan bahawa Saidatina Aishah ra. menceritakan Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah saw. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti mega/cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada baginda rasa cinta untuk berkhalwat. Baginda berkhalwat di Gua Hira’. Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui keluarganya bagi mengambil bekalan untuk berkhalwat seterusnya, Kemudian baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan seumpamanya. Schinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada baginda ketika berada di Gua Hira’ Malaikat Jibril as. datang menemui baginda seraya berkata; Bacalah. Baginda berkata; aku tidak tahu membaca, Baginda menceritakan; maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. Kemudia dia lepaskan aku, Dia berkata lagi; bacalah. Maka aku berkata; aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk Kali keduanya sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata kembali: bacalah. Maka aku berkata ; aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiganya. Kemudia dia melepaskan aku seraya berkata; (1). bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), * (2). Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku; * (3). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - * (4). yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -* (5). Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq:1-5) Baginda kembali kerumah dalam keadaan gementar dan berpeluh sambil memberitahu Khadijah ‘Selimutlah aku, selimutlah aku . Khadijah memujuknya dengan kata demi Allah, Allah tidak akan merendahkan kamu selama-lamanya, kerana kamu adalah orang yang selalu bersilaturrahim, menanggung bebanan yang berat, membantu. orang yang tidak mempunyai pekerjaan, memuliakan tetamu serta menolong tethadap setiap kebenaran’ Kemudian Khadijah membawa baginda Rasulullah saw. menemui Wargah bin ‘Naufal bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay, anak lelaki bapa saudara Khadijah. Beliau 40 seorang yang lanjut usia dan matanya buta. Beliau adalah penganut Nasrani (ahli Kitab) yang pernah menulis kitab Injil dalam bahasa Arab, Khadijah berkata kepadanya ‘Wahai anak bapa saudaraku, dengarlah berita dari anak lelaki saudaramu ini. Berkata Waragah Wahai anak lelaki saudaraku apa yang. telah kamu Tihat. Rasulullah saw. menceritakan apa yang terjadi. Lalu Waragah berkata tu adalah namus (malaikat) yang pernah datang kepada Nabi Musa as. seandainya aku masih hidup dan masih muda ketika kamu dikeluarkan (dari negerimu) oleh kaummu. nescaya aku akan membantumu’, Rasulullah saw. bertanya ‘apakah mereka akan mengusirku?. Wargah menjawab ya tiada seseorang yang membawakan perkara sebagaimana kamu bawa kecuali dia akan diusir (dihalau dari negerinya). Jika aku ada pada masa itu nescaya aku akan menolong kamu dengan pertolongan yang sungguh-sungguh’ Tidak berapa lama kemudian Waragah bin Naufal meninggal dunia. (riwayat Bukhari) BICARA: VI DAKWAH RASUL DI MEKAH (1). Wahai orang Yang berselimut! * (2). banguntah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). * (3). dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! * (4). dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan. * (5). dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi." (al Muddasir:1-5) DAKWAH SECARA RAHSIA Berajalan selama 3 tahun . Pendekatan dakwah kepada pengukuhan iman, Menanam makrifat di dalam hati para sahabat. Ayat-ayat al quran yang turun di Mekah ketika itu kebanyakannya menyentuh tentang ketuhanan syurga dan neraka. Ayatnya pendek- pendek menarik dan senang dihafal. 4 KUMPULAN SASAR STRATEGI PERTAMA yang disarankan oleh Al Quran ialah melaksanakan dakwah secara tertutup yakni menyampaikan seruan risalah tauhid ini hanya kepada orang-orang terdekat sahaja sebagaimana disebutkan ‘Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat Strategi ini penting, kerana Baginda Rasulullah saw. membawa suatu misi besar untuk merubah kepercayaan masyarakat manusia terutamanya penduduk Mekah kepada tauhid dan seterusnya merubah tamadun dan budaya kehidupan. Perlaksanaan misi ini sudah pasti memerlukan pengorbanan besar dan akan menghadapi cabaran yang hebat. Oleh itu Baginda Rasulullah saw. diarahkan oleh Allah swt untuk memilih kumpulan sasar yang tepat iaitu kumpulan yang boleh memegang rahsia dan amanah serta boleh memikul tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Pemilihan kumpulan sasar yang pertama ini menjadi teras atau flatform pembinaan anggota yang padu dan kuat kearah pembentukan sebuah organisasi atau jamaah. Maka tampillah Saidatina Khadijah ra. orang yang paling dipercayai oleh Baginda Rasulullah saw. Saidatina Khadijah ra. adalah isteri dan wanita pertama yang memeluk Islam yang menjadi pendorong dan pembantu utama dalam menyempumakan misi besar Rasulullah saw. Kemudian diikuti oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq ra. sahabat baik Baginda Rasulullah saw dan Saidina Ali bin Abi Talib kw. Sepupu yang juga sahabat baik Rasulullah saw. seterusnya diikuti beberapa orang sahabat rapat yang lainnya. Kedudukan Abu Bakar dalam Islam sangat tinggi jasanya kepada Islam tiada tandingan. Beliau berkorban dengan seluruh apa yang ada padanya untuk Islam. Selepas beliau memeluk Islam, beliau terus memperkenalkan Islam kepada sahabat-sahabatnya. Maka hasinya beberapa orang yang terkenal di kalangan masyarakat Makkah telah menerima Islam. Mereka ialah Othman bin Affan berumur 34 tahun. Abdul Rahman bin Auf berumur 30 tahun, Saad bin Abi Waqas berumur 17 tahun Zubir bin Awwam berumur 12 tahun dan Talhah bin Ubaidillah berumur 13 tahun. Dari usaha Abu Bakar yang memperkenalkan Islam kepada mereka berlima mereka dapat memahami dan menerimanya, lalu mereka dibawa kepada Rasulullah saw. Mereka tergolong kumpulan pertama menerima Islam, (As Sallabi, 2005), Kumpulan kedua memeluk Islam ialah Abu Ubaidah bin Al Jarrah, Abu Salamah Abdullah bin Abd Asad iaitu sepupu Nabi dan seorang saudara susu ‘Abu Salamah, Al Arqam bin Abi Arqam. Uthman bin Maz'un , Ubaidah bin Al Haris, Said bin Zaid, Qudamah bin Maz'un, Abdullah bin Maz’un, Fatimah bint AI Khattab (adek perempuan Saidina Umar) , Asma’ bt Abu Bakar, Aisyah bt ‘Abu Bakar dan Khabbab bin Al Arath. (ibid). Kumpulan ketiga memeluk Islam terdiri dari Umair bin Abi Waqas, ‘Abdullah bin Mas'ud, Mas'ud bin Al Qari, Sulit bin Amru, Hatib bin Amru, lyasy bin Abi Rabi’ah, Asma’ bt Salamah, Khunais bin Hazafah, Amir bin Rabi'ah, Abdullah bin Jahsy, Abd (Abu Ahmad) bin Jahsy, Jaafar bin Abi Talib, Asma’ bt Umais, Hatib bin Al Haris, Fatimah bt Al Mujalia, Hutab bin Al Haris, Fukaihah 42 bt Yasar, Ma'mar bin Al Haris, Al Saib bin Uthman,Al Matlab bin Azhar, Ramlah bt Abi Rauf, Al Nahham bin Abdullah, Amir bin Fuhairah, Fahairah dan emaknya, Khalid bin Said, Umainah bt Khalaf, Abu Huzaifah bin ‘Atabah, Waqid bin Abdullah. Khalid bin Al Bukair, Amir bin Al Bukair, Aqil bin Al Bukair , lyas bin Al Bukair, Ammar bin Yasir, Ansa dari Madhhaj, Suhaib bin Sinan Ar Rumi, Abu Dzar Al Ghifari dan emaknya serta saudar kandungnya Anis, Bilal bin Rabah Al Habsyi. Ketiga-tiga kumpulan ini termasuk dalam golongan mereka yang awwal memeluk Islam dan bilangan mereka melebihi 40 orang. Dengan kemasukan tersebut sebutan Islam mulai tersebar di Makkah dan ramai orang bercakap- cakap mengenainya (ibid). MARKAZ RAHSIA STRATEGI KEDUA yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw. ialah menentukan tempat pertemuan. Markaz ini sangatlah penting untuk menjadi pusat pertemuan abli-ahli jamaah untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan, mengadakan majlis imu dan menerima tetamu. Rasulullah saw. tidak memilh kediaman Baginda sebagai markaz sebaliknya baginda bersetuju menjadikan rumah Argam bin Abi Al Arqam sebagai Markaz rahsia Perancangan Rasulullah saw. memilih rumah Al Argam adalah kerana; Pertama: Keislaman Al Arqam bin Abi Al Arqam tidak begitu diketahui umum: Kedua: Bani Makhzum adalah keturunan Al Argam bin Abi Al Arqam yang sering bermusuhan dengan kaum Bani Hasyim. Oleh itu umum tidak menyangka Rasulullah saw memilih rumah Al Arqam sebagai pusat pertemuan. Ketiga: Masyarakat umum tidak menyangka komitmen Al Arqam bin Abi Al Argam yang memeluk Islam dalam usia muda iaitu ketika berusia 16 tahun sanggup menjadikan rumahnya sebagai markaz Islam (As Salabi, 1983) USRAH DAKWAH DAN TA’LIM STRATEGI KETIGA yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah saw. jalah membentuk kumpulan ‘usrah’ iaitu kumpulan-kumpulan yang kemudiannya akan berperanan menjadi kader-kader dakwah. Usrah adalah suatu kelompok kecil yang terdiri dari beberapa orang ahli yang dipimpin oleh seorang ketua yang disebut sebagai ‘Nagib’ dari kalangan ilmuan samada Tuan Guru, Imam atau Ustaz. Kumpulan-kumpulan usrah ini akan berkembang dari satu kelompok kepada beberapa kelompok bagaikan rangkaian jaringan sarang labah-labah. Ahli usrah Rasulullah saw. yang mendapat tarbiah Baginda saw. yang merupakan anggota usrah pertama akan megujudkan kumpulan usrah kedua masing-masing dan menjadi naqib memimpin anggota mereka. Kemudian anggota usrah kumpulan kedua peringkat kedua ini akan mengujudkan pula kumpulan usrahnya peringkat ketiga dan seterusnya. Maka berkembanglah kumpulan usrah ini dalam bentuk dan kaedah sistem sel. Hasilnya Baginda Rasulullah saw. berjaya melahirkan kader-kader dakwah yang dihantar Ke Habsyah dan ke Madinah Al Munawwarah. Sebagai contohnya pada tahun ke 12 kerasulan Rasulullah, Baginda saw. menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk mengajarkan tentang Islam dan al Quran 43 PEMBINAAN JATI DIRI STRATEGI KEEMPAT yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah saw. alah membina jati diri para ‘as sohabah’ kearah melahirkan ‘jundullah’ tentera Allah. Tarbiah yang dijalankan ialah dengan menyampaikan imu berasaskan wahyu Al Quran, Al Quran sendiri adalah kurikulum yang menjadi asas pembelajaran dan pendidikan. Pendekatan Al Quran adalah mudah dan menarik yang memberikan penekanan kepada pembinaan iman dan tauhid, Rasulullah saw. menyampaikan wahyu Al Quran yang diterima kepada as sahabah. As Sobahah mengambil dan menerima Al Quran dari Rasulullah saw. secara ‘musofahah’ iaitu secara bersemuka iaitu pandang, dengar, baca dan hafaz. Inilah cara bai'ah dan ijazah secara langsung dalam disiplin menerimaan ilmu yang wujud dalam Islam. Sistem ini tidak ada atau tidak pernah diamalkan oleh mana-mana agama di dunia ini Kaedah tarbiah melalui al Quran ini sangat berkesan kerana Pertama: ‘Al Quran itu sendiri adalah mukjizat penawar dan penyembuh segala penyakit ‘As Sohabah yang menerima Al Quran, membaca, menghafaz dan mengamalkannya mendapat pancaran nur Al Quran dari Allah menjadikan mereka bercahaya dan berseri. Mereka menjadi sebati dengan Al Quran kerana penghayatannya tethadap Al Quran sehingga keperibadian mereka bagaikan keperibadian Al Quran. Siti Aishah pernah ditanya bagaimanakah keperibadian Rasulullah saw. lalu Saidatina Aishah menjawab ' Keperibadian Rasulullah adalah keperibadian Al Quran’. Baginda Rasulullah saw. bila ditanya tentang as sohabah lalu Baginda menyebutkan dengan hadisnya bermaksud ‘ Sahabat-sahabatku umpama bintang’ Para as sohabah mudah menghafaz Al Quran kerana ayat-ayat Al Quran yang diturunkan di Makkah adalah mudah, ringkas dan pendek. Ayat-ayat Al Quran ini dibacakan dengan lagu yang indah, merdu dan sedap didengar. Ceritanya menarik mengenai ketuhanan dan perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Pengajarannya banyak berunsurkan keimanan dan ketagwaan yang memberikan fokus dan penekanan kepada soal tauhid ketuhanan, alam ghaib syurga dan neraka serta soal dosa dan pahala. Selain dari itu Baginda Rasulullah saw. juga memberikan bai’ah dan ijazah dalam mengamalkan zikir. Amalan zikir ini juga dibai’ah dan dijjazahkan seperti mana menerima sanad Al Quran dan Al Hadith, Amalan zikrullah ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mencapai maqam makrifat kepada Allah swt Majlis-majlis imu sering disertakan dengan amalan zikir ketika diadakan pertemuan dengan as sohabah Pendekatan yang dibina oleh Al Quran serta amalan kerohanian zikrullah ini mampu melahirkan jati diri yang tinggi sehingga mampu melahirkan as sohabah yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-gala. Mereka yang lahir dari tarbiah Rasulullah saw. adalah jundullah iaitu tentera-tentera Allah yang sanggup menggadaikan harta dan nyawa demi melihat tertegakknya kalimah Allah di atas muka bumi ini Selama 13 tahun Rasulullah saw. berdakwah di Kota Mekah dengan memberikan penekanan kepada pembinaan iman dan agidah. Dalam tempuh 44 tersebut Rasulullah saw. berjaya melahirkan para sahabat yang mempunyai jati diri yang sungguh hebat, Rasulullah saw. berjaya melahirkan sahabat yang berani, sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran dari orang-orang kafir Quraish. Kehebatan tarbiah dakwah Rasulullah saw. telah melahirkan_ para sahabat yang begitu hebat dan cemerlang. As sohabah ini menjadi taruhan Rasulullah saw. dalam usaha menegakkan Islam bilamana Baginda berhijrah ke Kota Madinah al Munawwarah. Kehebatan as sohabah ini terbukti bilamana berjaya mengalahkan 1000 tentera kafir Quraish dalam peperangan Badar dan seterusnya beberapa peperangan berikutnya. Walaupun tentera Islam bilangannya kecil dan kelengkapannya serba kekurangan namun dengan kekuatan iman dan taqwa keikhlasan dan kesungguhan akhirnya Islam dapat mengatasi ancaman dari musuh-musuhnya Kehebatan tarbiah dakwah Rasulullah saw. juga telah berjaya melahirkan para sahabat yang bijaksana dan begitu bewibawa. Tangan-tangan mereka inilah yang telah berjaya menyebar luaskan Islam ke Benua Afrika, Benua Eropah, Benua India dan serterusnya ke Benua Asia sampai ke negara China. DAKWAH SECARA TERBUKA, (214). Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat.* (215). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikutmu dari orang-orang yang beriman.* (216) jika mereka ingkar kepadamu, maka katakanlah: " Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!" * (As Syuara’:214-216) 94. oleh itu, sampaikantah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. * (Al Hijr:94) Selepas 3 tahun berdakwah secara sulit, maka turunlah wahyu supaya Nabi berdakwah secara terang-terangan. Allah mengarahkan Nabi supaya memberi peringatan dan amaran kepada kaum keluarganya yang terdekat dan merendah diri 45 kepada pengikut-pengikutnya yang sudah beriman. Nabi saw. mengadakan suatu majlis jamuan makan di rumahnya dan mengundang kaum keluarganya termasuk Abu Lahab, bapa saudaranya. Selepas selesai jamuan Nabi saw. bangun berucap bagi menyampaikan seruan Islam. Seruan daripada kaumnya tiada sambutan tetapi Nabi tidak berputus asa menyampaikan seruan dakwahnya, DAKWAH DENGAN ISTIQAMAH. (45). Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). * (46). dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. * (47). dan (dengan ity) sampaikaniah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah. * (Al Ahzab:45-47) 67. Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. * (Al Maidah:67) TENTANGAN MUSUH Rasulullah saw. mengumpulkan Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas Bukit Safa. Kesemua mereka hadir dan Rasulullah saw. bersabda ‘apakah kamu sekalian akan percaya atau tidak sekiranya aku katakan bahawa disebalik bukit ini ada sekumpulan musuh yang akan menyerang kamu ? mereka menjawab sudah pasti kami percaya kerana kami belum pernah mendengar lagi percakapan 46

You might also like