You are on page 1of 1

TELANG TART

Azhani Hasibah Binti Ab Karim, Mohd Soffian Bin Abdul Samat


& Fadzlilawati Binti Fadzil

Kolej Komuniti Raub & Kolej Komuniti Selayang

Abstrak

Penggunaan pewarna daripada bahan semulajadi bunga telang yang menghasilkan warna
biru samaada dikisar, direndam dan ditapis airnya telah berlaku sejak dari dahulu lagi.
Perubatan tradisional India atau Ayurveda mengekstrak khasiat daripada bunga telang sejak
berkurun lama untuk meningkatkan memori, mengurangkan tekanan, anti kemurungan dan
agen sedatif (Pulok K. Mukherjee, et. al. ). Di Malaysia, bunga telang popular digunakan pada
masakan seperti pewarna biru nasi kerabu, minuman dan kuih-muih (Iskandar
Zulkarnain,MSc 2021). Secara kebiasaannya, pewarna biru bunga telang diambil dalam
bentuk cecair atau serbuk yang boleh didapati di pasaran dan penyediaan pastri sedia
diketahui tidak menggunakan air. Oleh itu, beberapa percubaan dan kuantiti bunga telang
dalam jumlah tertentu perlu disediakan untuk mendapatkan hasil inovasi yang dikehendaki.
Objektif inovasi adalah untuk menjamin penjagaan kesihatan daripada kandungan baik
menggunakan pewarna semulajadi untuk badan, mengelakkan pembaziran dengan harga
mampu milik kerana bahan semulajadi ini terdapat di ruang dapur dan memartabatkan bahan
herba semulajadi sebagai pewarna pilihan utama. Korelasi digunakan sebagai kaedah
mengukur potensi bunga telang dan kelebihannya. Dapatan daripada inovasi ini mendapati
kuantiti dan penggunaan bunga telang samaada segar atau telah diproses mempengaruhi
kepekatan warna yang dihasilkan. Namun, penggunaan daripada bunga telang segar ini
adalah ia sukar didapati dalam kuantiti yang banyak dan perlu diproses segera.
Kata kunci: Telang

You might also like