You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SELAYANG

Jalan Sungai Tua


68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61853448
Faks : 603-61874508
Portal Rasmi : www.smekses.blogspot.com
E-mel : bea7612@btpnsel.edu.my
____________________________________________________________________________________________

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SMKSS 800-2/3/22( )
Tarikh : 12 Oktober 2022

Kepada,

Pengetua,
SMK Taman Melawati,
Jalan J5, Tmn Melawati,
53100 Kuala Lumpur,
Selangor

Tuan,

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK TAMAN MELAWATI SESI 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit pusat sumber SMK Seri Selayang ingin mengadakan
Lawatan Penanda Aras ke pusat sumber SMK Taman Melawati pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2022


Hari : Rabu
Masa : 11.30 pagi
Bil peserta : 10 orang guru

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan
menjadikan pusat sumber sekolah tuan contoh yang terbaik dalam meningkatkan prestasi pengurusan
pusat sumber sekolah ini. Semoga hasil lawatan ini akan dapat menjadi panduan kepada barisan AJK
pusat sumber sekolah kami dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

4. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(RAIMI BIN RAMLI)


Pengetua
SMK Seri Selayang

You might also like