You are on page 1of 5

SULIT

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR / PPD GOMBAK

LAPORAN LENGKAP ADUAN / ISU AWAM

1. TAJUK : ADUAN KEBOCORAN SYILING PERPUSTAKAAN


DAN BILIK APD
2. INSTITUSI : SMK SERI SELAYANG
3. TARIKH KEJADIAN : 5 JULAI 2022
4. TEMPAT KEJADIAN : PERPUSTAKAAN DAN BILIK APD SMK SERI
SELAYANG
5. PENGENALAN KES :

i. Pada bulan Mac 2022, semasa Puan Wan Syuhada Amra bt Wan
Hishamuddin, Guru Perpustakaan dan Media dan En Azhar bin
Kamarudin, Penolong Kanan Pentadbiran membuat pemantauan dan
rondaan di kawasan perpustakaan dan bilik apd pada jam 11.00 pagi,
didapati buku-buku di perpustakaan berdekatan kaunter sirkulasi
basah dan fail-fail rosak disebabkan air yang menitik dengan banyak
melalui siling yang bocor. Keadaan ini bertambah parah apabila
kebocoran siling merebak ke laluan dari perpustakaan ke bilik apd ,
bilik apd dan juga bilik guru di dalam perpustakaan. Lantai dan meja
selalu digenangi air terutamanya selepas hujan, menjadi dan
berpotensi menyebabkan kerosakan yang lebih teruk lagi pada
bahagian lain syiling dan berkemungkinan menyebabkan siling runtuh.
Kerosakan ini juga dikuatiri menjadi punca pada kejadian lintar pintas
yang menyebabkan lampu dan kipas siling di perpustakaan rosak.
Keadaan ini telah berlarutan dan semakin membahayakan warga
sekolah. Kejadian ini berpunca mungkin kerana faktor siling yang
lama dan mereput.

ii. Pihak sekolah berharap tindakan dengan kadar segera diambil oleh
pihak tuan agar keselamatan warga sekolah terjamin.
iii. Beberapa keping gambar telah dirakamkan untuk dijadikan sebagai
bukti bagi laporan dalam aduan ini.

iv.

6. LATAR BELAKANG INDIVIDU YANG TERLIBAT (NYATAKAN OYD /


MANGSA):

Nama : TIDAK BERKENAAN


No.Kad Pengenalan :
Jawatan :
Umur :
Jantina :
Tempat bertugas :
7. DAPATAN SIASATAN :

BIL. PERKARA / ISU YANG DIADU DAPATAN SIASATAN:


i. Status : BERASAS

ii. Justifikasi :
Punca utama siling lama dan
Kerosakan siling
mereput
Kerosakan siling iii. Tindakan :
perpustakaan,laluan
PK Pentadbiran telah memutuskan
perpustakaan ke bilik APD, bilik
untuk mengambil tindakan yang
APD, bilik guru di dalam
bersesuaian selepas berbincang
perpustakaan didapati bocor dan
1. dengan En Raimi bin Ramli,
menyebabkan buku-buku dan fail
Pengetua SMK Seri Selayang.
rosak ketika hari hujan dan
dikuatiri boleh menyebabkan
PK Pentadbiran telah meminta satu
siling runtuh jika dibiarkan
laporan lengkap beserta gambar
berlarutan.
daripada Guru Perpustakaan dan
Media untuk membuat aduan ke
pihak PPD Gombak.

8. PEGAWAI PENYIASAT (1)


Wan Syuhada Amra bt Wan Hishamuddin
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Seri Selayang

9. PEGAWAI PENYIASAT (2)


Azhar bin Kamarudin
PK Pentadbiran
SMK Seri Selayang

10. TARIKH SIASATAN


21 Mac 2022 dan 5 Julai 2022

Disediakan Oleh:

....................................

(WAN SYUHADA AMRA BT WAN HISHAMUDDIN)

Tarikh :
11. ULASAN KETUA JABATAN

Cadangan untuk tindakan pihak pengurusan

Disahkan Oleh:

....................................

Tandatangan Dan Cop Ketua Jabatan

SULIT

You might also like