You are on page 1of 6

SK KAMPUNG BELUKAR

25150 KUANTAN
PAHANG

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH


2021

“ PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN


BUDAYA ILMU ”
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan
ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Selain itu menyediakan
maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju
berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Keadaan fizikal bilik PSS
menuntut suasana yang kondusif dan selesa bagi menggalakkan proses pembelajaran yang lebih
berkesan. Justeru, program menaik taraf PSS perlu dipertingkatkan selaras dalam menjayakan visi
dan misi sekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggalakkan murid dan guru menjadi pengguna Pusat Sumber Sekolah yang proaktif dan
efektif dalam mendapatkan maklumat.
2.2 Menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
PSS/ sumber pendidikan.
1.3 Menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti dan berfungsi
selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi
pendidikan masa kini.
2.4 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Aktiviti-aktiviti perpustakaan (NILAM dan Minggu PSS) dapat dijalankan dengan lebih
baik.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif Program Menaiktaraf PSS ialah :

3.1 Menaiktaraf lantai simen kepada lantai mozek.


3.2 Menaiktaraf tingkap nako kepada tingkap sliding .
3.3 Mengecat dinding PSS
3.4 Menukar pintu bilik PSS
3.5 Memasang langsir (dalam bentuk bidai)
3.6 Menambah bilangan penghawa dingin.
3.7 Menambah bilangan rak besi.

4.0 NAMA PROGRAM

”Program menaiktaraf PSS SK KAMPUNG BELUKAR”

5.0 VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara


6.0 MISI

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat.

7.0 JAWATANKUASA INDUK PSS

Pengerusi :
Timb. Pengerusi :
Naib Pengerusi 1 :
Naib Pengerusi 2 :
Naib Pengerusi 3 :
Setiausaha : Pn. Beezein
Pen. Setiausaha :
AJK : Guru-guru Kanan Mata pelajaran
: Ketua-ketua Panitia
: Jawatankuasa kerja PSS

8.0 HURAIAN PROJEK

BIL. PERKARA CADANGAN / MASALAH ANGGARAN


1. Menaiktaraf lantai simen 1. Keadaan lantai simen yang dilapik
kepada lantai mozek karpet menampakkan suasana tidak RM 15,000
selesa dan cantik kerana karpet agak
lama dan kusam warnanya.
2. Penggunaan karpet juga ada kala
menimbulkan bau yang kurang
senang.
3. Penggunaan lantai mozek akan
menjadikan PSS lebih cantik dan
menambahkan minat murid untuk
mengunjungi PSS

Cadangan : Menggantikan tikar getah


kepada ‘tile-terrazo’

2. Menaiktaraf tingkap nako 1. Keadaan tingkap yang uzur (renggang


kepada tingkap ’sliding’ dan berkarat) menyebabkan suhu bilik RM 10,000
tidak sejuk terutamanya pada waktu
tengah hari.
2. Suhu bilik yang panas menyebabkan
murid tidak suka berada di PSS.

Cadangan : Menggantikan tingkap nako


kepada tingkap sliding

3. Mengecat dinding PSS 1. Warna cat semakin pudar.


2. Keseluruhan bahagian atas dinding RM 2000
tidak diturap semula selepas
pemasangan wayar baru dilakukan.
3. Cat baru diperlukan untuk
menambahkan keceriaan PSS bagi
menarik minat murid lebih kerap
berkunjung ke PSS.

Cadangan : Mengecat dinding dengan


warna terang seperti wrna putih vanila
atau krim.
4. Menukar pintu bilik PSS 1. Pintu lama tidak kukuh terutama dari
sudut keselamatan barang-barang di RM 2000
PSS.

Cadangan : Menggantikan pintu kepada


pintu panel aluminium.

5. Memasang langsir (dalam 1. Corak dan warna langsir tidak


bentuk bidai) menarik menyebabkan suasana PSS RM 5000
tidak ceria dan suasana agak gelap.

Cadangan : Menukar langsir kepada


bidai.

6. Menambah bilangan pendingin 1. Keadaan PSS yang panas banyak


hawa mempengaruhi semangat pelajar untuk RM 5000
belajar dan mengulang kaji pelajaran.
2. Pendingin hawa sudah lama dan sering
mengalami kerosakan.
3. Bilangan pendingin hawa tidak
mencukupi untuk menampung
keluasan bilik

Cadangan : Memasang 2 buah pendingin


hawa

7. Menambah bilangan rak besi 1. Rak kayu yang uzur menyebabkan


penyimpanan buku tidak seragam RM 10,000
kerana rak yang terdapat di
perpustakaan ada yang besi.
2. Terdapat rak yang dimakan anai-anai
dan agak reput.
3. Penyusunan buku di dalam kayu tidak
sekemas susunan buku di rak besi
Cadangan : Menggantikan rak kayu yang
uzur kepada 10 rak besi
8. Meja 4. RM 1500
RM 2000

9 Sofa 5. RM3000

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1 Menaiktaraf lantai simen kepada lantai mozek

2 Menaiktaraf tingkap nako kepada tingkap sliding

3 Mengecat dinding PSS

4 Menukar pintu bilik PSS

5 Memasang langsir (dalam bentuk bidai)

6 Menambah bilangan penghawa dingin

7 Menambah bilangan rak besi

8 JUMLAH RM 20,000.00
10.0 SUMBER PENDAPATAN

10.1 Memohon sumbangan derma daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.


10.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

11.0 PENUTUP

Akhir kalam, dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan suasana yang
kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan PSS di kalangan warga sekolah
selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan berilmu
pengetahuan tinggi. Juga dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan
pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat
dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan
sistematik.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh , Disahkan oleh :

….................................... …..............................
( PN BEEZEIN ) ( EN ZEINBEE )
Guru Besar

You might also like