You are on page 1of 4

SK SUNGAI RAYA

JALAN RAJA DR NAZRIN SHAH,


31300 KAMPUNG KEPAYANG,
IPOH, PERAK

KERTAS KERJA

MENAIK TARAF &


MENCERIAKAN
BILIK PEMULIHAN
SK SUNGAI RAYA

TAHUN 2022
KERTAS KERJA
MENAIK TARAF DAN MENCERIAKAN BILIK PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAYA

1.0 PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun


1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi
masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Oleh itu, bilik pemulihan seharusnya berada dalam keadaan yang sangat
kondusif dan ceria bagi meransang murid dalam menjalani PdPR dengan lebih
berkesan.

2.0 NAMA PROJEK

 PROJEK MENAIK TARAF DAN MENCERIAKAN BILIK PEMULIHAN


(KONDUSIF DAN CERIA)

3.0 MATLAMAT

Menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberikan impak sihat, segar,


indah dan kondusif. Dengan itu, murid-murid akan lebih berminat untuk melibatkan
diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat:

i. Menceriakan bilik pemulihan dari segi susun atur bilik.


ii. Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran.
iii. Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
iv. Mewujudkan suasanan pembelajaran yang kondusif, selesa dan
mesra.

2
5.0 PELAKSANAAN

Tempoh : Mac hingga Julai 2022


Tempat : Bilik Pemulihan SK Sungai Raya

6.0 JUSTIFIKASI

Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja menaik taraf dan menceriakan bilik
pemulihan adalah seperti di berikut :

Bi
Projek Skop Projek Justifikasi Projek
l
 Mengecat baharu
dinding. - Cat baharu agar bilik
Menukar warna
pemulihan kelihatan lebih
1. dinding bilik
 Bahan : Cat putih , ceria dengan warna
pemulihan.
scrapper & berus baharu.
warna
- Memberikan
Menggantikan
 Memasang keselesaan kepada murid
pendingin hawa
2. pendingin hawa yang semasa menjalani sesi
(aircond) yang lama
baharu pengajaran dan
dengan yang baharu.
pembelajaran.
 Menyusun
Menyusun semula - Memberikan ruang yang
kedudukan
kedudukan perabot/ lebih dan menjadikankan
3. perabot/almari di
almari di dalam bilik bilik pemulihan lebih luas
penjuru bilik guru.
pemulihan. dan selesa.

 Semua meja murid


untuk sesi
Mengalas meja murid - Dapat menceriakan
pengajaran dan
dengan wallpaper. kelas dan memberi
4. pembelajaran di
(alas sedia ada telah semangat kepada murid
balut dengan kertas
koyak) untuk minat belajar.   
wallpaper yang
baharu.

3
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
BIL PRKARA JUMLAH JUMLAH
SEUNIT
1. Cat 1 RM 37.00 RM 37.00

2. Berus Cat 2 RM 15.00 RM 30.00

Pendingin Hawa (Aircond)


3. 1 RM 1600.00 RM 1600.00
2.5 HP

4. Wallpaper 20 RM 2.00 RM 40.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1607.00

8.0 PENUTUP

Besar harapan agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah
dirancang. Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan
murid pemulihan khususnya. Diharapkan juga semoga projek yang telah dirancang
ini menjadikan murid akan lebih bersemangat untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya beroleh kejayan.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

..................................... .............................................
(Yumi Binti Abd Rahim) (Rusuhaiza Binti Sulaiman)
Guru Pemulihan Guru Besar
SK Sungai Raya Sk Sungai Raya

You might also like