You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU,

KG KEPAYANG, 31300 SIMPANG PULAI,


PERAK DARUL RIDZUAN

Kertas kerja PROJEK MENghias


BILIK BAHASA INGGERIS

HARI : ISNIN - KHAMIS


TARIKH : 13.02.2017 – 16.02.2017
TEMPAT : BILIK BAHASA INGGERIS
SK TAMAN BERSATU

ANJURAN GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH

1.0 TUJUAN
Menceriakan bilik Bahasa Inggeris supaya dapat memesrakan bilik dan selaras
dengan objektif pelaksanaan internship PISMP IPG.

2.0 LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek penting dalam


sesebuah sekolah. Projek menceriakan bilik Bahasa Inggeris ini dijalankan untuk
menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang ceria, bersih dan sihat akan
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Projek
menceriakan Bilik Bahasa Inggeris ini merupakan projek yang dianjurkan oleh guru
pelatih dari IPG Kampus Ipoh yang menjalankan program internship di SK Taman
Bersatu. Projek ini bertujuan untuk menceriakan dan menghias bilik Bahasa
Inggeris. Projek ini juga boleh memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan kepada guru pelatih.
Dengan ini, guru pelatih boleh membina hubungan dan kerjasama dengan warga
sekolah untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

3.0 OBJEKTIF

Projek ini diadakan dengan harapan bahawa objektif-objektif berikut dapat dicapai :
3.1 Menjadikan bilik Bahasa Inggeris sebagai bilik yang ceria, cantik dan
indah.

3.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak


sekolah.

3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti


dan integriti dalam melaksanakan tugas.

3.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

3.5 Menunjukkan insiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan


secara berterusan.

4.0 JAWATANKUASA PROJEK


Penasihat : Pn.Suryati binti Haji Othman
(Guru Besar SK Taman Bersatu )
Pengerusi : Pn.Shamsiah binti Abdul Kadir
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn.Zaiton binti Sadam
(PK Kokurikulum)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris : Pn.Vijaya Samundiswary A/P Kunchuni
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris : Pn.Vanitha Devi A/P Kanagasabapathy
Penyelaras Projek : Pn.Selvi A/P Manokaran
Penolong Penyelaras Projek : Pn.Dharmini A/P Munusamy
Setiausaha Projek : Pn.Saraswati A/P Murugan
Bendahari : Pn. Rani A/P Thangavelu

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh yang dicadangkan untuk program ini ialah pada :


5.1.1 Tarikh : 13.02.2017 – 16.02.2017
5.1.2 Hari : Isnin - Khamis
5.1.3 Tempat : Bilik Bahasa Inggeris SK Taman Bersatu

Program tersebut akan dikendalikan oleh empat orang guru pelatih IPG Kampus
Ipoh dan diiring oleh guru berkenaan.

6.0 PELAN TINDAKAN PROJEK


Langkah Aktiviti
1  Mencari bahan, gambar dan perkataan yang sesuai untuk
menghias bilik Bahasa Inggeris.

 Menyediakan perkakasan untuk menghias dan


menceriakan bilik Bahasa Inggeris.

2  Mencetak gambar yang diperlukan untuk menghias.

3  Menyusun meja mengikut pembelajaran abad ke-21.

4  Membersih dan menyusun bahan –bahan bacaan Bahasa


Inggeris dalam rak buku.

5  Memperbaiki dan mengatur gambar-gambar yang dilekatkan


pada dinding.

6  Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT HARGA JUMLAH (RM)


SEUNIT (RM)

1. Kertas A4 1rim 12.00 12.00

2. Bahan Hiasan 20 2.00 40.00

3. Percetakan 40 keping 0.40 16.00

Jumlah keseruluhan RM 68.00

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek
seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru
pelatih mengenai pengurusan keceriaan persekitaran bilik darjah serta mengeratkan
hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga SK Taman Bersatu. Semoga
projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran SK Taman
Bersatu.

Disediakan oleh :
.........................................................
(SARASWATI A/P MURUGAN)
Setiausaha Projek Menceriakan Bilik Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,
31300 Simpang Pulai, Perak.

Disemak oleh:

.........................................................
(VIJAYA SAMUNDISWARY A/P KUNCHUNI)
Guru Penasihat Bilik Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,
31300 Simpang Pulai, Perak.

Disahkan Oleh :

................................................
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,
31300 Simpang Pulai, Perak.

You might also like