You are on page 1of 7

PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE)

OLEH GURU PEMULIHAN KHAS


SEK. REN. AGAMA BERSEPADU (SRAB) JOHOR BAHRU
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

1.0 NAMA PROGRAM

Penambahbaikan Kelas Pemulihan Khas (Makmal Shafie)

2.0 PENGELOLA PROGRAM

Puan Nurul Fathy binti Jamuliddin, Guru Pemulihan Khas SRAB JB

3.0 PENGENALAN

Program ini merupakan program mini bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan kelas
pemulihan dari segi susun atur perabot,pembinaan ruang-ruang seperti ruang Kinestetik &
Pengamatan,Bahasa Melayu,Matematik dan ruang pengurusan. Program ini juga merupakan
salah satu usaha sekolah bagi mewujudkan bilik pemulihan yang menepati ciri-ciri seperti
yang terdapat dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas oleh Bahagian
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.0 TARIKH PROGRAM

Julai - September 2013

5.0 TEMPAT dan SASARAN

Makmal Shafie, Program Pendidikan Pemulihan Khas, SRAB Johor Bahru.

6.0 OBJEKTIF PROGRAM

6.1 Menceriakan dan mencantikan lagi Makmal Shafie serta memastikan setiap ruang
dapat dibangunkan dengan baik.
6.2 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk melaksanakan aktiviti PdP
dengan adanya ruang Kinestetik & Pengamatan, Bahasa Melayu dan Matematik.
6.3 Memberikan motivasi dan semangat kepada murid untuk hadir ke kelas pemulihan
khas seterusnya sebagai motivasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih baik.
6.4 Memastikan semua ruang dapat digunakan sepenuhnya terutamanya ruang
pengurusan agar semua bahagian seperti pengurusan fail, data, carta organisasi,
inventori, dan jadual kelas serta lain-lain perkara dalam pengurusan dapat dijalankan
dengan baik dan jayanya.

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 1


7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat I : Guru Besar


Sek. Ren. Agama Bersepadu Johor Bahru
Puan Hajah Zainab Binti Harun

Penyelaras
Program : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Hajah Farizah Binti Niat

Setiausaha : Guru Program Pendidikan Pemulihan Khas


Makmal Shafie
Puan Nurul Fathy Binti Jamuliddin

Bendahari : Guru Matematik Tahun 1


Puan Norhayati Binti Samsi

AJK : Guru Panatia Bahasa Melayu


Puan Rafidah Binti Md.Sahil

Guru Panatia Matematik


Puan Sharifah Fazrina Binti Syed Othman

Guru Bahasa Melayu Tahun 1


Puan Rohayu Binti Abd. Rahman

Guru Matematik Tahun 2


Puan Noorashikin Binti Haji Seman

Guru Matematik Tahun 3


Encik Hirman Bin A.Samad

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 2


8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Perkara Tindakan


Julai - - Membersihkan kawasan luar dan dalam Makmal - Guru pemulihan khas
Sept 2013 Shafie. - Pekerja am sekolah
(3 bulan) - Mewujudkan dan mencantikkan ruang-ruang dalam
Makmal Shafie seperti ruang Kinestatik &
Pengamatan, ruang Matematik, ruang Bahasa Melayu
dan ruang pengurusan (rujuk lampiran A).
- Membuat bahan BBM yang interaktif.
- Memasang kain tepi pada meja murid.
- Memasang langsir pada tingkap kelas.
- Menceriakan ruangan hadapan Makmal Shafie.
- Membina jadual kelas Pemulihan Khas, carta
organisasi dan keperluan lain.
- Memasang rak buku dan fail untuk kekemasan fail dan
buku dalam ruang pengurusan.
- Menampal semua bahan-bahan bacaan Bahasa Melayu
dan Matematik untuk keceriaan kelas.
- Memastikan pengamalan 5s digunakan sepenuhnya
untuk pengurusan kelas dan perjalanan sesi P&P yang
berkesan.

9.0 BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (ANGGARAN PERBELANJAAN)

9.1 Bahan-bahan untuk penambahbaikan Makmal Shafie.


- rujuk lampiran B.

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


10.2 Peruntukan PCG Panitia Bahasa Melayu.
10.3 Peruntukan PCG Panitia Matematik.

11.0 KESIMPULAN

11.1 Makmal Shafie diharap akan dibangunkan dengan baik dan cemerlang. Serta dengan
lengkapnya dan cerianya kelas ini akan memberi semangat kepada murid untuk
berjaya dalam membaca, menulis dan mengira.

11.2 Selain itu, semoga segala kemudahan yang ada akan melahirkan satu generasi
murid pemulihan yang berjaya dalam pelajaran, sahsiah diri dan juga
menjadi insan yang baik dan cemerlang.

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 3


Disediakan Oleh,

___________________________________
( NURUL FATHY BINTI JAMULIDDIN )
Guru Pemulihan Khas,
Sek. Ren. Agama Bersepadu Johor Bahru

Disemak Oleh,

______________________
( FARIZAH BINTI NIAT )
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sek. Ren. Agama Bersepadu Johor Bahru

Diluluskan Oleh,

_________________________________
( ZAINAB BINTI HARUN )
Guru Besar,
Sek. Ren. Agama Bersepadu Johor Bahru

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 4


LAMPIRAN A
Pelan susun atur Kelas Pemulihan Khas ( Makmal Shafie ).

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 5


LAMPIRAN B
Anggaran perbelanjaan untuk penambahbaikan Kelas Pemulihan K ).

HARGA(RM) JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI CATATAN
/ KUANTITI (RM)
Wall paper PVC Tempat simpanan
1. 10 18.0
Sticker fail-fail
Membalut meja
2. Pembalut Plastik 8.50 x 3 meter 25.50
murid
3. Fail Putih Kiang 5.60 x 12 67.20
4. Fail Poket Stationary 0.35 x 24 8.40
Penggunaan
5. Gun Tacker 23.85 x 1 23.85
pengurusan
6. Acrylic Foam Tape 15.48 x 1 15.48
7. Rak Buku C.Kamarudin 115.00 x 1 115.00
Katrij Canon Untuk cetak bahan
8. 80.00 x 1 80.00
(Black & Color) paparan & BBM
9. Laminating film 28.80 x 1 28.80
10. Carta Bergambar 7.11 x 4 28.44
Kertas Berwarna
11. 20.00
(Pelbagai Jenis)
Kiang
12. Kain Felt 1.98 x 6 11.88 Untuk bahan BBM &
Stationary
13. Foam Flower 3.51 x 7 24.57 paparan
Batang Aiskrim
14. 17.00
(Pelbagai Saiz)
15. Bahan Interaktif 50.00
16. Jam Dinding
Persendirian FOC FOC
17. Raga rotan Untuk meletak brosur
18. Cakera Padat 8.82 x 1 8.82
19. Pensel 8.91 x 1 8.91
Kiang
20. Pensel Warna 3.24 x 5 16.20
Stationary
21. Pembaris 0.27 x 6 1.62
22. Pemadam 1.71 x 1 1.71 Penggunaan semasa
White Board Esel PdP
23. C. Kamarudin 280 x 1 280.00
Adjustable
24. Tikar Plastik Persendirian
25. Meja Murid FOC FOC
Kitar Semula
26. Almari Kayu
Meja murid & meja
27. Kain Skirting Jakel 30.62
guru
28. Lapik meja Cowboy 12.00 X 3 36.00 Lapik meja sisi
29. Cermin C.Farizah FOC FOC

JUMLAH KESELURUHAN 1000.00

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 6


KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KELAS PEMULIHAN KHAS (MAKMAL SHAFIE) 7

You might also like