You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK PEMBANGUNAN DAN


KECERIAAN BILIK ICT

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA


TELAWAN, BELAGA

2021

1
1. PENDAHULUAN

Bilik ICT di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid mendalami ilmu ICT di
sekolah. Bilik ICT juga berfungsi sebagai sumber ilmu kepada murid – murid juga kakitangan
sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet juga kemudahan mengunakan komputer
dalam tugas seharian. Walaubagaimanapun kemudahan bilik ICT yang kian uzur, dan perlu
pembaikan menyebabkan penggunaan bilik ICT ini dibawah kemampuan sebenar. Dengan
erti kata lain,banyak kemudahan yang perlu diperbaiki, ditambah juga menambah sedikit
kecerian untuk menjadikan bilik ini lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran. Kertas kerja ini
bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi membangunkan, membaik pulih serta
menambah kecerian bagi Bilik ICT.

2. OBJEKTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk:

2.1. Penyediaan dan penyenggaraan Bilik ICT yang lebih luas bagi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif serta untuk mempelbagaikan penggunaan Bilik
ICT seperti lokasi untuk taklimat ataupun mesyuarat staf.
2.2. Penyediaan sudut keceriaan dan info berkaitan komputer serta peraturan-peraturan
semasa berada di dalam Bilik ICT.

3. TARIKH PELAKSANAAN

9 Ogos 2021 – 10 September 2021 (5 Minggu)

4. PERBELANJAAN

Rujuk Item 6 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

5. SUMBER KEWANGAN

Kami mengharapkan sumbangan daripada pihak PIBG, orang perseorangan, pihak korporat,
juga mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat kami
membangunkan, menambah baik dan menceriakan Bilik ICT SKNT.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1. Keceriaan Makmal

BIL. PERKARA AMAUN JUMLAH


1. KECERIAAN BILIK ICT
1.1 Langsir + Upah Jahit RM 20 x 10 Meter RM 200.00
1.2 Cat RM 98 x 2 Tong RM 196.00

2
1.3 Label / Carta - RM 100.00
1.4 Banner - RM 300.00
1.5 Kertas warna - RM 50.00
1.6 Kain RM 5 x 10 Meter RM 50.00
2. KEMASKINI & PENAMBAHBAIKAN
PERALATAN DI DALAM BILIK ICT
2.1 Wire Extension RM 30 x 4 RM 120.00
2.2 Kipas RM 150 x 2 RM 300.00
3. PELBAGAI
3.1 Kertas A4 RM 55 x 2 Kotak RM 110.00
3.2 Whiteboard Marker RM 9 x 5 Paket RM 45.00
JUMLAH RM 1471.00

7. JADUAL PELAKSANAAN

MINGGU TARIKH PERKARA CATATAN


1 9/08/2021 – 1. Mengumpul dan mengelaskan
13/08/2021 item mengikut keperluan.
2. Membuat hapus kira item-item
yang tidak lagi digunakan
3. Memasang tombol pintu yang
baharu.
4. Membaiki kipas angin siling
yang rosak sekiranya boleh
dibaiki.
2 16/08/2021 – 1. Memberus dinding bahagian
20/08/2021 dalam Bilik ICT untuk
membuang debu.
2. Mengecat dinding bahagian
dalam Bilik ICT.
3 23/08/2021 – 1. Sambungan mengecat.
27/08/2021 2. Membuat pemasangan wire
netting.
3. Melapik meja, membuat skirting
meja, menyusun meja mengikut
susun atur yang telah

3
ditetapkan.
4 30/08/2021 – 1. Memasang wire extension di
03/09/2021 tempat yang ditentukan.
2. Memasang langsir, memasang
banner yang telah ditempah.
5 06/09/2021 – 1. Membuat kemasan terakhir.
10/09/2021 2. Selesaikan bahagian-bahagian
yang belum siap.

8. PENUTUP

Besarlah harapan kami agar projek yang kami rancangkan ini mendapat sokongan dari
semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih, serta menceriakan
Bilik ICT ini tercapai hendaknya.

9. ULASAN KETUA JABATAN / GURU BESAR

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………………… ……………………………………
(AUGUSTINE MEOLA ANAK ACHAI) (GEORGE SILEK)
Guru Penyelaras Bestari, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan,
Belaga. Belaga.

You might also like