You are on page 1of 11

NAMA PROJEK : NAIK TARAF DAN BAIK PULIH

BANGUNAN DAN KAWASAN SEKOLAH


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TIAK
09200
KOD SEKOLAH : KBA 0026
MUKIM : KUPANG
DEWAN NEGERI : BAYU
PARLIMEN : BALING

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK


Sekolah Kebangsaan Tiak telah bermula pada 1 Jun 1948 dengan hanya sebuah
bangsal yang dibina di atas sebidang tanah atas inisiatif penduduk kampung. Pada 3 April
1951, bangunan kayu 2 tingkat telah dibina. Kemudian, pihak kerajaan mengambil alih
pentadbiran Ssekolah Kebangsaan Tiak sepenuhnya pada tahun 1961.

SK Tiak kini terletak di sebelah jalan utama timur selatan yang mana pemandangan
dan suasana SK Tiak ini sentiasa menjadi perhatian penggguna jalan tersebut. Namun
keadaan dibelakang sekolah yang berpagar usang mencacatkan pemandangan sekolah
apabila ada lawatan dari pihak luar.

SK Tiak mempunyai 2 blok bangunan 1 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Pada
blok bangunan 1 tingkat ini terdapat bilik darjah, bilik guru, bilik sains, bilik tayangan,
pusat sumber, kedai buku, bilik buku teks, bilik J-Qaf, kelas pemulihan khas, bilik
kemahiran Hidup, bilik pendidikan Khas, sebuah tandas guru, tandas murid lelaki dan
perempuan. 2 blok bangunan 1 tingkat ini bersambung dengan kantin. Bangunan ini juga
mempunyai sistem pendawaian yang telah lama.

Pada masa sekarang, sekolah ini mempunyai 211 orang murid dengan 10 bilik darjah
termasuk Prasekolah, kelas Pemulihan dan kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru seramai
24 orang. Kemudahan fizikal yang telah lama dan rosak menyebabkan usaha
peningkatan prestasi murid dan semangat belajar dikalangan murid tidak
memberangsangkan.

1
1.1 BIODATA
Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Tiak
Daerah Baling
Status Sekolah Kebangsaan
Bilangan Guru 24 Orang
Bilangan Staf Sokongan 5 Orang
Bilangan Enrolmen Pelajar 211 Orang
Bilangan Bilik Darjah Ikut Pelan 10
Bilangan Kelas 10
Sesi Persekolahan 1 sesi
Kawasan Luar Bandar

Bagi merealisasikan matlamat pusat pengajian dan pembelajaran yang kondusif di


kalangan murid yang datang dari luar bandar maka keperluan membaik pulih bangunan
tambahan amat diperlukan. Faktor kekurangan kemudahan pusat pembelajaran yang
sempurna dan kondusif memberi banyak kesan kepada pencapaian prestasi murid di
Sekolah Kebangsaan Tiak. Projek naik taraf dan baik pulih yang dicadangkan akan
memberi kesan dan keselesaan kepada murid.

2.0 OBJEKTIF PROJEK


2.1 Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran yang kondusif
kepada murid - murid SK. Tiak.
2.2 Kemudahan pagar yang menjaminkan keselamatan mencantikkan pemandangan
sekolah.
2.3 Baik pulih bangunan akan mencernakan keselasaan di kalangan guru dan
kebajikan guru diutamakan.

3.0 KOMPENEN PROJEK


3.1 Kompenen Projek Naik Taraf dan Baik pulih yang dicadangkan adalah terdiri
daripada
i. Pendawaian semula tenaga elektrik dan penggantian semula kipas dan
lampu lama.
ii. Pagar sekolah
iii. Bilik guru
iv. Pemegang susur tangga sekolah

2
4.0 PERINCIAN ANGGARAN KOS
Kos Projek – RM 94,000.00

Bil Item Kos


1 Pendawaian semula tenaga elektrik dan penggantian RM 20,000.00
semula kipas serta lampu lama
2 Pagar sekolah (5225 kaki persegi) RM 52,000.00
3 Bilik Guru RM 20,000.00
4 Pemegang susur tangga sekolah (200 kaki) RM 2,000.00

5.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK


5.1 Pendawaian elektrik yang sempurna, akan memudahkan dan meningkatkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Kemudahan prasarana yang lengkap setanding dengan sekolah lain dalam daerah
Baling akan memberi semangat dan kesungguhan serta suasana iklim sekolah
yang kondusif.
5.3 Keselamatan murid ketika menggunakan tangga sekolah lebih terjamin dengan
penggunaan pemegang yang diperbuat daripada besi chrome. Ia lebih
menguntungkan dari segi jangka masa yang panjang kerana besi jenis sukar untuk
karat.

6.0 JUSTIFIKASI PROJEK


6.1 Pendawaian elektrik di bangunan blok B yang lama dan sering mengalami
masalah ketiadaan tenaga menyebabkan murid dan guru tidak selesa untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta kedudukan suis yang
boleh mengundang bahaya pada bila-bila masa sahaja. Kipas dan lampu juga telah
lama dan banyak yang tidak berfungsi yang mengganggu perjalanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan pendawaian di bangunan blok
A yang berada di dalam keadaan yang sangat tidak sesuai dan tidak selamat.
6.2 Pagar sekolah yang boleh mencacatkan pemandangan sekolah dan tidak menjamin
keselamatan sekolah serta warganya.
6.3 Bilik guru yang kurang memiliki kemudahan asas sempurna, seperti meja guru
yang hanya diperbuat daripada meja murid yang diubah suai. Begitu juga dengan
suis, lampu dan kipas yang lama. Kekurangan electric point menyukarkan tugas
3
guru-guru. Penggunaan wayar extension menyebabkan lintar pintas pada suis
utama yang telah pun rosak.
6.4 Pemegang susur tangga sekolah yang lama dan berkarat, malah ada yang telah pun
berlubang serta tajam. Keadaan ini sangat berbahaya kepada murid terutamanya.
Penggantian kepada pemegang yang menggunakan besi chrome adalah lebih
sesuai dimana ia lebih tahan karat, tahan lama, lebih selamat dan lebih ekonomi
untuk jangka masa panjang.

4
PENDAWAIAN TENAGA ELEKTRIK DAN PENGGANTIAN KIPAS DAN LAMPU
BIL GAMBAR KETERANGAN

 Kotak suis di blok B yang lama dan


melebihi 15 tahun
 Juga kerap berlaku terputus bekalan akibat
kerosakan.
 Kotak suis berkenaan menjadi sumber
utama elektrik kepada Pusat Sumber
1
Sekolah, Bilik j-QAF, bengkel KH, Bilik
Media, Bilik Sains, Bilik Guru, bilik
darjah tahun 2 dan bilik darjah tahun 3.
 Dicadangkan penggantian semula
pendawaian ini serta semua lampu dan
kipas di bangunan ini, kerana
kebanyakannya telah rosak dan usang.

 Suis di bilik j-QAF, yang lama dan usang.


 Kipas dan lampu juga lama dan usang.
 Tiada bekalan elektrik di bilik ini berpunca
daripada kotak suis utama yang rosak.
 Keadaan ini menyebabkan bilik j-QAF
2
tidak berfungsi dengan baik, dimana
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak
dapat dilakukan dengan keadaan yang
sempurna dan kondusif.
 Cadangan supaya suis, lampu dan kipas
diganti dengan yang baharu.
 Pendawaian di bengkel KH, hanya
tumpang daripada kotak suis utama di blok
B.
3  Bengkel ini juga ketiadaan bekalan
elektrik buat ketika ini.
 Cadangan untuk pendawaian semula di
bilik ini.

5
4
 Keadaan Suis, lampu dan kipas di bilik
darjah tahun 2 dan tahun 3, yang juga telah
usang dan lama.
 Suasana tidak kondusif untuk belajar dan
ada yang boleh mengundang bahaya
kepada keselamatan murid.
 Bilik darjah tahun 3, tiada langsung
bekalan elektrik ketika ini.
 Aktiviti pembelajaran sangat tidak kondusif
dengan keadaan yang panas terutama waktu
tengah hari.
 Memerlukan gantian semula suis, kipas dan
lampu di 2 buah kelas ini.

5  Suis di bilik guru juga telah lama.


 Tidak berfungsi dengan baik.
 Kekurangan electric point di bilik guru.
 Memandangkan semua guru menggunakan
elektrik,maka banyak peyambungan
extension dan boleh mengakibatkan litar
pintas.
 Pendawaian semula beserta penambahan
electric point amat diperlukan di bilik guru
tersebut.
 Begitu juga dengan lampu dan kipas yang
memerlukan penggantian semula
6
 Suis di bilik media yang ada beberapa buah
komputer dan televisyen Kampus Astro.
 Keadaan suis, lampu dan kipas juga telah
usang.
 Pendawaian semula dan pergantian amat
diperlukan di bilik guru tersebut.
6
7
 Suis, lampu dan kipas di bilik sains juga
telah usang.
 Pendawaian semula dan pergantian amat
diperlukan di bilik guru tersebut.

8
 Pendawaian elektrik blok A yang sudah
lama (melebihi 15 tahun).
 Sering berlaku gangguan elektrik.
 Hal ini menimbulkan mengganggu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berjalan di dua blok bangunan sekolah
apabila kerap terputus bekalan.
 Boleh menyebabkan peralatan eletrik
rosak apabila kerap berlaku gangguan

7
PAGAR SEKOLAH

BIL GAMBAR KETERANGAN

 Keadaan pagar dibahagian belakang


sekolah yang telah usang serta runtuh.
 Banyak tempat yang rosak dan ada
kelompangan.
1  Keadaan ini boleh mengakibatkan
kemasukan binatang liar yang
mengganggu keselamatan murid sekolah.
 Dicadangakan pemasangan pagar baharu
sebanyak 5225 kaki persegi (1045 x 5 kaki)

 Runtuhan tebing sekolah semakin kritikal


dan membimbangkan menyebabkan
struktur tebing kian terhakis dan berbahaya.
 Tindakan pemulihan segera perlu diambil
2
untuk menguatkan kembali struktur tebing
dan membina pagar untuk mengelakkan
binatang ternakan memasuki kawasan
sekolah.

 Keadaan pagar di belakang bangunan


prasekolah yang ditampung dengan atap,
akibat keruntuhan tebing dan kerosakan
pagar
3  Tindakan pemulihan segera perlu diambil
untuk menguatkan kembali struktur tebing
demi keselamatan murid-murid prasekolah
khususnya.

8
BILIK GURU

BIL GAMBAR KETERANGAN

 Meja guru diperbuat daripada meja murid


yang diubahsuai.
1
 Cadangan penggantian kepada meja guru
yang lebih kondusif untuk kemudahan
guru.
 Suis di bilik guru juga telah lama.
 Tidak berfungsi dengan baik.
 Kekurangan electric point di bilik guru.
 Memandangkan semua guru menggunakan
elektrik,maka banyak penyambungan
extension dan boleh mengakibatkan litar
2
pintas.
 Pendawaian semula beserta penambahan
electric point amat diperlukan di bilik guru
tersebut.
 Begitu juga dengan lampu dan kipas yang
memerlukan penggantian semula

9
PEMEGANG SUSUR TANGGA SEKOLAH

BIL GAMBAR KETERANGAN

 Pemegang susur tangga di bangunan


pentadbiran sekolah yang sudah lama,
berkarat dan berlubang.
 Keadaan ini amat berbahaya kepada
murid-murid yang menggunakan tangga
ini.
 Langkah keselamatan sementara yang
1 diambil ialah dengan meletakkan binding
tape bagi mengelakkan kecederaan kepada
tangan murid.
 Penggantian semula dengan besi chrome
yang sukar untuk karat amat perlukan
dengan kadar segera.
 Panjang pemegang ini 44 kaki x 2 tempat.
Panjang keseluruhan ialah 88 kaki.

 Tangga berhampiran bangunan Pendidikan


Khas yang curang tanpa pemegang.
 Tangga ini menjadi laluan utama kepada
kebanyakan murid dan guru.
 Tangga yang curang ini boleh
2
mendatangkan bahaya terutamanya ketika
tangga basah akibat hujan.
 Cadangan untuk membina pemegang
tangga ini dengan besi chrome sepanjang
28 kaki (14 kaki x 2 bahagian)
 Tangga ke kantin sekolah juga tiada
pemegang.
 Tangga ini juga curang dan boleh bahaya.
3
 Cadangan untuk membina pemegang
tangga ini dengan besi chrome sepanjang
52 kaki (26 kaki x 2 bahagian)
10
 Tangga berhampiran kelas tahun 1 ini juga
curang dan bahaya.
 Pemegang tangga ini diperbuat daripada
besi biasa yang sudah pun karat dan dicat
semula.
4  Dalam jangka masa yang pendek, besi ini
bole berlubang dan boleh mencederakan
tangan murid.
 Cadangan penggantian semula pemegang
tangga ini dengan besi chrome sepanjang
32 kaki (16 kaki x 2 bahagian)

11

You might also like