You are on page 1of 12

1.

MEMBINA 4 UNIT TANDAS MURID DI BLOK F


Keterangan : Blok F terletak di kawasan tanah rendah (bahagian bawah) SK
Semabok. Blok ini menempatkan 3 kelas yang terdiri dari 90 ke 105
orang murid pada suatu masa.
Masalah

: Warga SK Semabok terpaksa berjalan sejauh hampir 400 meter untuk


pergi ke tandas di Blok A (murid lelaki), Blok E (murid perempuan) dan
Blok A tingkat 1 (guru).

Cadangan

: Membina sebanyak 4 unit tandas (2 unit lelaki dan 2 unit perempuan)


di bahagian tepi antara Blok F dan Makmal Komputer sekolah.

Blok F di sebelah kiri dan makmal komputer


kanan.

Tandas di hujung Blok A

Tapak cadangan untuk membina tandas

2. MEMBINA RUANG TAMBAHAN BERBUMBUNG (SOYOK) DI BELAKANG


STOR SUKAN.
Keterangan : Terdapat beberapa kawasan di kawasan sekolah digunakan untuk
menyimpan almari, meja murid dan kerusi murid yang berlebihan.
Masalah

: Meja murid, kerusi dan almari ini kelihatan agak tidak tersusun dan
terdedah kepada cuaca hujan dan panas. Keadaan ini mengakibatkan
alatan yang disusun ini rosak.

Cadangan

: Menambah panjang atap (soyok) di belakang stor sukan untuk


menyimpan semua alatan.

3. MEJA MAKAN MURID DI KANTIN


Keterangan : Terdapat 20 buah meja makan yang terdapat di kantin sekolah.
Masalah

: Kebanyakan meja yang digunakan sudah terlalu lama dan kakinya


longgar (bergoyang). Pekerja sekolah membaiki dengan memaku dan
menambah kayu untuk menguatkan meja.

Cadangan

: Menukar meja baru yang berkualiti.

4. MEMBINA 5 UNIT GARAJ KERETA


Keterangan : Garaj kereta Guru Penolong Kanan sebanyak 5 unit terletak di sebelah
tepi hujung tapak cadangan menaik taraf tapak perhimpunan.
Digunakan oleh GPK Kurikulum, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK
Kokurikulum untuk meletakkan kenderaan.
Masalah

: Murid yang sedang berhimpun untuk bacaan pagi terpaksa ke tepi


kerana memberi laluan kepada kereta GPK yang ingin ditempatkan di
garaj.

Cadangan

: Membina garaj sebelah tepi garaj guru besar berhadapan Blok A.

Garaj GPK yang melalui tapak perhimpunan

Tapak cadangan di sebelah garaj guru besar


5. MENUKAR PAPAN HITAM YANG TELAH ROSAK
Keterangan :15 dari 16 kelas di SK Semabok menggunakan papan hitam dalam
sesi pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 4 kelas yang memiliki
papan hitam yang telah rosak.
Masalah

: Papan hitan telah terlalu lama, berlubang dan silau untuk dilihat oleh
murid.

Cadangan

: Menukar papan hitam yang baru atau menukarkan kepada papan


putih untuk kegunaan murid.

Antara papan hitam yang telah rosak

6. MENGGUNAKAN SEMULA BARANGAN TERBUANG UNTUK KECERIAAN


SEKOLAH.
Keterangan : Terdapat sedikit barangan terbuang yang sudah disytihar lupus oleh
pihak JKR. Barangan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi dan
disimpan di dalam stor pekerja.
Masalah

: Tiada hiasan di pagar sekolah dan membazir jika dibuang sahaja.

Cadangan

: Kipas lama sebanyak 6 bilah dan rangka lampu kalimantang akan


diubahsuai menjadi replika kipas rumah api dan diletakkan menegak di
pagar sekolah yang menghadap lebuh raya AMJ.

Barangan terbuang yang ingin digunakan untuk keceriaan


sekolah

Tapak cadangan meletakkan replica Kipas Rumah Api


7. MEMASANG 2 UNIT PENGHAWA DINGIN DI BILIK PEMBELAJARAN
ABAD KE-21 (PA21)
Keterangan : Bilik PA21 terletak di Blok B dengan keluasan 20x30 kaki persegi.
Bilik ini digunakan untuk aktiviti pembelajaran Abad ke-21 yang
melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi
elemen-elemen kemahiran abad ke-21. SK Semabok ialah salah sebuah
dari 100 buah sekolah rintis yang sedang menjalankan program ini
sebelum diluaskan ke seluruh negara.
Masalah

: Tiada penghawa dingin di dalam bilik PA21. Ubahsuai tingkap sudah


dilakukan dengan menutup keseluruhan dengan tingkap tinted gelap.

Cadangan

: Memasang 2 unit penghawa dingin untuk keselesaan murid yang


menggunakan bilik PA21.

Billik PA21 yang telah dipasang dengan cermin gelap

8. MEMBAIKPULIH SISTEM PERPARITAN TANDAS MURID PEREMPUAN


DAN SINGKI
Keterangan : Tandas murid perempuan terletak di tingkat bawah Blok E. Terdapat
hanya 6 buah mangkuk tandas dan 8 singki digunakan untuk
menampung keperluan murid perempuan.
Masalah

: Terdapat sebuah mangkuk tandas yang sering tersumbat dan tidak


lagi dugunakan (ditampal rosak). Singki yang terdapat di dalam tandas
ini juga agak lama dan tidak lagi dapat dibersihkan walaupun dibasuh
oleh pekerja pada setiap hari.

Cadangan

: Membaikpulih sistem kumbahan dan menukar singki lama kepada


singki yang baru.

Mangkuk tandas yang tersumbat

Keadaan singki yang mempunyai kesan degil

Keadaan singki yang mempunyai kesan degil

9. MEMASANG PEMBAHAGI DI SURAU SEKOLAH


Keterangan : Surau sekolah terletak di tingkat 2 Blok A. Surau ini boleh
menempatkan satu kelas pada suatu masa. Surau ini digunakan untuk
kelas Fardhu Ain dan Tasmik yang terdapat dalam silibus murid Tahun 1
hingga Tahun 6.
Masalah

: Tiada pembahagi untuk murid lelaki dan perempuan.

Cadangan

: Memasang hadangan sepanjang 15 kaki boleh ubah untuk digunakan


di surau dan di dewan semasa solat hajat.

10.

MENUKAR PAPAN TANDA HURUF SK SEMABOK

Keterangan : Papan tanda besar ini merupakan antara mercu tanda SK Semabok.
Papan tanda sekolah ini dapat dilihat dari luar sekolah. Papan tanda ini
berukuran 2 x 1 kaki setiap huruf (24 huruf) disusun melintang
disepanjang tingkat 1 Blok A.
Masalah

: Warna huruf sudah terlalu pudar dan hampir tercabut. Terdapat


beberapa huruf yang telah tercabut dan ditampal semula oleh pekerja.

Cadangan

: Menukar papan tanda baru yang lebih terang dan kuat untuk
keceriaan sekolah dan keselamatan murid.

Papan tanda SK Semabok

11.

MENUKAR MEJA GURU DAN STAF

Keterangan : SK Semabok mempunyai 37 staff. Setiap staff mempunyai meja


sendiri di pejabat, bilik guru dan di premis seliaan masing-masing.
Masalah

: Terdapat beberapa meja staff yang didapati sudah terlalu lama dan
bahaya.

Cadangan

: Menukar meja guru yang telah rosak dan tidak boleh dibaiki.

Antara laci bilik guru yang telah rosak

You might also like