You are on page 1of 3

.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH 2
JKRK 1787, 86600 Paloh, Kluang Johor
No tel : 07-7813455 No fax : 07-7813455 Email : jbb2047.moe.edu.my

Ruj.Kami:JBB2047/200-2/3/3
Tarikh : 22 Februari 2022

Pegawai Pelajaran Daerah


Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
2755 , Jalan Sentosa ,
86000 Kluang, Johor .
(u.p : Puan Noraihan bt Ismail
Penolong Jurutera JA25)

Tuan,

PERMOHONAN MEMBAIKPULIH BUMBUNG TANDAS DAN KELAS PEMULIHAN


SEKOLAH SK PALOH 2

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah mendapati tandas dan kelas pemulihan khas mengalami
kerosakan yang mengganggu keselesaan dan keselamatan warga sekolah khasnya murid dan guru. Penggunaan
tandas guru khas terganggu penggunaannya sekiranya bekalan air SAJ terputus.

3. Berikut adalah kerosakan dan lokasi .

Bil Perkara Kerosakan Lokasi Blok Kuantiti


1 Tangki Pelampung di tempat Tandas Guru Lelaki A 1
yang salah
2 Pam Tidak berfungsi Tandas Murid (P) C 2
Tandas Lelaki (L) C 1
Tandas Guru (L) A 1
Tandas Guru ( P ) C 1
3 Pintu Rosak Tandas Murid (L) A 1
4 Mozek Rosak : sukar Tandas Pendidikan A 1
dibersihkan Khas
5 Mozek Mengelembung/ Pemulihan Khas A 1BAY
pecah

4. Pihak sekolah memohon agar permohonan ini dapat diluluskan dengan segera bagi mengatasi masalah
tersebut. Di sini pihak kami sertakan gambar untuk perhatian pihak tuan.

5. Semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


.............................................
(ZULKIFLI BIN ELIAS)
Guru Besar
SK Paloh 2

LAMPIRAN GAMBAR TANDAS


BLOK A DAN C
LAMPIRAN GAMBAR TANDAS PENDIDIKAN KHAS
DAN KELAS PEMULIHAN KHAS

You might also like