You are on page 1of 2

Rujukan Kami : SMKB/04/013/001/A6 Bil ( )

Tarikh : OKTOBER 2019


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar,
33000, Jalan Tun Abdul Razak,
Kuala Kangsar
(u.p : Penolong Pegawai Tadbir
Unit Kewangan, Insfrastruktur dan Perolehan)

Tuan,

ADUAN KEBOCORAN AIR DAN MASALAH ELEKTRIK DI BLOK C (MAKMAL DAN BENGKEL) SMK
BAWONG, SG SIPUT (U) PERAK

Dengan hormatnya surat kami yang terdahulu, bertarikh 27 FEBRUARI 2019 dan 02 JULAI 2019
berkaitan perkara di atas dirujuk kembali.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Blok C (Blok Makmal dan Bengkel) SMK Bawong telah digunakan
sepenuhnya bermula tahun 2018. Namun begitu, bermula tahun 2019 pihak sekolah mendapati berlaku
masalah kebocoran air dari siling yang menjejaskan bilik jahitan dan kini kebocoran itu telah merebak ke
bilik pengurusan tempat kediaman dan bilik masakan sepanjang masa. Kebocoran juga berlaku di siling
Bilik Kerja Kayu di Aras 1.

3. Masalah ini dirumitkan lagi apabila keseluruhan Aras 2 mengalami masalah bekalan elektrik pula.
Suis utama akan mengeluarkan asap apabila kipas dan lampu dipasang. Demi keselamatan murid,
bekalan elektrik terpaksa ditutup. Hal ini sekali gus menyebabkan murid belajar dalam keadaan yang
amat tidak selesa.

4. Selain itu, SMK Bawong mempunyai aliran Sains Rumah Tangga yang melibatkan Kerja Kursus
Jahitan dan Kursus Masakan. Kedua-dua markah kerja kursus ini akan diambil kira untuk keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia. Sekiranya masalah di Blok C ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, murid-murid
ini akan menghadapi kesukaran melaksanakan kerja kursus yang melibatkan penggunaan elekttrik.

5. Untuk makluman pihak tuan juga, Yang Berbahagia, Profesor Madya Ts. Dr Mohd Ezree Bin Abdullah,
Pegawai Khas Menteri Pendidikan dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan JPN Perak telah melawat Blok
C ini pada 08 JULAI 2019.

6. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu kami
mempercepat tindakan bagi mengatasi masalah ini.
7. Bersama-sama ini disertakan lampiran surat-surat terdahulu dan maklum balas daripada pihak
JKR untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan disanjung tinggi .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................................
(HAJI ANUAR BIN MAMAT, AMP)
Pengetua Cemerlang

You might also like