You are on page 1of 3

Tuan,

PERMOHONAN PEMERIKSAAN DAN ANGGARAN KOS PENYELENGGARAAN PAM AIR


DI BLOK A, B DAN C

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, masalah kerosakan pam air di Rumah Pam
menyebabkan ketiadaan bekalan air di blok A, B dan C yang menimbulkan kesulitan kepada
pelajar dan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Punca dikenalpasti berlaku
akibat kerosakan pada bahagian pam air seperti butiran berikut:
2.1 Kerosakan motor air
2.2 Kerosakan panel elektrik pam
2.3 Kerosakan injap ke tangki air
2.4 Paip penghubung tangki dengan bangunan mengalami pengaratan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon pemeriksaan menyeluruh


kerosakan tersebut dan membuat anggaran kos pembaikian pam air di Rumah Pam 2.

4. Masalah ini perlu diselesaikan segera memandangkan ketiadaan air ini akan
menjejaskan penggunaan tandas dan aktiviti amali Sains di Makmal. Bersama-sama ini
disertakan lampiran bergambar untuk rujukan pihak tuan. Semoga dalam makluman dan
tindakan segera daripada pihak tuan bagi menjaga dan menjamin kebajikan pelajar kami.

Sekian, terima kasih.


LAMPIRAN

LAPORAN KEROSAKAN PAM AIR DI RUMAH PAM 2

Gambar 1: Kerosakan pada pam air


Gambar 2: Panel elektrik Rumah Pam tidak berfungsi

Gambar 3 kerosakan injap ke tangka air menyebabkan air bertakung

Gambar 4 Paip yang menghubungkan ke blok mengalami pengaratan serius

You might also like