You are on page 1of 7

PERUSAHAAN CHENDERING ENTERPRISE

Reg no.(CA0190467-K)
294-A, Kg Pantai Pandak
Chendering, 21080 Kuala Terengganu
Tel : 019-9377219

Tarikh : 7hb Februari 2022


Ruj. Kami : PCE/APMC/Bil(1)0222

HAMIDI HUSNIN BIN ABDULLAH


TIMBALAN PENGARAH
AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6172361
Email : hamidi@dof.gov.my
(u/p:) Pn. Siti Mariyam Binti Muslim

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN DEWAN MAKAN DAN DAPUR ASRAMA

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman pihak tuan, kami mendapati bahawa dewan makan asrama tidak diselenggara oleh
kontraktor lama dan mengalami beberapa kerosakan. Hal ini menyebabkan kesulitan kepada pihak
kami dalam menjalankan kerja-kerja kami.

Butiran kerosakan tersebut adalah seperti berikut:

1) Tiada saluran batang paip pada dua sinki dapur dan menyebabkan air mengalir terus ke
dalam longkang dapur.
2) Saluran air di dapur dipasang secara terbalik dan menyebabkan saluran air tersebut
tersumbat dan pihak kami terpaksa menadah tong air di bawah sinki.
3) Beberapa sinki di bahagian dapur tidak boleh digunakan dan tidak mempunyai paip kerana
mengalami kerosakan.
4) Plug elektrik utama mengalami kerosakan dan menyebabkan lima main point di dapur dan
satu main plug di surau tidak dapat berfungsi
5) Lampu dapur di bahagian memasak mengalami kerosakan dan menyebabkan
pencahayaan pada waktu malam menjadi malap dan menyukarkan kerja-kerja memasak
bagi pihak kami.
6) Bahagian bawah sinki basuh tangan di luar dewan makan tersumbat dan menyebabkan
kekotoran luaran.
7) Sinki basuh tangan untuk kegunaan pelajar di dalam dewan makan asrama pecah dan
menyebabkan kebocoran berlaku dan tidak boleh digunakan
8) Lampu surau mengalami kerosakan dan tidak berfungsi.
9) Tombol pintu pejabat mengalami kerosakan menyebabkan pintu pejabat tidak dapat ditutup
10) Pintu utama bilik air dan tandas tidak dapat ditutup kerana kerosakan pada bahagian kunci
11) Mangkuk tandas pekerja tidak mempunyai set penutup tandas (alas duduk dan penutup
tandas)
12) Fungsi flush tandas pekerja tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan pada butang flush
13) Sinki bilik air pelajar dan pekerja mengalami kerosakan dan menyebabkan sinki tersumbat
14) Mangkuk tandas bagi tandas pelajar dan pekerja mengalami kerosakan menyebabkan
tandas tidak dapat digunakan

Bersama-sama surat ini dilampirkan bukti bergambar kerosakan yang diadukan di atas untuk
rujukan pihak tuan. Tuan boleh merujuk gambar-gambar kerosakan pada bahagian lampiran.

Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi sepenuh perhatian terhadap aduan ini demi
menjaga keselesaan para pelajar dan pengguna dewan makan asrama ini. Perhatian dan kerjasama
daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

PERUSAHAAN CHENDERING ENTERPRISE


PUAN UMMI SYAHMAH BINTI MD ZULRUSHDI
Admin Pengurusan Dewan Makan

Surat ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan.


LAMPIRAN

A) KEROSAKAN DI DALAM DAPUR

1.0 Tiada saluran air menyebabkan air sinki mengalir secara terus ke dalam longkang.

2.0 Saluran air dipasang secara terbalik menyebabkan kekotoran luaran.

3.0 Ketidaksempurnaan pada batang paip menyebabkan 2 sinki tidak dapat digunakan.
4.0 5 main plug di dapur mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi.

5.0 Kerosakan lampu dapur menyebabkan pencahayaan menjadi malap.


B) KEROSAKAN DI DEWAN MAKAN

6.0 Kerosakan pada sinki basuh tangan pelajar.

C) KEROSAKAN DI TANDAS PELAJAR DAN STAF

7.0 Sinki tandas tidak dapat digunakan kerana masalah tersumbat.

8.0 Kerosakan pada mangkuk tandas.


D) KEROSAKAN DI TANDAS STAF

9.0 Kedua-dua pintu tandas mengalami kerosakan pada bahagian kunci.

10.0 Mangkuk tandas mengalami kerosakan pada butang ‘flush’ dan tiada set penutup tandas.

E) KEROSAKAN DI SURAU STAF

11.0 Kerosakan pada main plug dan lampu surau tidak berfungsi.
F) KEROSAKAN DI PEJABAT KERANI

12.0 Kerosakan pada pintu pejabat.

You might also like