You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN KEADAAN MAKMAL SAINS (EPRD)

FIZIKAL

ROSAK TERUK (4)

Amali sains tidak boleh dilaksanakan langsung atas sebab:


i. Boleh membahayakan murid dan guru serta mengganggu pelaksanaan amali
sains (Cth: lantai pecah, siling bocor, keadaan perabot yang tidak boleh
digunakan, masalah anai-anai).
ii. Tiada air.
iii. Semua kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi.
iv. Memerlukan pembaikan serta merta.

ROSAK SEDIKIT (3)

Amali sains boleh dilaksanakan dalam jangka masa setahun (berdasarkan pengamatan
penilai) tetapi:
i. Terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan.
ii. Sinki tersumbat (lebih daripada 30%).
iii. Kepala paip rosak (lebih daripada 30%).
iv. Terdapat salah satu kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi, terdapat kebuk
wasap berfungsi dengan tidak sempurna (mengambil masa untuk dihidupkan,
vakum udara tidak kuat) dan tidak mematuhi spesifikasi .
v. Perabot yang masih boleh digunakan tetapi tidak sempurna (Cth: lantai pecah
dan siling bocor tetapi tidak berada di kawasan meja guru dan murid, permukaan
meja tidak rata dan kerusi yang longgar)

SEDERHANA (2)

Amali sains boleh dilaksanakan dalam jangka masa lebih setahun (berdasarkan
pengamatan penilai) tetapi:
i. Terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan kecil.
ii. Sinki tersumbat (kurang daripada 30%).
iii. Kepala paip rosak (kurang daripada 30%).
iv. Terdapat salah satu kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi dan bakinya
berfungsi dengan baik.
v. Perabot yang masih boleh digunakan tetapi dalam keadaan usang.

BAIK (1)

Amali sains boleh dilaksanakan dan keadaan makmal sains dalam keadaan baik dan
sempurna.
PENDAWAIAN

ROSAK TERUK (4)

Amali sains tidak boleh dilaksanakan langsung atas sebab:


i. Boleh membahayakan murid dan guru serta mengganggu pelaksanaan amali
sains (Cth: DB Box bermasalah dan selalu trip).
ii. Hanya 10% soket boleh digunakan.
iii. Tiada elektrik.
iv. Kekerapan litar pintas (ketika hujan atau tidak hujan)
v. Pendawaian melebihi 15 tahun dan menunjukkan keadaan yang berbahaya.
vi. Keadaan boleh membahayakan keselamatan pengguna.
vii. Memerlukan pembaikan serta merta.

ROSAK SEDIKIT (3)

Amali sains boleh dilaksanakan (berdasarkan pengamatan penilai) tetapi:


i. Terdapat kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan kecil (kurang daripada
RM10,000).
ii. Bilangan soket yang tidak boleh digunakan 30% hingga 90%
iii. Kekerapan litar pintas (ketika hujan sahaja dan berlaku dua hingga tiga kali
sebulan).

SEDERHANA (2)

Amali sains boleh dilaksanakan (berdasarkan pengamatan penilai) tetapi:

i. Terdapat kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan kecil (kurang daripada


RM5,000).
ii. Bilangan soket yang tidak boleh digunakan kurang 30%.
iii. Kekerapan litar pintas (ketika hujan sahaja dan berlaku sekali sebulan).

BAIK (1)

Amali sains boleh dilaksanakan dan keadaan makmal sains dalam keadaan baik dan
sempurna.

You might also like