You are on page 1of 2

Ruk.

Kami : SKSP-700/3/1/1
Tarikh : 16 FEBRUARI 2022

Kepada ;
Semua waris murid Tahun 1 2022/2023

Tuan / Puan;
SUBJEK PILIHAN BAHASA ANTARABANGSA
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sungai Petani


(SKSP) akan mewujudkan kelas pembelajaran Bahasa Antarabangsa kepada semua murid Tahun 1
sesi 2022/2023.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin membuat hebahan dan bancian untuk mendapatkan
persetujuan daripada semua waris murid bagi subjek pilihan Bahasa Antarabangsa tersebut. Antara
subjek pilihan Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan adalah :-
3.1 Bahasa Arab
3.2 Bahasa Cina
3.3 Bahasa Tamil

4. Bagi subjek pilihan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, hanya 30 orang murid yang TERAWAL
menghantar borang jawapan akan dipilih. Pilihan akan dibuat berdasarkan “Siapa yang hantar borang
awal, dia akan dipilih”.

Segala jasa baik dan keprihatinan tuan/puan membuat pilihan Bahasa untuk anak/anak jagaan
masing-masing, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
(SABARIAH BINTI JUMRI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani.
Ruj. Kami :
Ruj. Tuan : SKSP-700/3/1/1
Tarikh :

Kepada :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Petani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan / Puan,
SUBJEK PILIHAN BAHASA ANTARABANGSA
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Berhubung perkara di atas, saya ……………………………………………………………………..


waris kepada …………………………………………………………………………….... (nama anak/murid)
bersetuju untuk memillih Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
# Sila pilih SATU SAHAJA
sebagai subjek pilihan Bahasa Antarabangsa.

3. Saya bersetuju sekiranya subjek pilihan Bahasa Antarabangsa yang dipilih sudah penuh,
pihak sekolah boleh meletakkan anak/anak jagaan saya di mana-mana subjek pilihan Bahasa
Antarabangsa yang lain.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
( )

You might also like