You are on page 1of 1

TEKS PENGACARAAN GURU MINGGU LEPAS (LAPORAN)

Yang Berusaha,

Encik Peralan A/L Navaratnam, Guru Besar SK SS19 Subang Jaya


Yang Dihormati,

Puan Ros Atikah binti Mohamad Razalli, Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Md Khaironnizam bin Ishak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Rosli bin Kabil, Penolong Kanan Ko Kurikulum

Puan Azlini binti Lamri, Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi

Rakan-rakan guru yang saya hormati, serta anak-anak murid yang saya kasihi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada minggu lepas, kita telah bercuti selama 3 hari sempena Hari Deepavali bermula isnin
sehingga khamis. Pada hari khamis, aktiviti PdP berjalan seperti biasa. Manakala pada hari
jumaat, Kawasan sekolah kita telah dijadikan tempat memarkir kenderaan bagi memberi
laluan kepada aktiviti anjuran PPD yang berlangsung di SJKC Lick Hung.

Sepanjang minggu lepas, saya dapati semua murid mematuhi disiplin sekolah yang telah
ditetapkan. Namun begitu perlu dipertingkatkan lagi seperti jangan berlari di kawasan sekolah
dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Tahap disiplin semasa waktu rehat juga memuaskan dan dalam keadaan baik.

Sekian, terima kasih.

( boleh diubah ikut kesesuaian laporan dan aktiviti yang telah dijalankan )

You might also like