You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jabatan Pendidikan Pahang Bandar Indera Mahkota Tel: 09-571 5700 25604 Kuantan Faks : 09-573 4857 Pahang Darul Makmur E-mel_: jpn.pahang@moe.gov.my Portal_ : hitp:/ipnpahang.moe.gov.my Ruj. Kami: JPNP.SPMd.600-3/4/1 Jid. 8 (45) Tarikh : 28 September 2022 1 Rabiulawal 1444H Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang Pengetua Sekolah-sekolah Negeri Pahang Tuan, PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAGGI® SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2022 DI BAWAH TPP #1: PEMERKASAAN POTENSI DAN BAKAT MURID DAN TPP #10 PEMANTAPAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan surat JPN/MSSCC-2022 bertarikh 8 September 2022 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Nestle Products Sdn. Bhd. akan menjalankan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Maggi® Secara Dalam Talian ‘Tahun 2022 Peringkat Negeri Pahang. Sasaran peserta adalah murid tingkatan 1-3 dan 1 penyertaan mestilah terdiri dari 2 orang murid. Tempoh pendaftaran bermula dari 4 Oktober hingga 10 Oktober 2022 di laman web www.maggi.my 3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dari pihak tuan untuk memanjangkan surat jemputan ini kepada sekolah-sekolah menengah di daerah tuan. Bersama-sama ini disertakan maklumat berkaitan program untuk rujukan serta perhatian pihak tuan. 4. Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak tuan boleh menghubungi Puan Sharifah Hamidah binti Syed Mohsin, Maggi Resident Chef menerusi talian 017-3510335 atau Puan Wan Nor Hasnizar bt Wan Abdul Razak, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Kokurikulum menerusi talian 09-5715894 atau 019-9200980. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara di atas amat dihargai. Sekian, terima kasih. “ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 ” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Pendidikan Pahang Ruj. Kami: JPNP.SPMd,600-3/4/1 Jid. 8 (45) sk: 1. Pengarah Pendidikan Pahang Ketua Penolong Pengarah Kanan jektor Pembangunan Murid 3. Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid ‘Sektor Pembangunan Murid 4. Fail Timbul

You might also like